Friday, September 7, 2012

bsp test

assalamualaikum

proses mgtt
puasa dari tengah malam. pergi klinik pukul 8. ambil darah. minum segelas air glukos. tunggu 2 jam. datang semula ke klinik dan ambil darah. selesai.

tunggu keputusan.

normal = selamat
abnormal = 7 ke atas, kena buat ujian bsp (blood sugar profile)

proses bsp
puasa 2 jam sebelum ke klinik (6am). ke klinik ambil darah hujung jari pukul 8am. breakfast. puasa 2 jam sebelum ke klinik (9.45am). ke klinik ambil darah hujung jari pukul 11.45am. lunch. puasa 2 jam sebelum ke klinik (4pm). ke klinik ambil darah hujung jari pukul 6pm. dinner. puasa 2 jam sebelum ke klinik (7pm). ke klinik ambil darah hujung jari pukul 9pm. tamat.

esoknya ke klinik lagi berjumpa doktor. doktor bagi nasihat dan cek itu ini. nasihatnya jangan minum susu untuk ibu mengandung. ambil susu low fat yang biasa. memang jarang pun minum susu mengandung. kalau en.s rajin buatkan je baru minum. kadang tu yang free sample pun boleh expired. lagi suka minum dutch lady low fat. doktor cakap lagi lepas habis berpantang kena buat lagi mgtt untuk tentukan samada diabetes kekal atau diabetes semasa mengandung sahaja. harap masa mengandung saja.

masa pertama kali dapat tau kena buat mgtt, cek dengan doktor swasta masa tu baru je lepas lunch sebab tak tau cek pregnancy akan cek gula dalam darah juga. first test lulus. second test doktor suruh saja buat sebab first time dekat klinik kerajaan. keputusan tak dapat ditentukan sebab hilang. bulan lepas pun sama juga pergi cek doktor lepas lunch memang tinggi la gula dalam darah masa tu. buat test kedua di klinik kerajaan sebab dah lama tak buat menurut mereka. masa ni, mo tu ambil second blood sebelum dua jam. mungkin ada kesan kan. hahaha. ke alasan je ni? sebabnya bila buat bsp tu normal je dan test kat rumah pun normal je.

hari isnin ni kena ke klinik kesihatan tmn u untuk dengar ceramah dari pzm pukul 8am. kalau ada apa yang penting akan dishare kemudian.

bye. doakan semuanya normal untuk saya dan anakanda

No comments: