hari ni baru ada mood nak bercerita tentang treatment saya memandangkan tadi ada seseorang yang tegur semata-mata nak tanya 'x de tanda nak dapat baby lagi ke?'. ok, i know u are concern tapi kita bukan selalu berbual dan semata-mata untuk tanya saya soalan tu, saya rasa offensive. ibunda pun tak pernah tanya soalan tu. mak pun. terkilan sangat sebab tak sempat nak bagi berita baik tu kat mak. mak mertua pun alhamdulillah, tidak mendesak. kamu tidak tahu masalah saya. kalau betul kamu concern, tanyalah apa-apa lagi, bercerita tentang apa saja tapi lepas tanya soalan tu, kamu terus senyap. point kamu bertanya adalah apa sebenarnya?
first test |
first result |
buat test ni pun sebab ragu-ragu. saya period tak henti tapi sikit-sikit je. dekat sebulan tak henti. tiba-tiba dalam masa seminggu, darah keluar berketul-ketul. jadi risau. en.s cerita pada ma, beliau kata mungkin tu anak yang tak jadi nak lekat. macam first time dengar tu, rasa macam seriously?! sedihnya kalau betul itu ialah anakku yang tak menjadi dan sekarang ada dalam toilet bowl. tak pe la mungkin belum rezeki. kalau tau awal, da buat test awal dan mungkin positif, dapat juga bagi berita baik kat mak sebelum mak pergi. tapi nak buat macam mana. belum ada rezekinya.
jadi, kami ambil keputusan untuk ke klinik di johor untuk tau apa masalah saya sebenarnya. klinik pertama kami pergi ialah di poliklinik penawar di taman sri pulai. tapi disebabkan saya request doktor perempuan dan kebetulan masa kami datang tu, doktor perempuan bercuti maka kami ke poliklinik penawar di taman universiti pula. doktor perempuan ada tapi kena tunggu sekejap sebab baru nak tukar shift. ok fine. tunggu dalam 15-30minit macam tu la. sebelum masuk tu borak dengan housemate cum cousin. cakap tak suka yang bila jumpa doktor, dia cuma tanya-tanya je tak cek apa-apa, tak pegang-pegang patient, terus nak bagi ubat. kemudian kami bertiga masuk dalam bilik rawatan. tahu apa yang terjadi?
doktor tu tanya-tanya saja dan tak buat test apa-apa langsung! dia pun tak tanya yang saya ni dah berkahwin ke belum. sedangkan saya dah cerita masalah saya ni dan masalah period saya yang tak berhenti ni pun da pernah jadi dulu. saya je yang beria cerita period macam mana siap cakap warna apa bila jadi macamana semua tu. dia cuma cakap ok nanti kita bagi ubat. tak ada nak cek saya punya tekanan darah ke apa ke. yelah tekanan pun boleh buat period tak betul juga kan. sebab dulu memang pernah jadi macam tu. jadi kami keluar tunggu ubat. nak tunggu ubat tu, dah kena hentam dah doktor tu. baru je cerita yang tak suka jenis doktor macam tu, tup-tup dapat sebijik! paling tak boleh blah, masa nak ambil ubat, dia bagi ubat yang harga rm3 sebiji. saya perlu makan 2 biji sehari selama 21 hari. maka jumlah semua untuk ubat sahaja, rm126. tu belum bayaran untuk consultation lagi. kalau tak silap, consultation rm20. cekik darah! dah la masa tu tengah sengkek, kena hentam pula harga macam tu. dengan servis yang macam harem. rasa macam sh*t gila poli ni. saya makan ubat tu untuk seminggu je. tu pun tak berkesan pun ubat tu sebab ubat tu sepatutnya menghentikan darah saya dalam masa 3 hari tapi tak. tu yang buat saya rasa lagi geram dengan poli tu dengan doktor tu sekali.
akhirnya buat keputusan untuk buat test kat hospital pantai batu pahat je. buat rawatan pada 30november. masuk klinik dalam pukul 3. beritahu mak dulu nak keluar wad dia kejap untuk jumpa doktor. mak tau period saya tak berhenti. masa nak keluar tu saya tengah urut-urut belakang mak dan minta cousin/housemante take over urut mak. mak cuma angguk je. mula-mula doktor tanya apa masalah, biasalah tu kan. tanya bila kahwin. buat rekod. cek tekanan darah. rekod. scan. scan yang macam nak tengok baby tu. dah biasa buat dah sebelum ni. satu-satu dia jelaskan. ni apa itu apa. then dia jumpa problem. dia cakap dinding uterus saya tebal jadi telur tak boleh nak tembus keluar dan sebabkan darah tak henti. doktor cakap penyakit ni ialah polisistic ovari (pcos).
source: google |
maka dia cakap dia akan bagi pil hormon norcolut (norethisterone) yang kena makan 2 kali sehari selama seminggu. dan dia tanya sebelum ni ada plan tak untuk dapat baby. masa tu ibunda ada dalam bilik. telan air liur gulp dan jawab tak ada. kehkeh. jadi dia bagi lagi pil acid folic makan sebiji sehari selama tiga bulan sebagai persediaan mengandung. appoinment seterusnya hari rabu depannya (seminggu lepas mak meninggal). dan tak sangka harga treatment lebih murah dari poliklinik harem tu!
hari rabu depannya doktor tanya bila period habis. masa tu dapat balik kerja awal. pukul 12 dah boleh cabut. suka! en.s pun ikut sekali. dia pun balik kerja awal. thank you my darling for accompanying your sick wife. haha. kasihan kahwin dengan perempuan sakit ini. hehehehe. doktor cakap agak lambat juga ubat tu nak beri kesan ke atas saya sebab sehari sebelum appoinment baru darah betul-betul kering. jadi doktor kata teruskan makan ubat yang hari tu dan tambah lagi satu jenis ubat clomiphene citrate yang perlu dimakan pada hari kedua hingga keenam period berikutnya. dan appoinment seterusnya ialah pada hari kesepuluh period. makanya kalau mengikut perkiraan dalam kalendar, pada 31disember. kalau period ikut jadual dan tiada masalah, saya tak perlu nak mohon balik awal dari kerja. yeeehuuuu! agak berdebar juga nak tunggu appoinment hari kesepuluh tu. doakan yang terbaik ye. jangan tanya dah ada tanda nak dapat baby semata-mata nak kepoh. kalau dah ada nanti gua gebang sama lu.
No comments:
Post a Comment