aku doakan kau dapat sebelas orang anak yang soleh dan solehah. salah satu boleh jadi pasangan hidup anak aku. kahkahkah.
marilah kita sama-sama berusaha menjadi isteri yang solehah dan terbaik untuk suami kita. walaupun buruk pada pandangan orang lain, cara kita adalah cara kita. kehidupan itu kita yang akan lalui bersama. jaga rahsia pasangan dengan baik. jangan sengaja menjatuhkan air muka pasangan. mana yang buruk atau tak sedap diketahui orang, jangan hebahkan. dalam apa jua keadaan, berbincang. bersabar. ni nasihat untuk diri sendiri juga. dan encik suami kalau dia membaca.
kepada encik suami kalau anda membaca, saya nak ucapkan terima kasih sebab memahami keadaan saya sekarang. kadang kala bila saya tiada masa yang banyak di rumah, encik suami yang akan menguruskan hal-hal di rumah macam basuh baju, sidai kain, memasak dan lain-lain. sungguhpun ada yang beranggapan negatif atau memandang serong, macam yang saya cakap tadi, cara kita adalah cara kita. saya tidak perlukan orang lain untuk faham cara kita. cukup sekadar menghormati privasi kita bersama. cara kita mengendalikan rumahtangga masing-masing mungkin berbeza tapi ketahuilah bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab suami. isteri sekadar membantu. bukan sebaliknya. terima kasih encik suami kerana menjadi suami yang terbaik untuk saya. dan insyaAllah saya tak akan mengambil kesempatan di atas kebaikan kamu itu. ilove yoy eternally.
3 comments:
waduh.. seblas anak tu. emmm boleh cup sorang la lepas ni buat menantu, ye tak? =)
11 anak?salah tu 1 lelaki 1 perempuan.satu satu bkn 11
oshinz:sblm buat menantu kne buat ankanya dulu ye
shera:oi 2 je ke?ape brg...
Post a Comment