Tuesday, December 8, 2009
solat sunat istikharah
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
Istikharah bermaksud: memohon kepada Allah agar diberi petunjuk untuk memperolehi pilihan yang terbaik dalam masalah atau hal2 yang dihalalkan atau disyariatkan.
Solat istikharah hendaklah mengikut cara yang telah ditetapkan iaitu dua rakaat dan berdoa dengan doa istikharah yang dibaca:
1] Dibaca doa istikharah setelah memberi salam sebagaimana mengikut kebanyakan ulama seperti ulama empat mazhab
2] Menurut Ibn Taimiyah rahimahumullah bahawa doa istikharah dibaca sebelum memberi salam, iaitu di waktu sujud atau tahiyat
3] Sebahagian ulama Syafieyah berpendapat doa itu dibaca pada saat sujud atau setelah memberi salam.
Bid'ah-bid'ah dalam solat istikharah
1] Mengkhususkan hari2 tertentu, malam2 tertentu, waktu2 tertentu seperti malam Jumaat atau hanya di tengah2 malam
2] Melakukan solat istikharah melebihi dua rakaat
3] Mengkhususkan surah2 yang tertentu untuk dibaca pada masa melakukan solat istikharah
4] Tidak membaca doa sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW, sebaliknya membaca doa yang ada unsur2 syirik atau bertawasul kepada selain Allah
5] Menentukan atau menunggu tanda2 tertentu untuk disempurnakan seperti menunggu petanda mimpi
6] Dilakukan dengan solat berjemaah dan dilaungkan azan atau iqamah sebelum mendirikannya
http://doaharian.blogspot.com/2007/04/doa-solat-istikharah.html
http://www.scribd.com/doc/4196659/Tatacara-Solat-Sunnah-Istiharah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment