Wednesday, September 14, 2011

kerja surirumah

tiba-tiba macam rajin je nak update selalu bulan september ni. padahal bukan ada apa-apa cerita menarik atau bermanfaat pun. haha. tapi saja je sebab masa terluang banyak sangat kot. sekarang ni rasa nak membebel sangat kat blog ni tapi macam tak ada idea sangat. tepek gambar je la.

sebelum

selepas

lepas update blog semalam, rasa macam ada banyak lagi masa terluang sebelum ke tempat kerja, maka dengan gigih gosok baju kerja en.s. untuk seminggu. lepas siap tu kelam kabut pula bersiap nak pergi kerja. nasib baik trafik baik dan sampai tepat pada masa. hehe. rekod masih belum tercalar sebab selalu datang awal.

cuba teka nak masak apa?

sejak duduk rumah sendiri ni, dan dah ada barang dapur yang hampir lengkap, rajin la juga memasak. tapi most of the time, masak bila en.s yang rajin. saya membantu je di dapur. sediakan barang itu barang ini. pinggan mangkuk mana yang nak guna, potong-potong, hiris-hiris, panaskan kuali. lepas tu en.s akan masuk bahan-bahan sebab saya tak pandai nak budget nak kena masuk apa, bila nak kena masuk. yang akan kacau-kacau, gaul-gaul, sepupu. lepas masak nasi, akan ada yang ceduk nasi. semua ada bahagian sendiri. tapi sebelum lauk dibenarkan dihidang, kata akhir dari saya. hahahaha. macam kuasa veto sikit. tugas saya ala-ala macam sou-chef la. hehe.

common dishes: tomyam and telur dadar

ni la kerja yang selalu buat di rumah. basuh baju 3 or 4 hari sekali tunggu baju penuh dalam laundry basket, sidai, lipat. lepas tu sapu rumah. lepas tu lap2 kat dapur. pastu bosan, online atau tengok dvd. itu saja. babai.

No comments: