Friday, July 29, 2011

debar first time nak ke rumah mertua

assalamualaikum

hari ni remarks satu pengalaman baru untuk saya. tapi belum terjadi lagi tau sebabnya pengalaman akan bermula pukul 730 malam nanti. hehe. minggu ni rancang mahu pulang ke kampung halaman en.s. kali pertama untuk saya sampai ke rumahnya. mula-mula rancang nak balik dengan kereta sebab ada nak bawa barang banyak. tapi lepas runding dengan ibunda, dia cakap tak pe boleh bawa barang tersebut masa majlis bertandang nanti. jadi ibunda sarankan balik naik bus sahaja. semalam saya jumpa makcik, dia sarankan naik keretapi saja sebab di tanah merah ada stesen. jadi akan mudahlah kan.

jadi tadi pergi ke stesen keretapi kempas baru. first time sampai sana. semalam siap ajak en.s cari dulu stesen tu pukul 12 malam lepas tengok match malaysia-singapura tu. ingatkan nak beli yang coach punya tapi sold out seh! adoi. jadi beli je la yang seat biasa second class punya. bedal je lah. harap-harap yang balik nanti ada la yang berkatil. tak sanggup mak nak duduk lama-lama 12 jam macam balik perlis dulu. lepas tu terfikir, aiseyman nak balik dari rumah kat jb. baju tidur semua yang ehem tak sesuai kotttt nak pakai kali pertama kat rumah mertua. damn! bila tanya en.s, jawapan dia ok saja semuanya. gilo. dah la baju semua cam eee tak tahulah elok ke tak. sopan ke tak. pening la nak pilih baju. kalau bergerak dari rumah batu pahat, ok la sikit kot sebab boleh refer kat ibunda. huhu. dengan kain batik tak bawa. nasib baju kurung ada spare sepasang.

lepas tu fikir pula, apa nak bawa bagi buah tangan ek. tak kan nak bawa badan je kan. tak sesuai. jadi telefon ibunda lagi nak minta idea. dia cakap bawa je kurma sebab dah nak puasa kan. so ok beli kurma. en.s pun kata ok. tapi still rasa macam tak cukup. huhu. ingat nak bawakan kuih tapi macam awal sangat pula. lepas tu fikir pula dah la sampai tanah merah nanti awal pagi, pukul 7 lebih tu awal pagi ye bagi saya. ahahaha. tak kan sampai-sampai nak tidur terus. nak tidur pun maksimum berapa lama. sebab dulu kalau bp-perlis-bp memang sampai je terus tidur sampai ehem dekat tengahari. penat tau 12jam dalam bus. pergerakan pula limited kan. nak naik airplane, sedar diri tak mampu lagi setakat ni. insyaAllah tahun depan balik sekali naik plane sebab dapat yang promo 1 sen tu. hahaha.

susah la tak bekerja ni. mengharap duit en.s saja. dah la dah nak raya ni. duit pakai banyak ni. tiba-tiba dah kena hulur duit raya. lepas ni nak kira berapa ramai yang nak kena bagi. kena buat list dan had umur. ahahahaha. nak buat kuih raya tapi oven tak de! ada yang nak sponsor tak?

2 comments:

myamry said...

yes, pasni boleh lah aku claim duit raya jugak kan puan?? geeeeeeeee

arina_aris said...

sorry beb.y blh claim y umur 12 thn ke bawah sajok