Monday, August 29, 2011

perasaan baru

assalamualaikum...

tahun ni tahun pertama beraya bersama en.s. macam mana ek perasaannya esok bila salam peluk cium suami di pagi raya? hehe. ni baru je habis gosok baju raya dia siap samping sekali. warna mestilah sedondon. hehehehe. tapi tahun ni berjimat habis sebab baju raya pertama je ialah baju baru. yang lain semua recycle baju masa wedding cousin-cousin yang berkahwin tahun lepas. yang baru pakai sekali. kasut raya pun tiada. rasa lain sebab setiap tahun mesti ada handbag dan kasut raya tapi tahun ni, cut cost. duit gaji pun tak masuk lagi. maka tak dapatlah ibunda, ayah, mak dan atok duit raya dari saya. huuuu. sedihnya. baru je nak excited bagi duit raya kat mereka tahun ni tapi gaji tak masuk! huhu.

hari ni en.s cakap dia penat sangat sebab hari ni dia kena tolong macam-macam kat rumah mak. memang selalu macam ni la sehari sebelum raya. meriah tolong masak-masak kat rumah mak walaupun kadang-kadang saya mengelat tapi tahun ni alhamdulillah, sepupu-sepupu semua rajin menolong dan tak terlalu buat sepah kat rumah mak. mungkin ada hikmah semuanya yang berlaku. yang pasti, hubungan kami makin erat. tahun ni pun mula tradisi baru iaitu berbuka beramai-ramai di rumah mak. semalam dan hari ni, semua yang berada di batu pahat berbuka bersama. bentang saprah dan makan atas lantai ramai-ramai. makanan penuh atas alas. tahun ni juga ada khemah depan rumah mak! oh ya, tahun ni pasang pelita juga di rumah johor dan di batu pahat. ada 6. nampak meriah sikit rumah. lagi suka guna pelita daripada lampu liplap.

tak sabar nak tunggu esok ;)

selamat hari raya, maaf zahir batin dari arina dan suami serta kaun keluarga.

Tuesday, August 16, 2011

kerja oh kerja

sungguh tak produktif la blog ni zaman sekarang. dahulu bukan main lagi laju je nak menaip kat sini. ni baru balik dari teman en suami ke interview yang entah ke berapa di pasir gudang. tak suka environment kat sana sebab tu kan kawasan industri jadi bau-bauan macam-macam yang ada. cepat je pening kepala kalau terlebih bau bahan kimia ni. bukan pembawakan budak ye. ;p

semalam pergi tolong makcik yang rumahnya di hujung jalan membuat kuih raya. sukanya! sedap baunya! buat kuih blueberry cheesetart dan chocolate chips dan satu kuih terbaru apa-tah-canary. cam sedap je tapi tak sempat tengok hasil kuih yang terbaru tu sebab pukul 3.15 dah beredar nak ke tempat kerja. oh, cerita pasal tempat kerja tu, dah mula rasa tak bersemangat sebab 'attitude'. biasalah, kerenah orang kaya. huhu. insyaAllah kalau suatu hari nanti saya menjadi kaya, saya berdoa minta Allah jauhkan saya dari sikap orang-orang kaya yang saya kenal ataupun sikap orang-orang yang rasa dia kaya padahal miskin adab. buat apa kalau hidup tak sedar diri. kelak diri sendiri yang rugi.

pagi tadi pula ke hospital sultan ismail atau hospital pandan di tebrau. mak ke sana hari ni untuk pemeriksaan lanjut. mulanya doktor cakap perlu tinggal sehari tapi alhamdulillah, nampaknya semua baik-baik sahaja. kalau ada yang tidak pun, simpan sahaja supaya semoga semua yang baik-baik saja yang terjadi untuk mak. ibunda pun ikut juga tadi. terubat sikit rindu sebab sabtu dan ahad minggu lalu saya dan en suami tidak pulang ke batu pahat. rasa macam dah lama je tak balik.

aktiviti hari minggu? sangat tak best. hari sabtu duduk kat rumah sebab en.s kerja sampai petang. saya kemas rumah, basuh baju, lipat baju, layan movie vcd. almaklumlah, rumah orang tak ada tv. kena lah layan vcd je. hari ni baru nak pergi ambil tv yang direpair. harap-harap tak mahal sangat harganya dan dah elok. si tukang repair tu pula, sebelum repair bukan nak consult dengan kitorang dulu. dia main repair je. buatnya harga melambung tak mampu nak bayar, guano? baik beli baru je kan. hahaha. tapi masalahnya sampai ke hari ni gaji en.s TIDAK MASUK lagi. rasa macam nak saman rm6juta.

saya tak faham kenapa tak ada yang berminat nak ambil saya kerja. bukan saya tak apply ye dah beribu kot application tapi macam susah je nak lekat. atau memang takdir jadi surirumah saja. saya suka tapi en.s tidak ;(
kalau saya jadi surirumah, alamatnya tak dapatlah nak miliki vw beetle warna kuning idaman hati.

Thursday, August 11, 2011

rumah pusaka

assalamualaikum...

selamat berpuasa semua. dah masuk hari ke sepuluh da kita berpuasa. tapi saya belum hari kesepuluh lagi. ;p
tahun ni ada sikit kelebihan dan kekurangan beraya. haha baru puasa tak sampai 10 hari da nak cakap pasal raya. biasa lah kan. kurangnya tahun ni sebab tak beraya di kampung. bukan sebab dah kahwin maka tak beraya di kampung kerana sombong tapi sebab lain.

rumah pusaka

gaji pertama yang ayah laburkan adalah tangga itu.menurutnya

koleksi piring hitam ayah
what happened?!

sisa rumah pusaka
stand tough!
nak tahu hasilnya, tunggu post yang lain.

alhamdulillah, tahun ni berpuasa dapat merasa tugas baru sebagai isteri. bangun awal sediakan makanan sahur. sebelum ni harapkan ibunda je. sekarang dah terkena kat diri sendiri. nasib baik senang 'bangun pagi'. hahaha. dan tak sangka tugas ni datang secepat ni. makanan berbuka sediakan sama-sama kalau tak membeli di bazar. tapi dah sekali en.s sahur sendiri sebab isteri dia merajuk ;p kurang pahala hari tu. dan bulan puasa ni pun ada cabaran dan dugaan. boleh gaji en.s bulan 7 tak masuk lagi sampai sekarang. bila siasat, rupanya cek dia salah nombor akaun. maka kena tunggu sampai minggu depan la kot. pula tu, tv rumah ni da dua biji buat hal. boleh dia tak nak keluar gambar. har tol. hari ni pula tu. masa saya tak perlu mengajar. bosan! tu yang buat post ni. tetiba rasa nak cerita pasal rumah pusaka tu. bukan cerita pun sebenarnya kan cuma upload gambar je. tu pun da makan masa. huh. hari ni tak tahu nk buka apa ek.

Tuesday, August 9, 2011

senggarang ke shah alam

the conversation i can never forget

aa: halloooo
as: hello aa, as ni. ibunda ada?
aa: tak ada. da balik
as: o. siapa ada kat sana?
aa: aa kat rumah la ni. kau kat mana?
as: kat senggarang. baru sampai sini
aa: mana?
as: senggarang
aa: shah alam?
as: senggarang! *kuat sikit tonasi tu*
aa: ha ye lah nanti aku kirim salam
as: .............

sungguh macho perbualan tersebut. hahahaha.

Saturday, August 6, 2011

kempas baru-tanah merah-batu pahat

assalamualaikum.

selamat berpuasa hari ke enam. lapar pula rasa sekarang ni. hahaha. hari ni nak cerita pengalaman ke rumah mertua aritu. sekarang baru ada rasa nak mencoret. kat rumah johor, walaupun tak buat apa sangat tapi rasa berat je nak menaip. walaupun tv kat rumah tengah mogok tak keluar gambar, masih tak ada mood nak menaip. mungkin sebab cuaca panas sangat agaknya.

jadi teruskan kepada repot perjalanan ke tanah merah, kelantan.
pengangkutan yang digunakan : keretapi tanah melayu.
waktu keberangkatan : 7.45malam.
harga tiket : rm41.
kelas : 2
waktu ketibaan : 7.45pagi.

12jam tu perjalanan ke sana. kalau pergi ke perlis macam dah tak kisah sangat sebab dah familiar kan. lagipun rasanya naik bas lebih selesa daripada menaiki keretapi. sebabnya, sempit! tempat duduk sempit seh. macam naik bas yang berhenti-berhenti tu. macam naik bas sekolah. aisle luas tapi tempat duduk sempit. en.s cakap kalau dapat seat ni dan tak kenal orang sebelah, confirm tak selesa langsung. seat ngam-ngam lebar badan kitorang je. bukan tu je. setiap perhentian keretapi akan berhenti dan ambil penumpang. maka, lampu dibiarkan terbuka sentiasa. sebab selain nak ambil penumpang, penumpang yang sedia ada pun boleh bergerak ke hulu ke hilir nak pergi tandas ataupun ke cafe. dan dari masa ke masa, pemeriksaan tiket akan dilakukan. saya ni pula jenis yang kalau nak tidur tak boleh berlampu terang. rasa penat sangat badan kalau tidur berlampu. lepas tu, bergoyang-goyang pula. bisingnya dah tentu la. bukan je dari bising geseran landasan, tapi sebab orang sentiasa keluar masuk dan lampu terang, maka ada yang berbual-bual kuat. pendek kata, kalau tak dapat coach yang ada katil, memang sedaya boleh akan elakkan menaiki keretapi lagi. lebih baik naik bas. tapi masalahnya pula, kalau naik bas dari tanah merah, tiada yang terus menerus ke jb. kena tukar bas di suatu tempat nanti. menurut cerita la. saya belum berpengalaman lagi. kalau nak yang terus menerus, kena menaiki bas dari kota bahru. jauh pula dari tanah merah. tapi akan usahakan juga lepas ni.

perjalanan balik ke bp pula, alhamdulillah sebab menaiki kereta kakak ipar. kebetulan dia dan suami pun pulang juga. jadi kami ambil kesempatan la balik dengan kereta. tapi perjalanan dengan kereta pun lama gila rasanya. 13jam baru sampai bp. tapi mungkin sebab singgah ke melaka dulu hantar adik ipar balik kolej. bertolak pukul 8.30pagi. lalu gua musang. rasa macam kejap je nak keluar dari kelantan tu. tapi perjalanan kat pahang tu dah seharian dah. gilo besar pahang. ada satu kawasan tu sangatlah bosan ya amat sampai saya terlelap. saya tak sampai hati nak tidur terutama bila en.s memandu. agak susah juga nak tidur dalam kereta. memang dari dulu macam tu. lebih seronok tengok pemandangan walaupun kadang-kadang tak best. tapi hari tu ada satu kereta terbabas kat tepi jalan. kitorang ingatkan macam kejadian tu berlaku semalam sebab tak da tanda-tanda yang macam baru berlaku. tapi bila berhenti kat satu kawasan, abang ipar *kereta kedua* beritahu masa mereka melintas kereta tu, ada orang tengah merangkak keluar. kesiannya. dah la laluan tu macam sunyi juga. rasanya macam dah serik nak pergi balik tapi kena korbankan tu semua sebab macam mana pun perlu balik rumah keluarga di sana kan. naik flight je la lepas ni ye en.s? hahahahaha. ni belum merasa lagi time jam gila yang selalu masa musim raya tu. kalau terkena, tak tahu la macam mana perasaannya  nanti. huhu.

sampai je kat rumah mertua, mandi dan tukar baju, kemudian terus ke rumah makcik. sebab rutin mereka, setiap hujung minggu, akan berkumpul di sana. air kat rumah mertua punyalah sejuk macam air terjun. yang kalau air kena kat badan rasa macam tercungap nak udara tu. hahaha. boleh ke korang bayangkan apa yang saya terangkan ni? tapi memang syok habis mandi air sejuk macam tu. rasa macam setiap titik air masuk ikut liang roma dalam badan ni. segar sungguh! tapi ni pun belum rasa lagi mandi masa subuh. hahaha. air dia sentiasa sejuk. tengahari pun sejuk juga. tu yang bestnya. bila panas-panas, mandi air sejuk macam tu. memang tak nak keluar toilet la weh. malam tu ikut kaum lelaki pergi mancing. nasib baik plan asal en.s tak menjadi, kalau tidak, memang saya berdesup la balik ke bp sorang-sorang malam tu juga. atau paling tidak pun, merajuk lama la. huhu. esoknya tak ke mana sebab adik beradik lelaki dan abah ke hutan cari kayu untuk buat rumah baru. jadi duduk je di rumah dengan keluarga perempuan. bual-bual sambil makan durian yang maha banyak. ada je sedara mara yang datang hantar durian. murah rezeki. sedap pula tu. durian kampung kan. tak ada campuran lagi. bajet macam da puas la makan sebelum kaum laki balik. lepas tu, bila abang ipar dan adik ipar yang tadi tidur start makan lagi, saya pula tak boleh nak tahan nafsu. bedal lagi durian. akibatnya, sampai sekarang tekak gatal-gatal lagi. ma siap bekalkan durian untuk bawa balik ke bp. pehhhhhh. best-best. suasana tak menjadi masalah bagi saya tapi perjalanan yang jauh tu, ya. ma sempat lagi pesan jangan serik. ibunda pun siap call lagi pagi ahad tu untuk pastikan saya tak bangun lewat kat rumah mertua. tapi, malangnya kat sana sangat susah nak dapat line maxis. huhu.

semalam ke rumah mak, makcik cakap "macam da ada je tu". hahahaha. belum ya. hari ni ialah bulan ke 60 kami berpacaran. bulan ke dua berkahwin. macam cantik dan senang ingat tarikh. 4hb nikah, 5hb sanding, 6hb couple. lagi cantik kalau anak-anak lahir 7hb dan 8hb dan 9hb dan 10hb dan 11hb. ikut turutan. hehehe.