happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to mak and atok
happy birthday to you
mak *grandmother* is 78 today. masih muda sebab kami cucu-cucu panggil mak lagi...sepatutnya kan nenek tapi panggil mak lagi. mak is the best nenek in the world. walaupun kadang-kadang ada yang tak boleh tahan dengan kerenah nenek, tapi bagi saya, itu semua masalah dari diri sendiri. dari kecil, mak dan atok lah yang jaga saya masa ibunda dan ayahanda bekerja. walaupun tak ingat masa bayi if mak atau atok ada tukarkan napkin atau apa, tapi boleh rasa kasih sayang mereka. saya memang rapat dengan mak. dan kalau dalam seminggu tak menjenguk mak kat rumah, rasa semacam. masa belajar kat perlis dulu pun, setiap kali saya balik ke bp, saya mesti akan singgah rumah mereka. tak kira la singgah masa baru sampai atau masa nak balik ke perlis. dulu, bila tertinggal van sekolah nak pergi sekolah agama, atok yang hantar naik motor. atok je yang panggil saya dengan nama gelaran special. kalau family lain panggil dengan nama yang atok panggil tu, bolayan saja. tapi bila atok yang panggil, automatik menyahut. mak yang siapkan pakai tudung. mak yang buat sambal kacang paling sedap pernah saya rasa. dulu masa nak raya, tolong atok menyibuk tengok dia kacau dodol. dulu masa nak raya, tolong mak buat bahulu cara lama. guna arang. berpanas. tapi mak best sebab dia cakap, boleh minum air botol kampung free yang sejuk. dahulu, masa kecil, masa tak berapa nak faham kewajipan berpuasa. sekarang da faham dah. buat dengan sepupu dan pakcik. hehe best. tapi sekarang mak dan atok dah tak kuat nak buat tu semua. mak pun, sekarang ni ada dalam wad hospital pantai batu pahat sebab paru-paru mak bermasalah. sempena hari lahir mak dan atok ni, saya doakan banyak-banyak mak dan atok panjang umur, sihat selalu. ira doakan yang terbaik untuk mak dan atok. sekarang ira da jauh kena ikut suami dan jaga suami pula. tapi ira janji akan cuba balik sekerap mungkin. walaupun mak dan atok memang takkan baca pun post ni. mak cepat sembuh ya. nanti pergi majlis bertandang bulan 10 kat kelantan ;)
| menjadi la schedule post tu. hehe. arini pula maxis broadband menjadi baik pula boleh access internet. tahniah. |
2 comments:
semoga mak dan atok panjang umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan bahagia dunia akhirat
ameen
aminnnnnn...thank you fren!love u
Post a Comment