Thursday, September 20, 2012

hba1c

assalamualaikum...


hehehe..terjumpa gambar ni dalam share kawan-kawan kat facebook. comelnye. i always wonder what on earth is my baby doing in my tummy. kadang-kadang die gerak belah kanan kadang belah kiri kadang dia pusing-pusing. kadang bergelek. kadang macam buat head banging. wah anak aku rockers plak dah. kadang macam punggung dia naik sebelah je. lepas tu duk menyiku bonda dia plak. tang tu paling tak tahan. bonda awak ni penggeli nak oi. kalau orang usik kat luar pun dah geli apa tah lagi kalau awak main-main kat dalam tu. menyiku ok lagi tapi bila awak start drilling kat bawah, aduiiiii, sabar je lah. ni awak dah nak keluar. tak tahu lagi berapa hari kita nak jumpa. kadang bonda rasa tak sabar nak jumpa tapi kadang bonda rasa tak sedia. sakit lagi. yang bonda tak confident, boleh ke bonda jaga kamu dengan baik, didik kamu dengan baik. bagi yang terbaik untuk kamu.

bonda sebenarnya nak cerita pasal hba1c. hba1c tu menurut cik nini kamu, purata gula dalam darah dalam 3 bulan. kan bonda risau sebab kena buat test mgtt yang fail tu dan bsp bonda kali kedua pun ada reading yang tinggi lebih dari 7. exactly 8. menangis bonda mengadu kat nenda tau. tapi nenda cakap jangan nak nangis banyak nanti anak kememe. nanti kamu da membesar kamu fahamla apa kememe tu ye sayang. hba1c bonda kali pertama, tinggi 8.6% sebab sepatutunya untuk orang normal kena bawah 6.5%. doktor yang periksa bonda semalam baik. dia perasan keputusan tu tapi doktor yang sebelum i buat tak perasan je. atau mungkin dia memang tak perasan ada keputusan hba1c dalam buku merah bonda tu. jadi doktor semalam suruh bonda retest hba1c tu. dia cakap kalau tinggi cam result bonda tu, bonda da kena inject insulin. tapi sebab kedua-dua keputusan bsp bonda ok walaupun ada 2 bacaan yang tinggi, dia kata result tu macam mustahil. bonda risau sebenarnya sebab sebelum pergi cek tu bonda da sarapan dengan ayah. ayah buatkan milo dan bonda makan roti ayah separuh. tapi alhamdulillah pula dapat 5.6% je. padahal sebelum ni, bonda tak sarapan, boleh jadi tinggi pulak. pelik kan. macam-macam hal la kat gomen ni sayang.

kamu tengah gerak-gerak dalam perut bonda masa bonda taip ni. kamu nak baca eh? haha. bonda pernah cakap kat ayah bonda nak beli mesin scan sebab nak tengok apa sebenarnya yang kamu buat dalam perut bonda tapi kitorang tak mampu la sayang lagipun mesti best kalau tak tau juga kan. boleh bonda dan ayah guna imaginasi teka kamu tengah buat apa. ada beberapa kali kitorang ingat kamu tengah joget. lagi satu bonda pelik ngan kamu ni bila bonda tengah tunggu turn nak cek kamu, mesti kamu aktif gerak sana gerak sini tapi bila da masuk bilik doktor, kamu diam je. bonda nak tengok la apa yang kamu buat! ada sekali je bonda dan ayah dapat tengok kamu menguap. berjaga malam study ke? bagus anak bonda. oh, kamu kena jadi anak bonda tau, jangan jadi anak ayah. nanti bonda tak ada geng. hahaha. eh tapi entah-entah nanti kamu jadi anak nenda pulak. kuikuikui. maklumlah kamu tu cucu pertama kan. tapi kamu jangan nak manja lebih sangat. jangan ambil kesempatan ye. hahaha belum apa-apa dah kena warning.

ok lah sayang, i love u so much. can't wait to meet and kiss you. be good to bonda masa kamu nak keluar nanti ok.

Monday, September 10, 2012

refer pzm

assalamualaikum

adui sungguh kecewa bila kena macam ni. tapi family history pun not good. keturunan memang ada diabetes. masa jumpa pzm tu dia ada tanya da berapa minggu ni. cakap la dalam 34 35 camtu. then dia cakap la, tak payah jumpa pun tak apa sebenarnya.

kemudian sesi pun bermula. memula dia investigate makan apa masa buat bsp sebab ada yang 6 point something. cakap la makan nasi lemak + air milo. die cakap oo kalau macam tu lepas ni makan asing-asing. ambil air manis dulu lepas sejam dua baru makan nasi or vice versa. jangan makan dan minum air manis serentak. ok fine. simple action. selalunya masa sarapan je. kalau lunch dan dinner dekat rumah je memang jarang minum dengan air manis. air bergas memang jaraaaaaannnnnng sangat minum. tu yang ada sikit hairan sebab rasanya kuantiti kemanisan dalam makanan dan minuman harian memang terkawal kecuali sekali sekala je bila rasa nak aiskrim ke cokelat ke.

lepas tu dia tanya minum susu apa. kalau minum susu untuk ibu mengandung, ambil separuh kuantiti je sebab selalu akan suruh ambil 4 scoops. so separuhkan. dia cakap lagi ambil yang regular jangan ambil yang vanilla or choc. no problem. susu memang boleh minum tak kira dalam apa cara sekalipun. dia cakap lagi kalau nak minum yang susu biasa pun boleh cuma rugi sikitlah sebab tak ada khasiat tambahan khusus untuk ibu mengandung.

dia cakap lagi kalau gula dalam darah tinggi, kepekatan darah pun tinggi. zat dan khasiat akan sampai lambat pada bayi dalam kandungan. oksigen dan apa-apa sekalipun akan sampai lambat dan ditakuti bila bayi dah terbiasa dengan kandungan gula yang tinggi dalam darah semasa dalam perut, masa tali pusat dipotong nanti dikhuatiri bayi tak dapat nak berdikari dan gula akan drop dengan drastik maka berbahayalah bagi bayi yang tersebut. masa ni ada rasa takut sikit. nowadayas memang sangat senang risau. lagi dia cakap takut bila gula tinggi, bayi akan besar dalam perut nanti dia susah nak bernafas, dan lain-lain komplikasi.

secara asasnya pzm tu cakap, boleh makan apa sahaja asalkan dalam kuantiti yang terkawal.

pzm = pakar zat makanan.

ps: kalau ada yang selalu 'bilas' minum air manis dengan minum air masak selepasnya, itu tidak membantu langsung tentang penurunan bacaan gula dalam darah. sila exercise. itu sahaja yang dapat membantu.

Friday, September 7, 2012

bsp test

assalamualaikum

proses mgtt
puasa dari tengah malam. pergi klinik pukul 8. ambil darah. minum segelas air glukos. tunggu 2 jam. datang semula ke klinik dan ambil darah. selesai.

tunggu keputusan.

normal = selamat
abnormal = 7 ke atas, kena buat ujian bsp (blood sugar profile)

proses bsp
puasa 2 jam sebelum ke klinik (6am). ke klinik ambil darah hujung jari pukul 8am. breakfast. puasa 2 jam sebelum ke klinik (9.45am). ke klinik ambil darah hujung jari pukul 11.45am. lunch. puasa 2 jam sebelum ke klinik (4pm). ke klinik ambil darah hujung jari pukul 6pm. dinner. puasa 2 jam sebelum ke klinik (7pm). ke klinik ambil darah hujung jari pukul 9pm. tamat.

esoknya ke klinik lagi berjumpa doktor. doktor bagi nasihat dan cek itu ini. nasihatnya jangan minum susu untuk ibu mengandung. ambil susu low fat yang biasa. memang jarang pun minum susu mengandung. kalau en.s rajin buatkan je baru minum. kadang tu yang free sample pun boleh expired. lagi suka minum dutch lady low fat. doktor cakap lagi lepas habis berpantang kena buat lagi mgtt untuk tentukan samada diabetes kekal atau diabetes semasa mengandung sahaja. harap masa mengandung saja.

masa pertama kali dapat tau kena buat mgtt, cek dengan doktor swasta masa tu baru je lepas lunch sebab tak tau cek pregnancy akan cek gula dalam darah juga. first test lulus. second test doktor suruh saja buat sebab first time dekat klinik kerajaan. keputusan tak dapat ditentukan sebab hilang. bulan lepas pun sama juga pergi cek doktor lepas lunch memang tinggi la gula dalam darah masa tu. buat test kedua di klinik kerajaan sebab dah lama tak buat menurut mereka. masa ni, mo tu ambil second blood sebelum dua jam. mungkin ada kesan kan. hahaha. ke alasan je ni? sebabnya bila buat bsp tu normal je dan test kat rumah pun normal je.

hari isnin ni kena ke klinik kesihatan tmn u untuk dengar ceramah dari pzm pukul 8am. kalau ada apa yang penting akan dishare kemudian.

bye. doakan semuanya normal untuk saya dan anakanda

Monday, September 3, 2012

mgtt

assalam

tak ada gambar raya. gemok. dalam facebook je ada. nak cerita pasal mgtt. last week, on tuesday, i went to klinik desa kangkar pulai for my fortnightly appoinment. yes sekarang kena every fortnight pergi check up. duhh. wasting time only. lambat! on that day, i had to do mgtt test. what's the meaning of mgtt, i don't even care. puasa starting from midnight, went to klinik, tungggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu sampai berjanggut, checked blood pressure & weight, tunggggggggggggguuuuuuuuuuuuu lagi, cucuk tangan ambil darah tangan belah kanan, minum air glukose, tunggggggggggggguuuuuuuuuuuuuu lagi, checked heartbeat baby and given advice by the nurses dalam bilik, *dalam hati, lama lagi kot nak kena tunggu, pergi tmn pulai perdana dulu la bayar hutang kuih raya*, tak sampai setengah jam dah dipanggil untuk ambil darah lagi kali kedua. cucuk belah kiri, alamak, tak dapat. godeh2 jarum kat dalam kulit cari-cari darah tak jumpa. tak pe, cuba sebelah kanan lagi. tempat yang sama. dapat. fuhh. 

pagi tadi 10:05am 03sept2012
caller: hello puan arina. aritu ada buat mgtt test kan. nak beritahu 1st blood ok,normal 5.7 tapi 2nd blood 12.7 tu kira abnormal lah ye. so esok awak puasa dari pukul 6am, datang klinik pukul 8am dan cakap kat nurse tu nak buat injection kat jari 4 kali. esok nurse akan explain lagi dan lusa pergi jumpa doktor kat klinik kesihatan. tarikh jumpa doktor yang kita bagi aritu tak valid lah ye.
me: *tengah tidur tadi* ok.

me: ingat nak sambung tidur balik tapi ayat nurse tu terngiang-ngiang lagi. call en.s, cerita kat dia. nangis. sedih! cam loser je tak dapat jaga kesihatan untuk anakanda dengan baik.

tengahari en.s call
en.s: boo, kat mana? nak makan apa?
me: b balik ke?
en.s: aah

bila dah sampai rumah
me: asal b balik?
en.s: abes tu da nangis-nangis tadi
awwwwwww...huhu lagi rasa loser dalam hati.

tapi second blood tu nurse tu ambil before two hours i consumed glocose drink tu. hopefully ok esok. patutlah anakanda aktif semacam je. sugar rush dalam perut. asyik joget je.