Tuesday, July 26, 2011

peperiksaan pegawai tadbir dan diplomatik 2011

assalamualaikum...

kali pertama mencuba menggunakan scheduled post. kalau berjaya, alhamdulillah boleh diteruskan untuk masa yang mendatang. kali ini nak bercerita tentang peperiksaan kemasukan khas pegawai tadbir dan diplomatik gred m41. sungguh panjang nama peperiksaan. panjang lagi akal yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pada 16jun2011. huhu.

seksyen a : pengetahuan am
amboi amboi amboi. kata pengetahuan am tapi tak sangka pula pengetahuan am kali ni ialah pengetahuan tentang dasar penswastaan, dasar pensyarikatan, model ekonomi baru, sumber dan bukan sumber, dan nkra, antaranya. dan jangan pula kamu anggap dia akan tanya yang basic sahaja maka kamu akan menjadi seperti saya. terkelu menjawab soalan sebegitu rupa. jangan ingat dia tanya berapa dasar nkra. jangan ingat dia tanya apa itu apa-apa. tidak. tidak banyak. daripada 60 soalan yang akan anda jawab, mungkin dalam 1/4 yang soalan direct saja. tentang komputer juga ada ditanya. seperti dia beri satu nama dan tanya adakah itu adalah worm komputer atau virus atau apa tah lagi dua pilihan yang ada. maka pilihlah anda jalan kebenaran. akta-akta pun kena lah tahu. dasar-dasar terbaru yang perdana menteri isytihar perlu hafal secara detail. kalau tidak, menangis lah. kali ni punya, pada pendapat saya lebih susah daripada yang pertama dan kedua yang pernah saya ambil.

seksyen b : daya menyelesaikan masalah
ini ialah matematik punya seksyen. kebarangkalian, peratus dan juga masa adalah soalan lazim. ketiga-tiga kertas yang pernah saya duduki sebelum ni pun, topik tersebut memang ada. tapi yang kali ni saya rasa lebih mudah dari yang kedua yang dahulu. selain matematik, ada juga yang untuk menguji IQ. yang ada bentuk-bentuk lepas tu dia tanya bentuk apa yang sesuai selepas itu atau dia bagi aturan nombor dan cari yang sesuai selepasnya.

seksyen c : pengertian dan kefahaman terhadap esei-esei
ada 20 soalan, 4 petikan. 2 petikan bahasa malaysia dan 2 petikan bahasa inggeris. petikan pertama tentang kepupusan penyu di malaysia. tapi agak susah juga la. terutama yang bahasa inggeris sebab petikan dia bukan guna bahasa inggeris yang tipikal. atau mungkin sebab saya dah lama tak terdedah dengan bacaan buku bahasa inggeris maka otak dah berkarat. soalan yang ditanya tak semestinya dapat dalam petikan. macam kena fikir untuk yang tersirat juga. perlu baca ulang kali dan fahamkan dengan bersungguh-sungguh. masa pula terhad. kena cepat fahamkan. faham?

seksyen d : esei bahasa melayu
ada tiga pilihan yang diberikan dan perlu menjawab hanya satu. panjang esei dalam 300-500 perkataan. kalau tulisan sederhana besar, cukuplah dalam semuka setengah saja. antara topik yang diberi ialah tentang pendermaan organ-langkah kesedaran untuk rakyat Malaysia tentang pendermaan organ. kemudian tentang sejauh mana kita bersetuju dengan penggunaan teknolgi nuklear di Malaysia bagi menggantikan sumber tenaga yang semakin habis. pilihan terakhir ialah tentang cara menangani perang kalau tak silap. tak ingat sebab saya tak jawab soalan yang ketiga tu. buatlah karangan ikut suka hati dan idea pada masa tu. berharap isi yang diberi cukup memberangsangkan.

seksyen e : esei bahasa inggeris
ni pun 3 pilih 1. tapi cuma perlu buat dalam 200-300 perkataan saja. topik yang diutarakan ialah how new development affects malaysia, public innovations and reforms dan importance of recycling. tapi yang tepat tak ingat la ayat dia. yang ni siapa yang dah siap boleh terus balik tapi hanya boleh keluar 10 minit sebelum masa sebenar berakhir.

boleh tolong doakan saya supaya dapat mara ke pusingan kedua pula. hehe. semalam *isnin 25julai2011* dapat panggilan interview di yamouchi (malaysia) sdn. bhd. di senai. doakan dapat ya. yang ni akan cerita kemudian. oh, minggu ni dah nak puasa kan. selamat berpuasa semua umat islam. semoga ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kalian. saya tau saya punya lebih bermakna sebab berpuasa sebagai isteri orang untuk pertama kalinya. semoga lebih banyak pahala yang diperoleh untuk cover segala dosa yang lalu.

4 comments:

oshinz said...

bab pengetahuan am tu memang ade yang cakap kena amik tahu hal semasa secara details. kalau tak tahu tu jawabnye hentam saja lah. insyaAllah kalau rezeki mesti dapat punye. =)

arina_aris said...

mmg hentam je y byk..hehehe..doakn ye..thank you

myamry said...

aku main taram je bina! hahaha..sempat tido kot.. punyer lah blur

arina_aris said...

pehhh gile mung!hahaha..