Monday, June 18, 2012

umrah dan ziarah 14 hari


assalamualaikum...

hari ni hari pertama kat rumah johor setelah tiga minggu rumah ku tinggalkan. nasib baik tak banyak yang perlu dikerjakan. cuma pagi tadi basuh dan sidai baju je. esok baru nak sapu-sapu, rasanya. kalau ibunda dan anakanda rajin nak kerjakan. haha.

alhamdulillah semua urusan mengerjakan umrah lancar. hari selasa kami bertolak dari masjid batu pahat ke klia. perjalanan dr bp ke kl yang paling lama pernah dirasa. almost 6-7 hours. sampai-sampai dalam pukul 11malam, bertolak dari bp 530 petang ye. patah pinggang dalam bas tu. sampai klia, keluarga sebelah kelantan pun dah sampai. tunggu flight sampai pukul 330 pagi. kaki dah mula membengkak dah ni. first time kaki bengkak sejak hamil.  dari klia, transit di doha. tunggu lagi. sampai doha lepas subuh,tunggu next flight smpai ke zohor. makan free kat airport. selesa. dari doha fly lagi ke jeddah. maka sampai lah di makkah malamnya. dari jeddah ke makkah naik bus je. sekarang lalu highway je. berpengalamanlah nak tengok laluan kiri kanan sebab masa buat haji dulu, sampai jeddah tengah gelap, maka tidur je.
family in-law at klia

kami.
cukuplah tu je gambar. hahaha. yang lain dah upload kat facebook. boleh tengok sana kan. kami berada di sana selama 14 hari. tapi tak sampai 14 kot sebab perjalanan turun naik flight je pun dah berapa hari dah. dari makkah ke madinah naik bas je dalam 5-6 jam. masa kami pergi ni tengah musim panas dan kering. terasa keringnya masa kat makkah berbanding madinah sebab kat makkah tengah sibuk buat construction. bangunan lama tengah dirobohkan. jadi debu-debu tu semua menyumbang ke arah kekeringan di sana. paling best berada kat sana sebab dapat celebrate anniversary kat sana. dua-dua mohon untuk kesejahteraan rumah tangga bila kat tempat-tempat mustajab. romantis! ahahaha. post lepas ni nak cerita why you must go there. see you ;)


No comments: