Tuesday, August 31, 2010

similes two zero eight

as nervous as a mouse

Monday, August 30, 2010

kerepek ubi pedas sedap

assalamualaikum

semalam pergi parit lapis laman sebab nak ke kilang kerepek...johor kan memang banyaaaakkk kerepek...kat parit sulong,,,parit raja,,,rengit,,,mana je senang la kalau nak cari kerepek...tapi macam banyak kat parit je...ye ye batu pahat agak banyak parit...

kat parit lapis laman tu memang favourite place nak beli kerepek terutama sekali kerepek ubi pedas...pehh sedap...tapi pergi silap hari sebab hari minggu orang ramai tak hengat la...masuk je kilang tu memang penuh dengan manusia...kerepek-kerepek lain banyak lagi stok tapi kalau mau kerepek ubi pedas,,,sila beratur kat bahagian belakang sebab tangah proses...

kerepek ubi pedas tu siap je orang ambil,,,siap je orang ambil...tak sempat nak sejuk dan seal pun...kerepek pedas ni tak boleh seal masa tengah panas...kalau seal masa panas,,,akan cepat lemau...selalu kalau packing tuk kerepek ubi pedas tu,,,sepaket dalam 500gram...dan masa menunggu tu seorang bawa balik 10-20paket...

makcik ibunda dan mak kat bahagian luar cari kerepek yang lain,,,saya dan en.s beratur tunggu giliran nak dapatkan hot item tu...tapi production slow sebab mesin sikit je dan maksimum kapasiti mesin tu pun tak banyak...masa bukan musim ni bolehla rasanya mesin tu nak capai forecast demand...tapi kalau musim raya ni,,,terkial-kial juga la rasanya...


ni bukan plastik sampah...ni hasil tangkapan kat kilang parit lapis laman


| aritu pergi,,,ayahanda pun ikut sekali...tapi sebab tunggu lama dalam kereta,,,dia pun turun juga jalan sendiri masuk dalam kilang tu...masa orang tengah ramai macam tu boleh la pula dia nak keluar jalan...lepas tu masa nak bayar,,,ibunda bayar sendiri,,,makcik bayar sendiri,,,mak en. s dan saya teman sebab mak yang paling banyak beli...hehe...dalam masa nak tunggu bayar tu,,,ayahanda da keluar kilang...ibunda suruh la saya tengokkan ayahanda tu...sementara nak sampai kat ayahanda sebab agak susah nak dapat laluan sebab ramai orang,,,ayahanda da nak separuh jalan ke kereta tu...lepas da bawa ayahanda,,,saya masuk la kilang balik dan ada la hamba ni tegur secara perli "jauhnya ayah jalan ke kereta"...*ayah jalan sangat slow dan tak stabil sebab kaki dia tu kan*...seboknya pakcik ni...kalau prihatin sangat kenapa masa ayahanda jalan sorang,,,encik prihatin tak pimpin ayahanda atau jalan belakang ayahanda?kenapa encik prihatin tengok je orang tua tu jalan sendiri dan akhirnya condemn cara saya?kereta tu tak boleh parking dekat sebab seperti yang encik prihatin boleh tengok sendiri,,,tak de ruang kosong yang dekat...jangan nak sebok hal orang ye encik prihatin...annoying! |

similes two zero seven

as needful as the sun

Sunday, August 29, 2010

similes two zero six

as neat as a nail
as neat as ninepins

Saturday, August 28, 2010

delicious and simple chocolate crunchy

last thursday,,,after the interview,,,i visited my aunty at tmn.sri pulai...coincidently,,,when my bff a and i reached her house,,,she was preparing to bake cookies for raya...so she invited us to belajar the recipe...hehe...she was making tart gulung nenas yang the aroma surely make my stomach menyanyi...moreover,,,it was my first time fasting...and yes,,,i have to qada' puasa next year for half of month...15 days tu...same as last year ;(

while she was preparing to make tart nanas,,,she asked me to try and make the chocolate crunchy...simple,,,very simple...and i like simplicity when it comes to cooking...like masak nasi,,,masak air,,,rendam megi,,,my major la tu...now i can add chocolate crunchy to my resume ;)

and yesterday,,,when i was in upm,,,i planned to go to beryl's chocolate factory to buy compound chocolate to make the chocolate crunchy but the don't sell it there and i don't know where i can find compound chocolate in batu pahat...baru je nak tunjuk skill masa en.s ada kat rumah...huhu


similes two zero five

as natural as life

Thursday, August 26, 2010

temu duga pegawai latihan vokasional

assalamualaikum

arini saya ada interview untuk jawatan pegawai latihan vokasional (plv) gred j41 di menara ansar,,,johor bahru
alhamdulillah rasanya lebih baik daripada masa ptd dulu...tapi tu apa yang saya rasa la...bagi panel,,,wallahualam...
saya sampai dalam pukul 7.45pagi...terima kasih bff a sebab teman dan sanggup lak nak bangun awal sebab nak gerak pas sahur...terima kasih...mudah-mudahan berkat ko dapat rezeki jadi ahli gomen,,,aku pun melekat gak ngan rezeki serupa kau...aminnn
saya adalah calon ketiga yang diinterview...tak sempat nak rasa dup dap sangat sebab tunggu dalam sejam je...tapi agak gelabah bila calon pertama beritahu dia disoal tentang plc...masa tu tak ingat orang lain dah...ingat en.s dan en.i saja...nasib baik dua-dua beri point yang bagus jadi lega sikit sebab sumpah tak prepare pape tentang teknikal kecuali tengok tentang aggregate planning...kalau panel suruh mengajar sikit,,,cadangnya nak bukak topik aggregate planning...
ok...malas nak cakap banyak...baca je soalan yang ditanya...tapi tanpa jawapan saya la sebab malas...penat...[secara kasar je la ye bukan sepatah-sepatah ayat yang keluar dari mulut panel] *macam la ada yang nak tau*

"sekarang ni awak ada master,,,jika kalau awak diberi penempatan macam mana dengan master awak ni?"
"apa tugas plv?" jawapan:sini
"kenapa nak jadi plv?"
"kalau kami tempatkan awak di sabah atau sarawak macam mana?"
"ok,,kalau awak berkahwin dan ditempatkan di sana macam mana?"
"this question will be conducted in english...in your opinion,,,what is the importance of plv in malaysia today?"
"macam mana cara nak kawal 50 pelajar sekelas yang perangai awak faham-fahamla kan,,,dengan mesin yang bising semua,,,macam mana awak nak kawal mereka?"
"ini soalan teknikal...apa yang awak boleh ceritakan tentang lean manufacturing?ceritakan dalam 5minit"
"terangkan lebih tentang 5s"

lepas tu abis...tapi ada satu soalan yang ralat sikit la dengan jawapan diri sendiri...tapi tak pe la,,,rasanya jawapan tu jujur...sekian harap dapat membantu kalau kamu perlu rujukan tentang temu duga pegawai latihan vokasional...tapi ini bukanlah soalan wajib...lain orang lain soalan...

similes two zero four

as naked as night
as naked as peeled apple

Wednesday, August 25, 2010

i am a fan of feminin

heard lagu raya for the first time on hotfm...heard a few songs when i was at batu pahat mall the other day but i just considered it not valid because the songs are played too soon...the feel is not there yet...but now,,,after half way through,,,the eager of celebrating syawal is developed...so what's your favorite raya song?i love all the evergreen raya songs,,,dato' siti's raya songs and a song from feminin...

pity they don't have video for this 

ooohhh i love feminin and i was their fans when i was little...and so was my cousins...i remember we imitate their dance and i even asked ibunda to buy a feminin boots for me and made a hairdo like them...at that time they were famous with boots tho...hikhik...

similes two zero three

as mysterious as an echo

Tuesday, August 24, 2010

menuju khamis dan jumaat

minggu ni macam minggu berdebar-debar sebab
- ari khamis ada interview
- ari jumaat ada mid term test operation management
- nak hantar borang jawatan kosong majlis perbandaran batu pahat yang tarikh tutup ari jumaat

jadi minggu lepas kononnya da sediakan jadual la kan...kononnya ari isnin nak selesaikan pasal borang jawatan kosong tu...isi borang tu senang je kan tapi bila bab salinan sijil segala bagai tu yang leceh...sebelum ni da fotostat da sijil-sijil yang dirasakan perlu...senang sikit bila ada macam ni tak payah nak susah-susah sangat...sekali stok fotostat tu pun ada yang ada,,,ada yang tak ada...tak lengkap la...nak keluar isnin tu malas sebab belum hilang penat ari ahad...jadi tadi baru selesai semua...yang mana baru fotostat da suruh ibunda sahkan...bajet nak siapkan awal supaya ada masa nak buat revision sikit untuk test dan interview tapi memang lazimnya macam ni la akan lewat sehari dua ;p

untuk ari khamis yang ada interview tu,,,arini da mula sibuk tanya member yang dah pernah interview untuk post yang sama sebelum ni...ingatkan senang la sikit sebab tak payah baca buku malaysia kita macam untuk interview ptd dulu...tapi bila tanya member,,,banyak jugak la yang nak kena prepare...terutama sekali current issues dan pasal hal-hal pelajaran...tapi nanti akan tanya ibunda juga sikit-sikit macam mana nak jawab kalau ditanya begini begitu...tapi bila da macam ni,,,takut pada ari kejadian,,,tergagap-gagap la pula nak menyusun ayat...haiahhhh...doakan semuanya lancar dan konfiden saja ya

seterusnya untuk mid term pula...esok akan mula baca buku fotostat yang lebih tebal daripada al-quran...silap percaturan di situ...memula ingat nak fotostat sebab lebih murah kan,,,obviously...sekali bila fotostat,,,adoi beza singgit dua je dengan beli buku...tapi tu pun sebab salah tempat fotostat...fotostat kat kedai majalah/alat tulis/buku...kalau fotostat dekat kedai fotostat yang dekat universiti gerenti boleh jimat seperti yang dikehendaki la...lagipun tak mahu beli buku sebab buku tu da beli masa 4tahun dulu,,,cuma buku dulu tu international punya perspektif...yang kali ni asian perspektif...pastu tadi dengan bangganya telah cuba buat assignment kedua subjek jumaat ni...konon tuk revision sekali la...tetapi tersekat setengah jalan pula sebab konfius...

arini tulang belakang da mula rasa sakit sebab mengulangkaji yang pelbagai depan laptop...kalau bab pelajaran ni memang senang je belakang ni nak rasa sengal-sengal sakit...tapi kalau main facebook atau blog,,,lambat je nak rasa penat...huh

similes two zero two

as mute as the tomb
as mute as a fish
as mute as the grave
as mute as mice

Monday, August 23, 2010

epilog syurga cinta

source: sini

menjadi tradisi dalam keluarga ni tiap kali puasa bila da nak masa tunggu azan sambil pegang kurma,,,sambil tengok cerita kat tv3 yang pukul 6.30ptg tu...tahun ni pulak tahun mia sara la kan...jadi cerita yang nak cerita ni tak da kaitan pun dengan cerita epilog syurga cinta tu tapi cerita iklan...ada satu iklan tu pasal bayar zakat fitrah...masa encik tu dan emak dia nak buka puasa,,,da nak azan da ni si encik tu sibuk nak bayar zakat fitrah...tapi bukan nak bayar zakat fitrah secara fizikal maksudnya berdua dengan pemungut zakat,,,empat mata,,salam salam...tidak...sebab dia nak bayar dengan sms...

persoalannya sah ke eh sebab tak ada akad dari pemungut zakat tu...bab ni sensitif sikit bagi saya sebab seumur hidup masa duduk dengan mak dan atuk dulu,,,atuk memang pemungut zakat dan bila nak akhirkan tu,,,akan ada satu bacaan yang atuk lafazkan...bukan lafaz "aku terima zakat...." tu pun ada juga tapi ada doa lain sambil atuk salam dengan pemberi zakat tu...kalau guna sms lafaz ke...kalau pun ada bila akhir transaksi dapat sms pengesahan,,,tu dikira lafaz ke?bukan lafaz keluar dari mulut ke?atau saya yang salah konsep dan zakat tak perlu berlafaz bagai ni?hurmmm...jadi selepas bergoogle,,,jumpa la ini...lepas ni kena beritahu ibunda juga sebab bila ditanya boleh ke zakat sms tu?abes tu ade lafaz ke?ibunda jawab "ntahla orang sekarang,,,yang pelik-pelik je" ;)

| haha tajuk tak da kaitan pun |

similes two zero one

as mum as an oyster

Friday, August 20, 2010

nineteen zero eight

happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to b
happy birthday to you

supposedly post this birthday wish yesterday...happy birthday b..i hope all that u've hoped to achieve this year,,, become reality...thank you for giving me the honor to be your moh on your wedding day...thank you for everything...have a blast years ahead...love you...xoxo

similes two zero zero

as modest as a dove
as modest as a primrose

Thursday, August 19, 2010

tips untuk si bujangan

kalau sekiranya pada suatu hari kamu berdua bersama dan pada ketika itu si dara yang selalunya sibuk mengomel itu mengomel ini tetapi tidak pada ketika yang tersebut,,,maka percayalah bahawa si dara mahukan detik itu menjadi detik untuk si bujangan bercerita atau berbincang...sekiranya pada ketika itu si dara yang selalu menyanyi dalam kereta dan tidak mengendahkan lagu-lagu yang selalu dinyanyikan,,,sila jangan percaya sekiranya bila kamu bertanya perihal si dara yang tidak menyanyi itu dan dijawab dengan jawapan sampah seperti mengantuk atau lapar...seandainya si bujangan percaya maka si bujangan dalam bahaya...bila detik itu tiba,,,maka itulah masanya untuk si bujangan pula bercerita dan berkongsi rahsia mahupun berbincang kerana si dara dapat mengesan bahawa perlunya si bujangan membuka cerita walaupun pada ketika itu si bujangan telah membuat keputusan tentang apa yang si bujangan inginkan terutama dalam perkara yang penting yang melibatkan wang yang besar dan melibatkan masa depan bersama...bercakap walaupun kamu pendiam bercakap walaupun berat bercakap walaupun kamu rasa tidak penting...adalah lebih bahaya kepada nasib si bujangan sekiranya dalam momen yang sepatutnya kamu berbincang bercakap berkongsi itu,,,kamu sibuk berurusan tentang perkara yang tersebut dengan orang lain dan terus membisu dengan si dara...walaupun apa yang si bujangan itu lakukan tidak disokong oleh si dara...tidak menyokong tidak bermakna si bujangan tidak perlu bercerita berkongsi berbincang bercakap...tidak menyokong tidak bermakna si bujangan boleh dengan senang hati tidak mengendahkan si dara dengan mengenepikan si dara...sekiranya itu terjadi maka janganlah marah sekiranya mesej mahupun panggilan tidak berbalas untuk berapa lama yang si dara rasakan perlu...tindakan tidak bercakap berbincang berkongsi,,,bodoh sekali...terutamanya apabila si bujangan maklum bahawa si dara memang bencikan perihal tidak bercakap itu...jangan ketepikan...jangan tidak bercakap...

source:google
file name: signs-of.a-bad-relationship-not-talking

| tak puas hati dengan draft kedua ni...yang pertama secara tiba-tiba hilang... |

similes one nine nine

as mischievous as a kitten

Wednesday, August 18, 2010

minggu video

"listen to me
even if it's difficult
even if i don't speak up
even if you disagree
even when you already know the story
whether it's sad
or late
because only by listening can you truly gain a deeper understanding"

 

tiada kena mengena dalam mempromosi prudential...cuma iklan tu bertepatan dengan situasi sekarang

similes one nine eight

as mild as dove
as mild as moonlight

Tuesday, August 17, 2010

new fonts

saya memang suka benda-benda macam ni...

  1. download font idaman hati
  2. copy n paste to folder font dalam control panel
  3. go to microsoft word,,,find the font,,,use! ;)

http://www.urbanfonts.com

"i can be your hero baby.." can u?

similes one nine seven

as merry as a lark
as merry as a cricket
as merry as spring

Monday, August 16, 2010

semalam masuk kali ketiga balik ke bp dengan saket hati dan saket kepala dan saket perasaan...
ape tah yang aku buat salah yang boleh jadi macam ni...
faham tak perasaan tersisih?


similes one nine six

as merciless as the grave
as merciless as ambition

Friday, August 13, 2010

as meek as a dove
as meek as a lamb
as meek as a mouse

Thursday, August 12, 2010

as mean as a miser

| lost count of the similes because i numbered it wrongly |

Wednesday, August 11, 2010

hari rabu pertama

jumaat cari sabtu
nak tanya nampak ahad tak
agar ingatkan isnin bagitau
selasa supaya tak lupa
rabu dah puasa!
selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak

selamat menaiki penerbangan RAMADHAN AIR, bernombor 1431H,kita akan terbang selama 30hari ke atas permukaan haus dan lapar...para penumpang diwajibkan untuk memasang niat puasa dan menegakkan kerusi solat.penerbangan ini bebas asap perselisihan.saya selaku anak kapal yang bertugas megucapkan SELAMAT MENEMPUH MADRASAH TARBIYAH RAMADHAN..mohon kemaafan atas segala kekhilafan selama ini


haa...ni antara mesej yang dapat malam tadi sebelum secara rasmi berpuasa untuk tahun ni...memang selalunya akan tunggu ramadhan tiba sebab bulan ni selain banyak kebaikan yang semua hampir maklum dan pahala berganda yang dikejar,,,ada lagi beberapa perkara bagi saya secara personal,,,yang amat digemari...selalu bila bulan puasa,,,akan ada bazar ramadan *memang istimewa untuk bulan ni saja & siap ada nama khas*,,,ada kurma...ada iklan-iklan yang menginsafkan,,,ada sale yang mengeringkan poket,,,ada suasana yang damai dan tenang yang jarang dapat bulan-bulan lain *kalau ada yang perasan*...bulan ni juga akan mula ambil baju raya yang selalunya tak tahu berapa helai dah hantar kat tailor..hehe

tahun ni juga da masuk tahun ke tiga dalam tahun islam,,,ayah macam tu...dan tak tahu kenapa,,,setiap kali masuk bulan ramadhan ujian menjaga ayah akan lebih lagi...berganda lagi...tak tahu macam mana nak hadapi...baru je berapa jam puasa mula,,,tadi da terjadi...haih...sabar je la...cita-cita bulan ni ada satu tapi tak tau lagi menjadi ke tak...kalau menjadi akan diberitakan...sekian terima kasih

jangan lupa niat puasa ya


mohon maaf kat semua ye...selamat berpuasa... ;)

similes one nine five

as mad as a hatter
as mad as a March hare

Tuesday, August 10, 2010

cuci the musical 2

assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua

ari sabtu lepas,,,saya dan beberapa orang kekasih hati telah pergi untuk menonton teater yang mendapat perhatian dan mencuri hati peminat teater mahupun pelakon-pelakon terbabit...kami menonton teater cuci the musical 2...kelakar gila teater tu...cam tak berhenti ketawa...lepas satu satu yang diketawakan...nabil nampak menonjol bagi saya dan dia memang layak la jadi raja lawak musim kedua dulu tu...tak dinafikan lagi...awie pulak memang menjadi la watak "lembut tapi straight" tu...da la goreng pisang paling sedap...haha lawak...

walaupun banyak lines yang diorang ad-lib,,,tapi sangat menjadi...walaupun ada adegan yang "serius matter" tapi diorang tambah dia jadi tak berapa serius supaya kitorang enjoy...walaubagaimanapun,,,bila masa serius tu tersentuh juga hati dengan keseriusan isu tersebut...kesimpulannya cukup rasa dan emosi...kadang-kadang terlebih juga emosi tu bila lawak berlebihan...

vanidah imran sangat gorgeous!suka sangat bila lampu sorot kat dia...cantik sekali...flawless...perfect!perut pun mak aiiiii kempis saja... ;) jac pula rasa macam kuat sangat suara dia...mungkin bukan kuat tapi lantang...dari segi lakonan,,,bolehla kot cuma nampak berusaha sangat...daddy vanidah imran dalam tu sangat soothing la suara dia...macam kalau tak boleh tidur,,,nak dia bacakan cerita dongeng...gerenti tidur sampai ngences *ada lagi yang tak tau apa tu ngences?*

afdlin dan hans memang dah sah-sah la best tapi tak berapa faham watak hans yang suka meluru bila nak cakap jujur...rasanya dalam cuci the movie tak macam tu..atau dah terlupa...watak afdlin sebijik dalam filem...gaya semua samalah...tapi yang penting semua boleh nyanyi...kan muzikal kan jadi kena boleh nyanyi la baru sedap...tahniah la untuk cuci the musical 2...memang best...dua2 teater yang da pernah tengok dua2 tengok musim yang kedua punya...

dan seperti yang bff a cakap yang diorang akan tunggu sampai semua peminat yang beratur nak dapatkan autograf dan bergambar,,,memang diorang tunaikan...tak de short cut punya...bagus...tapi saya tak tunggu sebabnya muka en.s menyampahkan masa tu sebab dia kata lapar tapi macam tak percaya sangat dan sendiri rasa ada benda yang tak kena tapi tak tau apa benda...jadi ajak dia pulang sahaja...menyampah...

ni je gamba yang ambil guna camera phone...grrr en.s!!

| rm53 yang bernilai lumayan |

similes one nine four

as loyal as a dog
as loyal as an apostle

Monday, August 9, 2010

temuduga

ari khames aritu dapat surat yang mengejutkan daripada suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia...rasanya macam dah kena renew application sebab dah setahun...aritu da cuba renew tapi separuh jalan hampa sebab tiada kelayakan "ijazah yang diiktiraf" pffttt!!tapi,,,alhamdulillah,,,rezeki nak kawen kot tu surat panggilan temu duga...ingatkan temu duga kedua ptd *dengan harapan* tapi rupanya ialah untuk pegawai latihan vokasional (mekanikal pembuatan)...kena pergi ari khames 26ogos nanti di menara ansar,,,johor bharu...haih,,,kena la pergi bersendirian nanti...tunggu dengan sendiri,,,memandu dengan sendiri...sesiapa yang ada pengalaman dalam interview jawatan yang sama,,,sila bagi soalan bocor...terima kasih aka tk dalam cuci the musical...esok nak cerita pasal cuci the musical pulak...

similes one nine three

as lowly as a slave

Friday, August 6, 2010

four years and counting



arini hati penuh dengan kecintaan tapi akan bertambah kejap-kejap lagi...
selamat anniversary en.s yang ke empat tahun...
terima kasih sebab bertahan dengan kerenah saya...tahan lebih lama lagi ye...
sayang kamu sangat
en.s,,,i'm crazy over you...haha ;)

similes one nine two

as low as the grave

Thursday, August 5, 2010

ibunda is officially a blogger

assalamualaikum..

hei,,,u know what?my ibunda has her own blog...hahaha she's a blogger now...yesterday when she came home from work,,she said "ibu da ada blog da" then i asked her what her url and she gave me her email address instead...hehehe...by the way,,,i am her first follower,,,of course la kan...but i better watch my tongue from now of what i am writing in my blog...or maybe just be myself la kan and let her know my true colors...haha as if she don't know her own child...

so,,,ibu,,,if you are reading this someday,,,welcome to the IT world...i am proud of you...congrats!!lepas ni boleh lawan tulis blog eh...or maybe lepas ni boleh buat account facebook pula...hahahah *abisla kena catu gambar*

this is ibunda's link to her blog...support la yer...cehh promote...nanti boleh ajar buat nuffnang

similes one nine one

as lovely as Venus
as lovely as the violet

Wednesday, August 4, 2010

18august

semuaaaaaaa order untuk kuih raya dan cokelat sedap hanya sehingga 18ogos ye..ni untuk yang raya purpose la...lepas raya boleh order lagi kalau dah addicted.. ;)

eh tapi tapi tapi...cokelat boleh la...sebab senang je nak buat...kalau cheese tart tu sampai 18august ye kawan2 dan sahabat handai

similes one nine zero

as loud as thunder
as loud as horn

Tuesday, August 3, 2010

mari dekat mari rapat

hei hei hei....
hari-hari sekarang ni kalau buka facebook,,,ada je yang tag kat kuih muih untuk hari raya kan...nampak macam sedap je kan...tapi ni ada yang lagi-paling-terbaik-sedap-gila punya kuih muih raya dan juga chocolate...kalau tak percaya mari rasa melalui gambar ye...ni kesedapan tak tipu punya sebab secara peribadi dah makan...kalau dah makan memang tak boleh stop punya la...bila makan tu da tak fikir gemuk la ape la nanti...janji makan dan sedaaaaaaaaapppppp...boleh termimipi-mimpi tau...meh kita tengok dulu eh bia air liur meleleh dulu...bila da macam tu,,,tak payah fikir panjang,,,order terus okeh?


personal favourite
especially lepas keluar dari fridge...pehhhh
terbaik dari ladang wokkk!!


susu rasa,,,kacang rasa,,,sedaaaappp lagi lah rasa
baik order sebelum menyesal


kuih tradisional ni kan wajib ada kat meja time raya
kalau tak ada,,,dosa...so baik tempah sekarang



yang ni paling tak tau nak describe sedap yang macam mana lagi dah
nak paket-paket boleh...yang paket lebih sesuai jadi doorgift atau nak ganti duit raya pada budak-budak pun boleh juga...


kesukaan masa kecil...kesukaan en.s juga ;)
jem nenas die buat sendiri tau...yang lain tak boleh lawan la...
kalau tak percaya,,,beli la...













siapa yang tak terliur tengok cokelat ni,,,tak tau la nak cakap macam mana...mungkin tunas rasa kat lidah dah rosak...ada macam-macam jenissss cokelat ada...cakap je nak macam mana tapi lebih senang kalau ikut yang kat atas ni la kan...available all the time...kalau nak yang lain mungkin akan ambil masa sikit la kan...

jadi apa tunggu lagi...semua ni boleh didapati dari kedai watson berdekatan anda di sini...sila email juadah mana yang berkenan di mulut dan di perut,,,samada untuk hari raya atau untuk saja-saja...
kualiti terjamin kesedapan terbukti
fuhh macam slogan
tak payah tunggu lagi...mari booking sekarang!

email ke arina_syaira@yahoo.com

| boleh juga ke laman tuan punya resepi di facebook |
|| ni mak cik saya punya perniagaan... ;) ||

similes one eight nine

as lost as Eden