semalam da janji nak tulis why you should go to mekah and madinah kan. so let's read through from my perspective la.
Mekah
1) sembahyang di mana-mana dalam kawasan tanah haram diberi ganjaran pahala 100,000. sekali solat, 100,000. tapi, kalau solat berjemaah kan dapat lagi 27 kali ganda kan. banyak kan. kalau solat kat rumah tak selumayan tu. even though kita tak tahu berapa ganjaran yang Allah nak bagi, tapi within 100,000 is still, much kan.
2) walau seramai manapun umat islam yang mengerjakan solat di masjidil haram tu, walaupun kita nampak sangat sesak, nak jalan pun susah apa tah lagi nak cari tempat untuk sembahyang, akan ada tempat untuk kita. nak tempat yang lebih selesa, cuma perlu datang lebih awal. bila datang lebih awal tu, dapat la buat amalan lebih. baca quran, qada' solat, solat sunat, tengok kaabah.
tengok kaabah dalam gambar dapat pahala ke x eh? |
4) semua penyakit, insyaAllah tak ada. macam saya, alhamdulillah sangat sebab sebelum ke sana, pinggang memang selalu sakit sejak hamil. terutama kalau nak baring dan bangun tapi kat sana, bergolek macam mana pun, alhamdulillah tak sakit sangat macam kat sini. senang je nak golek belah kanan ke kiri ke.
5) oh ya, walaupun anda rasa cuaca kat sana panas, tapi percayalah, once u stepped kat lantai marmar kat kawasan tawaf tu, kan kawasan tawaf tak berbumbung kan, tak panas pun. jangan risau kaki melecur ke apa. even pakai stokin pun rasa sejuk. dan sejuk pun tak lah sejuk yang melampau. dan bagi yang rasa bertawaf masa tengahari tu panas, bukan sebab panas terik. panas sebab bersesak je. berpeluh pun sebab bersesak. kawasan yang paling sesak adalah di kawasan hajaratul aswad. kat situ orang akan bertolak-tolak, tu yang buat rasa panas dan rimas sikit. tapi kejap je. dan yang sangat best, perjalanan dari hotel ke masjid, anda rasa panas. tapi bila dah nak masuk pintu, sejuk macam ada air cond. best.
6) agongnya Allah tu, walau seramai mana pun jemaah, akan ada kawasan untuk kita. kan kita tetamu dia. kita dijemput. jangan risau dengan ramainya orang yang ada. insyaAllah ada kemudahan untuk semua.
7) boleh tengok fanatik islam kat sana. macam-macam ragam ada. ada tu macam nak panjat kaabah tu. what for? tak perlu pun. gosok-gosok kain kat kaabah la, kat bukit safa dan marwah la. sia-sia je amalan.
8) boleh minta doa apa-apa sahaja sebab kita directly minta dengan Allah. dah lah macam tu, disediakan pula tempat-tempat mustajab untuk berdoa. selagi boleh minta, minta. Dia sangat pemurah.
9) makanan kat sana semua sedap. dan terutama sekali air zamzam. kadang kita rasa air zamzam kat sini macam payau sikit kan tapi kat sana, sedapnya. nak habiskan sebotol air pun tak apa. air zamzam free. masuk je masjid, ada banyak tong-tong air zamzam. airnya pula sejuk-sejuk. walaupun sejuk, kat kawasan tu tak tersejat pun. selagi ada air, selagi tu sejuk. tapi ada juga tong yang air not cold. boleh pilih. tapi macam mana air zamzam tu kekal sejuk sedangkan dia dalam tong dan tak berais.
1 portion boleh mkn utk 2,3 orang |
10) bila keluar dari masjid lepas solat, singgahlah makan ais krim the best in the world. kalau saya, memang almost setiap kali lepas solat nak balik ke hotel, tak lepaskan peluang makan ais krim tu. kalau anda keluar dari pintu abdul aziz, keluar je tuju ke mall yang belah kanan. kedai pertama ialah kedai air kot. kedai ais krim kat deret-deret tu je. air teh pun sedap. kena minta tea with milk baru la jadi air teh. kalau tak dapat teh o je la.
dekat kawasan ais krim yummehh |
Madinah
1) sembahyang di msjid nabawi sahaja di madinah yang akan mendapat ganjaran pahala 1,000. di madinah lebih mudah dan selesa dan nyaman dan aman. hotel dekat je dengan masjid jadi no reason la tak dapat pergi sebab jauh. seriously dekat je. kalau tak pergi pun mungkin sebab penat baru balik syoping *siapalah tu* sembahyang kat bilik hotel sama je macam sembahyang kat malaysia.
2) hotel-hotel kat madinah kebanyakannya 4 stars. lebih selesa berbanding mekah tapi mekah pun tengah banyak construction, mungkin sebab nak jadi macam madinah kot.
3) di masjid nabawi je anda berpeluang ke makam Rasulullah, masuk ke raudhah, taman syurga. bila da hampir nak masuk raudhah tu, dah boleh bau wangi. wangi sangat. sedap pula tu wanginya. wangi syurga dan wanginya makam Rasulullah tu. untuk jemaah lelaki, laluan mudah kalau nak dibandingkan dengan jemaah wanita. jemaah wanita kena tunggu hari yang tertentu, masa yang tertentu. akan dibawa oleh pegawai masjid. kalau lelaki boleh pergi bila-bila sahaja. maka, bagi kaum wanita ni macam berperang sikit kat raudhah tu. walaupun tunggu turn, beratur ikut negara tapi, sesama kita pun nak berebut. padahal sama-sama sampai dalam raudhah tu. nak sembahyang di kawasan raudhah tu pun mencabar. siap bergaduh, bertolak-tolak. kena ada yang guard masa seorang tengah sembahyang so that tak kena pijak. imagine! memang berhimpit. mungkin juga sebab kawasan raudhah yang kaum perempuan boleh masuk adalah terhad je. dinasihatkan masa da sampai raudhah tu, buat sembahyang sunat je dulu. kemudian cari kawasan yang tenang sikit untuk berdoa. dan kawasan bawah mimbar pun boleh solat juga. selalu kat situ kurang sikit orang sebab orang selalu nak solat yang dekat dengan makam. kena solat cepat, baca ayat pun pendek-pendek sebab kita akan digesa oleh pegawai-pegawai yang bertugas. tapi buat bodoh dan tak faham bahasa je. yelah, kita datang dari jauh kan, kumpul duit lagi. mestilah tak nak lepaskan peluang.
lepas ziarah makam nabi dan raudhah |
4) sembahyang sunat jenazah di madinah akan dikurniakan pahala seperti pahala bukit uhud. sebab bukit uhud tu terkenal masa perang, dan banyak berjasa kepada Rasulullah. Rasulullah cintakan bukit uhud tu dan cintanya bukit uhud tu pada Rasulullah sampaikan bila Rasulullah menapak, bukit uhud ikut langkahan baginda. bukit uhud tu pun pernah ditawarkan pada Rasulullah oleh Allah untuk ditukar menjadi emas. tapi Rasulullah tak nak sebab baginda tak nak perang berlarutan sebab nanti umatnya berebutkan emas tu. bukit uhud juga dah dijanjikan syurga oleh Allah. jadi siapa yang meninggal di madinah, dikira seperti mati syahid sbb dalam mengerjakan umrah atau haji kan. dan kalau kita niat nak mati di madinah pun, kita akan diberikan syurga, insyaAllah.
5) mengerjakan solat di masjid qiblatain mendapat ganjaran sekali umrah. tak perlu tawaf dan sai dan bercukur, buat solat sunat 2 rakaat pun, dah dapat pahala umrah. tapi untuk sekali kunjungan la. kalau dalam satu kunjungan, kita buat 2 3 solat pun, masih dikira satu umrah ganjarannya.
masjid qiblatain |
that's all, nanti ada tambahan pape, akan diupdate. maka, mari kumpul duit dari sekarang dan berazam ke sana lagi. insyaAllah.
No comments:
Post a Comment