Monday, September 10, 2012

refer pzm

assalamualaikum

adui sungguh kecewa bila kena macam ni. tapi family history pun not good. keturunan memang ada diabetes. masa jumpa pzm tu dia ada tanya da berapa minggu ni. cakap la dalam 34 35 camtu. then dia cakap la, tak payah jumpa pun tak apa sebenarnya.

kemudian sesi pun bermula. memula dia investigate makan apa masa buat bsp sebab ada yang 6 point something. cakap la makan nasi lemak + air milo. die cakap oo kalau macam tu lepas ni makan asing-asing. ambil air manis dulu lepas sejam dua baru makan nasi or vice versa. jangan makan dan minum air manis serentak. ok fine. simple action. selalunya masa sarapan je. kalau lunch dan dinner dekat rumah je memang jarang minum dengan air manis. air bergas memang jaraaaaaannnnnng sangat minum. tu yang ada sikit hairan sebab rasanya kuantiti kemanisan dalam makanan dan minuman harian memang terkawal kecuali sekali sekala je bila rasa nak aiskrim ke cokelat ke.

lepas tu dia tanya minum susu apa. kalau minum susu untuk ibu mengandung, ambil separuh kuantiti je sebab selalu akan suruh ambil 4 scoops. so separuhkan. dia cakap lagi ambil yang regular jangan ambil yang vanilla or choc. no problem. susu memang boleh minum tak kira dalam apa cara sekalipun. dia cakap lagi kalau nak minum yang susu biasa pun boleh cuma rugi sikitlah sebab tak ada khasiat tambahan khusus untuk ibu mengandung.

dia cakap lagi kalau gula dalam darah tinggi, kepekatan darah pun tinggi. zat dan khasiat akan sampai lambat pada bayi dalam kandungan. oksigen dan apa-apa sekalipun akan sampai lambat dan ditakuti bila bayi dah terbiasa dengan kandungan gula yang tinggi dalam darah semasa dalam perut, masa tali pusat dipotong nanti dikhuatiri bayi tak dapat nak berdikari dan gula akan drop dengan drastik maka berbahayalah bagi bayi yang tersebut. masa ni ada rasa takut sikit. nowadayas memang sangat senang risau. lagi dia cakap takut bila gula tinggi, bayi akan besar dalam perut nanti dia susah nak bernafas, dan lain-lain komplikasi.

secara asasnya pzm tu cakap, boleh makan apa sahaja asalkan dalam kuantiti yang terkawal.

pzm = pakar zat makanan.

ps: kalau ada yang selalu 'bilas' minum air manis dengan minum air masak selepasnya, itu tidak membantu langsung tentang penurunan bacaan gula dalam darah. sila exercise. itu sahaja yang dapat membantu.

No comments: