kalau sekiranya pada suatu hari kamu berdua bersama dan pada ketika itu si dara yang selalunya sibuk mengomel itu mengomel ini tetapi tidak pada ketika yang tersebut,,,maka percayalah bahawa si dara mahukan detik itu menjadi detik untuk si bujangan bercerita atau berbincang...sekiranya pada ketika itu si dara yang selalu menyanyi dalam kereta dan tidak mengendahkan lagu-lagu yang selalu dinyanyikan,,,sila jangan percaya sekiranya bila kamu bertanya perihal si dara yang tidak menyanyi itu dan dijawab dengan jawapan sampah seperti mengantuk atau lapar...seandainya si bujangan percaya maka si bujangan dalam bahaya...bila detik itu tiba,,,maka itulah masanya untuk si bujangan pula bercerita dan berkongsi rahsia mahupun berbincang kerana si dara dapat mengesan bahawa perlunya si bujangan membuka cerita walaupun pada ketika itu si bujangan telah membuat keputusan tentang apa yang si bujangan inginkan terutama dalam perkara yang penting yang melibatkan wang yang besar dan melibatkan masa depan bersama...bercakap walaupun kamu pendiam bercakap walaupun berat bercakap walaupun kamu rasa tidak penting...adalah lebih bahaya kepada nasib si bujangan sekiranya dalam momen yang sepatutnya kamu berbincang bercakap berkongsi itu,,,kamu sibuk berurusan tentang perkara yang tersebut dengan orang lain dan terus membisu dengan si dara...walaupun apa yang si bujangan itu lakukan tidak disokong oleh si dara...tidak menyokong tidak bermakna si bujangan tidak perlu bercerita berkongsi berbincang bercakap...tidak menyokong tidak bermakna si bujangan boleh dengan senang hati tidak mengendahkan si dara dengan mengenepikan si dara...sekiranya itu terjadi maka janganlah marah sekiranya mesej mahupun panggilan tidak berbalas untuk berapa lama yang si dara rasakan perlu...tindakan tidak bercakap berbincang berkongsi,,,bodoh sekali...terutamanya apabila si bujangan maklum bahawa si dara memang bencikan perihal tidak bercakap itu...jangan ketepikan...jangan tidak bercakap...
source:google
file name: signs-of.a-bad-relationship-not-talking
| tak puas hati dengan draft kedua ni...yang pertama secara tiba-tiba hilang... |
No comments:
Post a Comment