Friday, November 4, 2011

four eleven twenty eleven

assalamualaikum

first thing first lah. dah lama tak buat birthday wish kat blog ni. dah lama juga tak update blog ni. bukan tiada modal nak bercerita tapi kekangan masa.

selamat hari jadi
selamat hari jadi
selamat hari jadi a
selamat hari jadi

selamat hari lahir kepada bestfriend n** a*** m* t*****. haha. ntah dia baca tak blog ni. selamat hari lahir moga panjang umurnya. selamat menjalani hari-hari mendatang dengan penuh ketakwaan.

hari ini saya bercuti paksa. huhu. kena paksa ganti dengan orang lain ahad ni. maka tak beraya lah saya raya haji ni. nanges. dah la keluarga mertua beraya di rumah johor. puan rumah pula kena bekerja. kasihan la en suami nanti kena uruskan seorang. tapi persiapan semua dah buat dah. makanan raya pun dah siap order awal-awal. hahaha. nak mengharap puan arina masak memang lambat lagi la. memula en.s cakap tak payah order, mereka boleh masak ramai-ramai. masalahnya kelengkapan kat dapur tu tak mencukupi. melampau je menantu pergi kerja balik-balik mertua da siapkan makanan. jadi langkah terbaik cara saya ialah order je la. ikut saranan ibunda dan mak cik. hari ni dah siapkan kerja rumah. tinggal tunggu lori datang angkut barang recycle je. bilik belakang da siap kemas untuk mereka letak barang-barang. bilik saya dah sapu. hall pun dah. dapur pun dah. luar pun dah. cermin tak payah nak lap. over je rasa. padahal malas campur tak cukup kelengkapan. bilik air pun dah scrub. tinggal bilik air belakang je bagi kat en.s selesaikan. dapur pun dah kemas. baju kerja en.s minggu depan pun dah siap gosok. ingatkan nak buat dessert esok tapi malam ni nak balik bp sebab takut ahad nanti tak sempat nak balik kejap.

oh, ahad nanti saya dijanjikan kerja sehingga ke jam 12 sahaja. maka tepat jam 12 jam saya bukan jam punch kad kat ofis tu. bos saya ialah mengelat. dia letak jadual start kerja 15 minit awal dan balik 15 minit lewat. maknanya kalau kerja sebenar mula pukul 7.00pagi, dia letak pukul 6.45pagi. balik sepatut pukul 3petang, dia letak kat jadual pukul 3.15. maka kalau menurut jam sendiri, 3.15 jam dia ialah 3.30 jam sebenar lah. anda kira lah berapa minit yang dia untung. har punya bos. lepas tu asyik nak mengelat pasal cuti je. jam bekerja pun dia mengelat. huhu. tapi saya minat dengan pekerjaan sekarang sebab saya pernah ada cita-cita seperti ini. tapi masalah utama sekarang ialah modal. terlalu besar. guano deh? sekarang baru rasa penat tu macam mana. hahahaha. keluarga menyokong tapi mereka macam 'awak ni kena buli tau tak' 'awak tengok dulu sebulan dua kalau dia buat awak macam ni lagi awak cabut la'. macam mana ye? tapi saya suka. tapi penat dan macam dipergunakan la. dah la cerita pasal ni.

majlis bertandang ke kelantan pun dah selesai minggu lepas. alhamdulillah. overwhelming sangat-sangat! saya tak sangka majlis sambut menantu untuk saya sampai macam tu. terharu sangat masa berarak tu. sebab pengalaman pergi majlis bertandang ke kelantan sebelum ni, biasa je. datang makan je. tapi yang saya ni, alhamdulillah sangat. saya tak berharap pun diberi layanan macam tu sebab saya sedar saya sendiri belum lagi menjadi menantu yang baik untuk keluarga mertua saya. terima kasih kepada keluarga mertua yang bersusah payah sampai macam tu sekali. terima kasih juga kepada cik incognito dan rakan-rakan yang susah payah cari jalan ke rumah. hehehe. adventurous kan. haha. sebelum bertolak tu ada sikit drama kat rumah. hehe. tak palah, kenangan. tapi sayu dan berat hati sangat nak pergi sebab mak dan atuk tak pergi sekali. nasib baik sepupu bawa video recorder, boleh lah mak tengok kemudian. mak dah tengok dah pun. hehe.

majlis konvokesyen yang dinanti-nantikan pun dah selesai. dah tak ada majlis lagi dah untuk saya lepas ni. majlis pengkebumian je la kot pasni tapi tak tahulah bila pula kan. walaupun tak ramai yang pergi masa hari konvo saya macam konvo di perlis dulu, saya sangat happy sebab ada suami, ayahanda dan ibunda sahaja. dan tengok ayahanda happy masa pakaikan dia mortar board tu, dah syukur sangat-sangat! lepas ni nak cuba  juga buat phd. tiket untuk tetamu masuk dalam dewan ada dua je untuk ibu bapa tapi sebab en suami sorong ayahanda masuk dalam dewan, maka petugas tu bagi je sekali en.s masuk sekali. dapat la dia zoom ambil gambar masa saya kat atas tu.

No comments: