Friday, June 29, 2012

madagascar 3

assalamualaikum.

semalam tetiba en.s ajak tengok madagascar 3. selalunya kami kalau nak pergi menonton, akan bincang dulu tapi semalam, lepas sembahyang isyak, dia ajak. well, ok je. bukan kerja pun esoknya kan. so we went to u mall and purchase 2 10.30pm show. i hate seating at the back of a man. sebab most of the time, their cacak-cacak hair disturbed my view. luckily there were empty couple seats at the back so i decided to move. tenang sikit. best is all i can say. the jalan cerita is simple dan tak terlalu mencuba untuk menjadi kelakar. paling best masa kapten dubois nak kejar diorang masa di monte carlo. punyalah kebal dubois tu. dia punya team member semua da injured tapi dia relax je lagi. kartun tol. dan masa diorang punya first circus show lepas alex ambil alih. kan best kalau ada circus macam dalam madagascar tu. tapi tiket mesti mahal punya lah. huhu. bila la nak pergi uss? *tetiba*


google

Wednesday, June 27, 2012

cara khatam quran dalam ramadhan

merujuk kepada post ni, saya ada beritahu macam mana nak habiskan khatam Quran dalam masa bulan Ramadhan kan. sebenarnya calculation dia macam ni

1 Quran = 600 muka surat
600 muka surat / 30 hari = 20 muka surat sehari
20 muka surat sehari / 5 waktu solat fardhu = 4 muka surat sewaktu solat fardhu
4 muka surat sewaktu solat fardhu / sebelum & selepas solat = 2 muka surat sebelum dan 2 muka surat selepas solat fadhu

ini kalau kira hari tak ada period bagi perempuan. tapi kalau ada period, pandai-pandai la bagi. kalau sehari 30 muka surat pun tak banyak. nak cuba lah khatam tahun ni sebab tahun ni boleh solat setiap hari. puasa tak tahu lagi. hahaha. doakan saya dan anakanda bertuah ni berjaya puasa penuh.

source


Tuesday, June 26, 2012

bayi songsang

assalamualaikum..

tak ada apa nak cerita pun sebenanrnya tapi untuk buat remarks mana lah tau kot-kot anankanda akan baca blog ni satu hari nanti. hahahaha. hari ahad lepas, 24jun2012 pergi checkup di hospital putra. macam biasa, cek air weewee, cek tekanan darah kemudian scan. masa ni en.s yang paling teruja. setiap kali appoinment di hospital putra memang dia belum pernah terlepas lagi sebab kami pergi hari minggu. kalau di klinik kesihatan tmn universiti, memang pergi sendiri ajo lah. en.s kerja. masa scan tu, doktor tengah pusing sana pusing sini tetiba dia cakap, eh, baby menguap! wahhhhhhh!! excited! macam comel sangat. nampak jelas mulut die terbuka pastu tutup perlahan-perlahan. precious sangat! hahaha. tapi tak dapat nak record la. huhu.

kemudian consultation. beritahu doktor tu kelmarin masa cek di klinik, doktor scan baby tengah songsang. inform kat ibunda, dia dah cuak sebab dia takut jadi macam anak dia. anak dia ni dulu, siap melintang dalam perut tu. ibunda takut anakanda saya akan selesa dalam posisi tu dan jadi macam dia sampai tak boleh jalan. dia dah pergi berurut la apa semua, tapi in the end, tetap balik ke posisi melintang tu. special betul anak ibunda itu. hehe. special degil. tapi masa scan di hospital, doktor cakap kepala baby da kat atas dan untuk masa sekarang, tak perlu risau sebab baby memang tengah bebas nak pusing-pusing sebab banyak ruang lagi. dan satu lagi masalah ialah due date berubah lagi. 3 kali tarikh ubah masa cek kat klinik. jumpa doktor ni, lain, doktor tu, lain. nurse pun kira lain. apakah? tapi doktor hospital cakap ikut tarikh yang dia beri sebab tu dah mula dari awal pregnancy. so i'm satisfied sebab tarikh tu boleh tahan cantik. haha. doakan kami selamat.

terima kasih.

Tuesday, June 19, 2012

Reasons to go to Mekah dan Madinah

assalamualaikum..

semalam da janji nak tulis why you should go to mekah and madinah kan. so let's read through from my perspective la.

Mekah
1) sembahyang di mana-mana dalam kawasan tanah haram diberi ganjaran pahala 100,000. sekali solat, 100,000. tapi, kalau solat berjemaah kan dapat lagi 27 kali ganda kan. banyak kan. kalau solat kat rumah tak selumayan tu. even though kita tak tahu berapa ganjaran yang Allah nak bagi, tapi within 100,000 is still, much kan.
2) walau seramai manapun umat islam yang mengerjakan solat di masjidil haram tu, walaupun kita nampak sangat sesak, nak jalan pun susah apa tah lagi nak cari tempat untuk sembahyang, akan ada tempat untuk kita. nak tempat yang lebih selesa, cuma perlu datang lebih awal. bila datang lebih awal tu, dapat la buat amalan lebih. baca quran, qada' solat, solat sunat, tengok kaabah.

tengok kaabah dalam gambar dapat pahala ke x eh?

3) berpeluang cium hajaratul aswad. ni bagi sesiapa yang berani nak redah orang arab yang besar-besar tu, bolehla. tapi, kalau tak dapat peluang pun tak pe,at least kita dah dekat dengan dia. dan ada peluang masa di madinah nanti masuk ke taman syurga. dan sekarang ni ada sindiket yang ambil kesempatan. memula dia akan tawar nak bawa anda ke hajaratul aswad, lepas anda sampai, dia akan minta bayaran. matlamat tak menghalalkan cara kan. fikir yang terbaik untuk anda. nak ke situ memang akan bersesak. tapi kalau ada peluang, Allah dah beri laluan mudah, rezeki anda, jangan lepaskan.
4) semua penyakit, insyaAllah tak ada. macam saya, alhamdulillah sangat sebab sebelum ke sana, pinggang memang selalu sakit sejak hamil. terutama kalau nak baring dan bangun tapi kat sana, bergolek macam mana pun, alhamdulillah tak sakit sangat macam kat sini. senang je nak golek belah kanan ke kiri ke.
5) oh ya, walaupun anda rasa cuaca kat sana panas, tapi percayalah, once u stepped kat lantai marmar kat kawasan tawaf tu, kan kawasan tawaf tak berbumbung kan, tak panas pun. jangan risau kaki melecur ke apa. even pakai stokin pun rasa sejuk. dan sejuk pun tak lah sejuk yang melampau. dan bagi yang rasa bertawaf masa tengahari tu panas, bukan sebab panas terik. panas sebab bersesak je. berpeluh pun sebab bersesak. kawasan yang paling sesak adalah di kawasan hajaratul aswad. kat situ orang akan bertolak-tolak, tu yang buat rasa panas dan rimas sikit. tapi kejap je. dan yang sangat best, perjalanan dari hotel ke masjid, anda rasa panas. tapi bila dah nak masuk pintu, sejuk macam ada air cond. best.
6) agongnya Allah tu, walau seramai mana pun jemaah, akan ada kawasan untuk kita. kan kita tetamu dia. kita dijemput. jangan risau dengan ramainya orang yang ada. insyaAllah ada kemudahan untuk semua.
7) boleh tengok fanatik islam kat sana. macam-macam ragam ada. ada tu macam nak panjat kaabah tu. what for? tak perlu pun. gosok-gosok kain kat kaabah la, kat bukit safa dan marwah la. sia-sia je amalan.
8) boleh minta doa apa-apa sahaja sebab kita directly minta dengan Allah. dah lah macam tu, disediakan pula tempat-tempat mustajab untuk berdoa. selagi boleh minta, minta. Dia sangat pemurah.
9) makanan kat sana semua sedap. dan terutama sekali air zamzam. kadang kita rasa air zamzam kat sini macam payau sikit kan tapi kat sana, sedapnya. nak habiskan sebotol air pun tak apa. air zamzam free. masuk je masjid, ada banyak tong-tong air zamzam. airnya pula sejuk-sejuk. walaupun sejuk, kat kawasan tu tak tersejat pun. selagi ada air, selagi tu sejuk. tapi ada juga tong yang air not cold. boleh pilih. tapi macam mana air zamzam tu kekal sejuk sedangkan dia dalam tong dan tak berais.

1 portion boleh mkn utk 2,3 orang

10) bila keluar dari masjid lepas solat, singgahlah makan ais krim the best in the world. kalau saya, memang almost setiap kali lepas solat nak balik ke hotel, tak lepaskan peluang makan ais krim tu. kalau anda keluar dari pintu abdul aziz, keluar je tuju ke mall yang belah kanan. kedai pertama ialah kedai air kot. kedai ais krim kat deret-deret tu je. air teh pun sedap. kena minta tea with milk baru la jadi air teh. kalau tak dapat teh o je la.

dekat kawasan ais  krim yummehh

Madinah
1) sembahyang di msjid nabawi sahaja di madinah yang akan mendapat ganjaran pahala 1,000. di madinah lebih mudah dan selesa dan nyaman dan aman. hotel dekat je dengan masjid jadi no reason la tak dapat pergi sebab jauh. seriously dekat je. kalau tak pergi pun mungkin sebab penat baru balik syoping *siapalah tu* sembahyang kat bilik hotel sama je macam sembahyang kat malaysia. 
2) hotel-hotel kat madinah kebanyakannya 4 stars. lebih selesa berbanding mekah tapi mekah pun tengah banyak construction, mungkin sebab nak jadi macam madinah kot. 
3) di masjid nabawi je anda berpeluang ke makam Rasulullah, masuk ke raudhah, taman syurga. bila da hampir nak masuk raudhah tu, dah boleh bau wangi. wangi sangat. sedap pula tu wanginya. wangi syurga dan wanginya makam Rasulullah tu. untuk jemaah lelaki, laluan mudah kalau nak dibandingkan dengan jemaah wanita. jemaah wanita kena tunggu hari yang tertentu, masa yang tertentu. akan dibawa oleh pegawai masjid. kalau lelaki boleh pergi bila-bila sahaja. maka, bagi kaum wanita ni macam berperang sikit kat raudhah tu. walaupun tunggu turn, beratur ikut negara tapi, sesama kita pun nak berebut. padahal sama-sama sampai dalam raudhah tu. nak sembahyang di kawasan raudhah tu pun mencabar. siap bergaduh, bertolak-tolak. kena ada yang guard masa seorang tengah sembahyang so that tak kena pijak. imagine! memang berhimpit. mungkin juga sebab kawasan raudhah yang kaum perempuan boleh masuk adalah terhad je. dinasihatkan masa da sampai raudhah tu, buat sembahyang sunat je dulu. kemudian cari kawasan yang tenang sikit untuk berdoa. dan kawasan bawah mimbar pun boleh solat juga. selalu kat situ kurang sikit orang sebab orang selalu nak solat yang dekat dengan makam. kena solat cepat, baca ayat pun pendek-pendek sebab kita akan digesa oleh pegawai-pegawai yang bertugas. tapi buat bodoh dan tak faham bahasa je. yelah, kita datang dari jauh kan, kumpul duit lagi. mestilah tak nak lepaskan peluang. 

lepas ziarah makam nabi dan raudhah

4) sembahyang sunat jenazah di madinah akan dikurniakan pahala seperti pahala bukit uhud. sebab bukit uhud tu terkenal masa perang, dan banyak berjasa kepada Rasulullah. Rasulullah cintakan bukit uhud tu dan cintanya bukit uhud tu pada Rasulullah sampaikan bila Rasulullah menapak, bukit uhud ikut langkahan baginda. bukit uhud tu pun pernah ditawarkan pada Rasulullah oleh Allah untuk ditukar menjadi emas. tapi Rasulullah tak nak sebab baginda tak nak perang berlarutan sebab nanti umatnya berebutkan emas tu. bukit uhud juga dah dijanjikan syurga oleh Allah. jadi siapa yang meninggal di madinah, dikira seperti mati syahid sbb dalam mengerjakan umrah atau haji kan. dan kalau kita niat nak mati di madinah pun, kita akan diberikan syurga, insyaAllah. 


5) mengerjakan solat di masjid qiblatain mendapat ganjaran sekali umrah. tak perlu tawaf dan sai dan bercukur, buat solat sunat 2 rakaat pun, dah dapat pahala umrah. tapi untuk sekali kunjungan la. kalau dalam satu kunjungan, kita buat 2 3 solat pun, masih dikira satu umrah ganjarannya. 

masjid qiblatain
6) syoping kat madinah lagi best! lagi banyak pilihan, lagi banyak boleh tawar ;)

that's all, nanti ada tambahan pape, akan diupdate. maka, mari kumpul duit dari sekarang dan berazam ke sana lagi. insyaAllah.

Monday, June 18, 2012

umrah dan ziarah 14 hari


assalamualaikum...

hari ni hari pertama kat rumah johor setelah tiga minggu rumah ku tinggalkan. nasib baik tak banyak yang perlu dikerjakan. cuma pagi tadi basuh dan sidai baju je. esok baru nak sapu-sapu, rasanya. kalau ibunda dan anakanda rajin nak kerjakan. haha.

alhamdulillah semua urusan mengerjakan umrah lancar. hari selasa kami bertolak dari masjid batu pahat ke klia. perjalanan dr bp ke kl yang paling lama pernah dirasa. almost 6-7 hours. sampai-sampai dalam pukul 11malam, bertolak dari bp 530 petang ye. patah pinggang dalam bas tu. sampai klia, keluarga sebelah kelantan pun dah sampai. tunggu flight sampai pukul 330 pagi. kaki dah mula membengkak dah ni. first time kaki bengkak sejak hamil.  dari klia, transit di doha. tunggu lagi. sampai doha lepas subuh,tunggu next flight smpai ke zohor. makan free kat airport. selesa. dari doha fly lagi ke jeddah. maka sampai lah di makkah malamnya. dari jeddah ke makkah naik bus je. sekarang lalu highway je. berpengalamanlah nak tengok laluan kiri kanan sebab masa buat haji dulu, sampai jeddah tengah gelap, maka tidur je.
family in-law at klia

kami.
cukuplah tu je gambar. hahaha. yang lain dah upload kat facebook. boleh tengok sana kan. kami berada di sana selama 14 hari. tapi tak sampai 14 kot sebab perjalanan turun naik flight je pun dah berapa hari dah. dari makkah ke madinah naik bas je dalam 5-6 jam. masa kami pergi ni tengah musim panas dan kering. terasa keringnya masa kat makkah berbanding madinah sebab kat makkah tengah sibuk buat construction. bangunan lama tengah dirobohkan. jadi debu-debu tu semua menyumbang ke arah kekeringan di sana. paling best berada kat sana sebab dapat celebrate anniversary kat sana. dua-dua mohon untuk kesejahteraan rumah tangga bila kat tempat-tempat mustajab. romantis! ahahaha. post lepas ni nak cerita why you must go there. see you ;)


Monday, June 4, 2012

ulangtahun pertama

assalamualaikum


alhamdulillah..it's been a year since our solemnization. we celebrate our anniversary here. nothing fancy but i means a lot. rezeki anak kami, mungkin. alhamdulillah. dalam masa setahun ni, kami berjaya berdikari di rumah sewa sendiri. walaupun tak lengkap sangat, tapi selesa untuk kami. lagi beberapa bulan, bertambah pula ahli keluarga. doakan kebahagiaan kami hingga ke syurga. amin

source:google