ari sabtu lepas,,,saya dan beberapa orang kekasih hati telah pergi untuk menonton teater yang mendapat perhatian dan mencuri hati peminat teater mahupun pelakon-pelakon terbabit...kami menonton teater cuci the musical 2...kelakar gila teater tu...cam tak berhenti ketawa...lepas satu satu yang diketawakan...nabil nampak menonjol bagi saya dan dia memang layak la jadi raja lawak musim kedua dulu tu...tak dinafikan lagi...awie pulak memang menjadi la watak "lembut tapi straight" tu...da la goreng pisang paling sedap...haha lawak...
walaupun banyak lines yang diorang ad-lib,,,tapi sangat menjadi...walaupun ada adegan yang "serius matter" tapi diorang tambah dia jadi tak berapa serius supaya kitorang enjoy...walaubagaimanapun,,,bila masa serius tu tersentuh juga hati dengan keseriusan isu tersebut...kesimpulannya cukup rasa dan emosi...kadang-kadang terlebih juga emosi tu bila lawak berlebihan...
vanidah imran sangat gorgeous!suka sangat bila lampu sorot kat dia...cantik sekali...flawless...perfect!perut pun mak aiiiii kempis saja... ;) jac pula rasa macam kuat sangat suara dia...mungkin bukan kuat tapi lantang...dari segi lakonan,,,bolehla kot cuma nampak berusaha sangat...daddy vanidah imran dalam tu sangat soothing la suara dia...macam kalau tak boleh tidur,,,nak dia bacakan cerita dongeng...gerenti tidur sampai ngences *ada lagi yang tak tau apa tu ngences?*
afdlin dan hans memang dah sah-sah la best tapi tak berapa faham watak hans yang suka meluru bila nak cakap jujur...rasanya dalam cuci the movie tak macam tu..atau dah terlupa...watak afdlin sebijik dalam filem...gaya semua samalah...tapi yang penting semua boleh nyanyi...kan muzikal kan jadi kena boleh nyanyi la baru sedap...tahniah la untuk cuci the musical 2...memang best...dua2 teater yang da pernah tengok dua2 tengok musim yang kedua punya...
dan seperti yang bff a cakap yang diorang akan tunggu sampai semua peminat yang beratur nak dapatkan autograf dan bergambar,,,memang diorang tunaikan...tak de short cut punya...bagus...tapi saya tak tunggu sebabnya muka en.s menyampahkan masa tu sebab dia kata lapar tapi macam tak percaya sangat dan sendiri rasa ada benda yang tak kena tapi tak tau apa benda...jadi ajak dia pulang sahaja...menyampah...
ni je gamba yang ambil guna camera phone...grrr en.s!!
| rm53 yang bernilai lumayan |
No comments:
Post a Comment