semalam cikgu kat rumah ni kelam kabut cari gambar/poster merdeka raya kat internet sebab hari ini kena submit pada committee untuk pertandingan mewarna merdeka raya sekolahnya pada hari rabu. maka cari punya cari terjumpa satu je contoh. bila nak copy paste, tak cantik pula sebab tak sharp. tu la cikgu, len kali prepare awal, boleh minta izin tuan punya gambar tu. maka, kami try and error la buat sendiri. "meh la ira tolong tapi kena belanja makan". hahaha.
saya yang tak berapa nak handal ni pun cari-cari la gambar dalam internet tu mana yang boleh guna. copy paste. maaflah kepada tuan punya gambar. tak sempat nak minta izin sebab hari ini cikgu tu kena submit dah. ikhlas je la ye beri izin tu moga-moga dapat pahala tolong anak bangsa. hehe. jadi, jadilah poster semalam tu macam ni.
poster merdeka raya pelajar tahun 2 |
boleh la ye dok? ini je la hiburan surirumah zaman sekarang. kalau da bosan tahap tak tahu nak buat apa, conteng-conteng je dekat paint. buat itu buat ini. setakat copy paste tu bolehla. kalau suruh masuk photoshop memang terkial lah. kan best kalau dulu ambil kos design-design. harap-harap ada hikmah yang besar saya dapat kerja lambat ni. kamu semua doakan yang terbaik untuk saya ya. nak kerja. tapi rezeki belum mari lagi. ada sikit tapi tak cukup. biasalah, manusia mana pernah cukup kan. tapi saya tetap bersyukur dengan apa yang saya ada hari ini. mungkin saya tak cukup duit tapi saya cukup kasih sayang dari ibunda ayahanda dan suami. itu lebih bermakna.
No comments:
Post a Comment