Showing posts with label al islam. Show all posts
Showing posts with label al islam. Show all posts

Wednesday, June 27, 2012

cara khatam quran dalam ramadhan

merujuk kepada post ni, saya ada beritahu macam mana nak habiskan khatam Quran dalam masa bulan Ramadhan kan. sebenarnya calculation dia macam ni

1 Quran = 600 muka surat
600 muka surat / 30 hari = 20 muka surat sehari
20 muka surat sehari / 5 waktu solat fardhu = 4 muka surat sewaktu solat fardhu
4 muka surat sewaktu solat fardhu / sebelum & selepas solat = 2 muka surat sebelum dan 2 muka surat selepas solat fadhu

ini kalau kira hari tak ada period bagi perempuan. tapi kalau ada period, pandai-pandai la bagi. kalau sehari 30 muka surat pun tak banyak. nak cuba lah khatam tahun ni sebab tahun ni boleh solat setiap hari. puasa tak tahu lagi. hahaha. doakan saya dan anakanda bertuah ni berjaya puasa penuh.

source


Tuesday, June 19, 2012

Reasons to go to Mekah dan Madinah

assalamualaikum..

semalam da janji nak tulis why you should go to mekah and madinah kan. so let's read through from my perspective la.

Mekah
1) sembahyang di mana-mana dalam kawasan tanah haram diberi ganjaran pahala 100,000. sekali solat, 100,000. tapi, kalau solat berjemaah kan dapat lagi 27 kali ganda kan. banyak kan. kalau solat kat rumah tak selumayan tu. even though kita tak tahu berapa ganjaran yang Allah nak bagi, tapi within 100,000 is still, much kan.
2) walau seramai manapun umat islam yang mengerjakan solat di masjidil haram tu, walaupun kita nampak sangat sesak, nak jalan pun susah apa tah lagi nak cari tempat untuk sembahyang, akan ada tempat untuk kita. nak tempat yang lebih selesa, cuma perlu datang lebih awal. bila datang lebih awal tu, dapat la buat amalan lebih. baca quran, qada' solat, solat sunat, tengok kaabah.

tengok kaabah dalam gambar dapat pahala ke x eh?

3) berpeluang cium hajaratul aswad. ni bagi sesiapa yang berani nak redah orang arab yang besar-besar tu, bolehla. tapi, kalau tak dapat peluang pun tak pe,at least kita dah dekat dengan dia. dan ada peluang masa di madinah nanti masuk ke taman syurga. dan sekarang ni ada sindiket yang ambil kesempatan. memula dia akan tawar nak bawa anda ke hajaratul aswad, lepas anda sampai, dia akan minta bayaran. matlamat tak menghalalkan cara kan. fikir yang terbaik untuk anda. nak ke situ memang akan bersesak. tapi kalau ada peluang, Allah dah beri laluan mudah, rezeki anda, jangan lepaskan.
4) semua penyakit, insyaAllah tak ada. macam saya, alhamdulillah sangat sebab sebelum ke sana, pinggang memang selalu sakit sejak hamil. terutama kalau nak baring dan bangun tapi kat sana, bergolek macam mana pun, alhamdulillah tak sakit sangat macam kat sini. senang je nak golek belah kanan ke kiri ke.
5) oh ya, walaupun anda rasa cuaca kat sana panas, tapi percayalah, once u stepped kat lantai marmar kat kawasan tawaf tu, kan kawasan tawaf tak berbumbung kan, tak panas pun. jangan risau kaki melecur ke apa. even pakai stokin pun rasa sejuk. dan sejuk pun tak lah sejuk yang melampau. dan bagi yang rasa bertawaf masa tengahari tu panas, bukan sebab panas terik. panas sebab bersesak je. berpeluh pun sebab bersesak. kawasan yang paling sesak adalah di kawasan hajaratul aswad. kat situ orang akan bertolak-tolak, tu yang buat rasa panas dan rimas sikit. tapi kejap je. dan yang sangat best, perjalanan dari hotel ke masjid, anda rasa panas. tapi bila dah nak masuk pintu, sejuk macam ada air cond. best.
6) agongnya Allah tu, walau seramai mana pun jemaah, akan ada kawasan untuk kita. kan kita tetamu dia. kita dijemput. jangan risau dengan ramainya orang yang ada. insyaAllah ada kemudahan untuk semua.
7) boleh tengok fanatik islam kat sana. macam-macam ragam ada. ada tu macam nak panjat kaabah tu. what for? tak perlu pun. gosok-gosok kain kat kaabah la, kat bukit safa dan marwah la. sia-sia je amalan.
8) boleh minta doa apa-apa sahaja sebab kita directly minta dengan Allah. dah lah macam tu, disediakan pula tempat-tempat mustajab untuk berdoa. selagi boleh minta, minta. Dia sangat pemurah.
9) makanan kat sana semua sedap. dan terutama sekali air zamzam. kadang kita rasa air zamzam kat sini macam payau sikit kan tapi kat sana, sedapnya. nak habiskan sebotol air pun tak apa. air zamzam free. masuk je masjid, ada banyak tong-tong air zamzam. airnya pula sejuk-sejuk. walaupun sejuk, kat kawasan tu tak tersejat pun. selagi ada air, selagi tu sejuk. tapi ada juga tong yang air not cold. boleh pilih. tapi macam mana air zamzam tu kekal sejuk sedangkan dia dalam tong dan tak berais.

1 portion boleh mkn utk 2,3 orang

10) bila keluar dari masjid lepas solat, singgahlah makan ais krim the best in the world. kalau saya, memang almost setiap kali lepas solat nak balik ke hotel, tak lepaskan peluang makan ais krim tu. kalau anda keluar dari pintu abdul aziz, keluar je tuju ke mall yang belah kanan. kedai pertama ialah kedai air kot. kedai ais krim kat deret-deret tu je. air teh pun sedap. kena minta tea with milk baru la jadi air teh. kalau tak dapat teh o je la.

dekat kawasan ais  krim yummehh

Madinah
1) sembahyang di msjid nabawi sahaja di madinah yang akan mendapat ganjaran pahala 1,000. di madinah lebih mudah dan selesa dan nyaman dan aman. hotel dekat je dengan masjid jadi no reason la tak dapat pergi sebab jauh. seriously dekat je. kalau tak pergi pun mungkin sebab penat baru balik syoping *siapalah tu* sembahyang kat bilik hotel sama je macam sembahyang kat malaysia. 
2) hotel-hotel kat madinah kebanyakannya 4 stars. lebih selesa berbanding mekah tapi mekah pun tengah banyak construction, mungkin sebab nak jadi macam madinah kot. 
3) di masjid nabawi je anda berpeluang ke makam Rasulullah, masuk ke raudhah, taman syurga. bila da hampir nak masuk raudhah tu, dah boleh bau wangi. wangi sangat. sedap pula tu wanginya. wangi syurga dan wanginya makam Rasulullah tu. untuk jemaah lelaki, laluan mudah kalau nak dibandingkan dengan jemaah wanita. jemaah wanita kena tunggu hari yang tertentu, masa yang tertentu. akan dibawa oleh pegawai masjid. kalau lelaki boleh pergi bila-bila sahaja. maka, bagi kaum wanita ni macam berperang sikit kat raudhah tu. walaupun tunggu turn, beratur ikut negara tapi, sesama kita pun nak berebut. padahal sama-sama sampai dalam raudhah tu. nak sembahyang di kawasan raudhah tu pun mencabar. siap bergaduh, bertolak-tolak. kena ada yang guard masa seorang tengah sembahyang so that tak kena pijak. imagine! memang berhimpit. mungkin juga sebab kawasan raudhah yang kaum perempuan boleh masuk adalah terhad je. dinasihatkan masa da sampai raudhah tu, buat sembahyang sunat je dulu. kemudian cari kawasan yang tenang sikit untuk berdoa. dan kawasan bawah mimbar pun boleh solat juga. selalu kat situ kurang sikit orang sebab orang selalu nak solat yang dekat dengan makam. kena solat cepat, baca ayat pun pendek-pendek sebab kita akan digesa oleh pegawai-pegawai yang bertugas. tapi buat bodoh dan tak faham bahasa je. yelah, kita datang dari jauh kan, kumpul duit lagi. mestilah tak nak lepaskan peluang. 

lepas ziarah makam nabi dan raudhah

4) sembahyang sunat jenazah di madinah akan dikurniakan pahala seperti pahala bukit uhud. sebab bukit uhud tu terkenal masa perang, dan banyak berjasa kepada Rasulullah. Rasulullah cintakan bukit uhud tu dan cintanya bukit uhud tu pada Rasulullah sampaikan bila Rasulullah menapak, bukit uhud ikut langkahan baginda. bukit uhud tu pun pernah ditawarkan pada Rasulullah oleh Allah untuk ditukar menjadi emas. tapi Rasulullah tak nak sebab baginda tak nak perang berlarutan sebab nanti umatnya berebutkan emas tu. bukit uhud juga dah dijanjikan syurga oleh Allah. jadi siapa yang meninggal di madinah, dikira seperti mati syahid sbb dalam mengerjakan umrah atau haji kan. dan kalau kita niat nak mati di madinah pun, kita akan diberikan syurga, insyaAllah. 


5) mengerjakan solat di masjid qiblatain mendapat ganjaran sekali umrah. tak perlu tawaf dan sai dan bercukur, buat solat sunat 2 rakaat pun, dah dapat pahala umrah. tapi untuk sekali kunjungan la. kalau dalam satu kunjungan, kita buat 2 3 solat pun, masih dikira satu umrah ganjarannya. 

masjid qiblatain
6) syoping kat madinah lagi best! lagi banyak pilihan, lagi banyak boleh tawar ;)

that's all, nanti ada tambahan pape, akan diupdate. maka, mari kumpul duit dari sekarang dan berazam ke sana lagi. insyaAllah.

Monday, September 5, 2011

puasa enam

assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua moga bahagia...

ni nak share sesuatu sementara masih fresh. pagi tadi, sesampai di rumah jb, on tv tengok rancangan mhi. first time tengok sebab selalunya terlepas la kan. masih beradu lagi. yang sempat tengok ialah cerita pengalaman semasa tragedi di somalia oleh wartawan dan jurugambar yang bertugas. saya rasa mereka ni masa bertugas kena pakai baju bullet proof juga la untuk keselamatan. maklumlah kat tempat yang bahaya kan. tapi memang betul pun apa yang dia cakap kena persiapkan diri dengan ilmu first aid. bukan nak cakap pasal ni sebenarnya.

nak cerita tentang puasa enam. siapa tak tahu puasa enam tu ialah puasa sunat enam hari dalam bulan syawal. kenapa ada puasa enam? sebab Allah dah janjikan sesiapa yang berpuasa enam hari dalam bulan syawal, akan mendapat ganjaran seakan berpuasa setahun penuh. bagi kaun wanita, puasa enam ni selalu di buat 2 dalam 1. qada' puasa dan puasa sunat sekali. tapi tadi, ustaz tu cakap seeloknya di buat asing. sebabnya Saidatina Aisyah pernah berpuasa enam dan dia beritahu bahawa dia selesaikan puasa qada' nya semasa menghampiri bulan ramadhan yang berikutnya. maksudnya Saidatina Aisyah ganti puasa pun dah last minute menunjukkan dia tak buat sekali gus. dan pada yang kata kena settlekan puasa wajib dulu baru boleh buat puasa enam tu pula, ustaz tu ada jelaskan juga. ustaz yang beri tazkirah ni ialah uztas zahazan bin mohamed. ni gambarnya
source:google
baiklah, berbalik kepada isu haiskan bayar yang wajib dulu baru buat yang sunat, dia cakap itu ialah bagi sesiapa yang sengaja meninggalkan puasa ramadhan. kalau seseorang sengaja ponteng puasa, maka dia tak boleh buat puasa enam sehingga dia selesai qada' puasa yang ditinggalkan semasa ramadhan. kalau yang bersebab, tak apa. sebenarnya dia pun tak menjawab dengan jelas boleh ke tak kita combine niat dua puasa sekaligus tapi dia cuma ceritakan apa yang Saidatina Aisyah buat. terpulang nak interpretasi macam mana la gamaknya.

nak tahu macam mana boleh jadi puasa enam hari tapi ibaratnya seperti berpuasa setahun? setahun kan ada 365 hari kan, dan ibadat yang kita kerjakan itu dijanjikan 10 kali ganda kebajikan. maka,
berpuasa 30 hari : 30 x 10 =300
berpuasa 6 hari : 6 x 10 = 60
jumlah : 360 hari = setahun

macam tu lah yang saya dengar. selain tu dia ada juga ajar cara nak berkhatam quran dengan efisien. ok, saya ajar juga sebab untuk saya ingat juga. nanti boleh refer balik post ni. 
1 quran = 30 juzuk 
1 juzuk =  600 muka surat 3 bulan
200 muka surat sebulan = 20 muka surat sehari / 5 solat fardhu
2 muka surat = 1 solat fardhu

kalau kita baca 2 muka surat setiap kali lepas solat, maka kita boleh khatam dalam masa 3 bulan. dalam setahun boleh khatam 4 kali. termasuk bulan ramadhan, kita boleh khatam 5 kali. kiraan ni dalam sebulan diberi kelonggaran cuti 10 hari (untuk kaum perempuan), sebab tu 20 muka surat je. cuba korang kira juga takut tersilap. tapi rasanya dah betul da cuma cara saya nak explain tak serupa sangat apa yang saya dengar la. betul ke tak ek ayat math atas tu? hahahaha. go figure. use your brain too. ;)

tahun ni saya bercuti puasa sebanyak 17 hari. buat 18 je la. genapkan. kalau rajin boleh buat sampai 20 hari. kiranya 17 tu minimum bayaran untuk tahun ni. tabahlah hati nak bayar ya. boleh cuba start khamis jumaat ni kot. hehe.

Monday, August 23, 2010

epilog syurga cinta

source: sini

menjadi tradisi dalam keluarga ni tiap kali puasa bila da nak masa tunggu azan sambil pegang kurma,,,sambil tengok cerita kat tv3 yang pukul 6.30ptg tu...tahun ni pulak tahun mia sara la kan...jadi cerita yang nak cerita ni tak da kaitan pun dengan cerita epilog syurga cinta tu tapi cerita iklan...ada satu iklan tu pasal bayar zakat fitrah...masa encik tu dan emak dia nak buka puasa,,,da nak azan da ni si encik tu sibuk nak bayar zakat fitrah...tapi bukan nak bayar zakat fitrah secara fizikal maksudnya berdua dengan pemungut zakat,,,empat mata,,salam salam...tidak...sebab dia nak bayar dengan sms...

persoalannya sah ke eh sebab tak ada akad dari pemungut zakat tu...bab ni sensitif sikit bagi saya sebab seumur hidup masa duduk dengan mak dan atuk dulu,,,atuk memang pemungut zakat dan bila nak akhirkan tu,,,akan ada satu bacaan yang atuk lafazkan...bukan lafaz "aku terima zakat...." tu pun ada juga tapi ada doa lain sambil atuk salam dengan pemberi zakat tu...kalau guna sms lafaz ke...kalau pun ada bila akhir transaksi dapat sms pengesahan,,,tu dikira lafaz ke?bukan lafaz keluar dari mulut ke?atau saya yang salah konsep dan zakat tak perlu berlafaz bagai ni?hurmmm...jadi selepas bergoogle,,,jumpa la ini...lepas ni kena beritahu ibunda juga sebab bila ditanya boleh ke zakat sms tu?abes tu ade lafaz ke?ibunda jawab "ntahla orang sekarang,,,yang pelik-pelik je" ;)

| haha tajuk tak da kaitan pun |

Wednesday, August 11, 2010

hari rabu pertama

jumaat cari sabtu
nak tanya nampak ahad tak
agar ingatkan isnin bagitau
selasa supaya tak lupa
rabu dah puasa!
selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak

selamat menaiki penerbangan RAMADHAN AIR, bernombor 1431H,kita akan terbang selama 30hari ke atas permukaan haus dan lapar...para penumpang diwajibkan untuk memasang niat puasa dan menegakkan kerusi solat.penerbangan ini bebas asap perselisihan.saya selaku anak kapal yang bertugas megucapkan SELAMAT MENEMPUH MADRASAH TARBIYAH RAMADHAN..mohon kemaafan atas segala kekhilafan selama ini


haa...ni antara mesej yang dapat malam tadi sebelum secara rasmi berpuasa untuk tahun ni...memang selalunya akan tunggu ramadhan tiba sebab bulan ni selain banyak kebaikan yang semua hampir maklum dan pahala berganda yang dikejar,,,ada lagi beberapa perkara bagi saya secara personal,,,yang amat digemari...selalu bila bulan puasa,,,akan ada bazar ramadan *memang istimewa untuk bulan ni saja & siap ada nama khas*,,,ada kurma...ada iklan-iklan yang menginsafkan,,,ada sale yang mengeringkan poket,,,ada suasana yang damai dan tenang yang jarang dapat bulan-bulan lain *kalau ada yang perasan*...bulan ni juga akan mula ambil baju raya yang selalunya tak tahu berapa helai dah hantar kat tailor..hehe

tahun ni juga da masuk tahun ke tiga dalam tahun islam,,,ayah macam tu...dan tak tahu kenapa,,,setiap kali masuk bulan ramadhan ujian menjaga ayah akan lebih lagi...berganda lagi...tak tahu macam mana nak hadapi...baru je berapa jam puasa mula,,,tadi da terjadi...haih...sabar je la...cita-cita bulan ni ada satu tapi tak tau lagi menjadi ke tak...kalau menjadi akan diberitakan...sekian terima kasih

jangan lupa niat puasa ya


mohon maaf kat semua ye...selamat berpuasa... ;)

Wednesday, July 21, 2010

8syaaban

arini sepatutnya da boleh raya da...hutang 15ari da terbayar da,,,insyaAllah...semalam contemplating nak sambung puasa ke tak...sekarang da masuk syaaban,,,jadi baik terus je la selagi ada niat sebab lepas ni tak tau la boleh jumpa syaaban lagi ke tak,,,kan...arini da 8syaaban da...kalau tengok sini,,,macam best je nak baca tentang bulan syaaban sebab ringkas... ;)

"Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid." "
tapi sekarang da mula rasa lapar...pagi tadi tak sahur...

Thursday, June 3, 2010

jom berusaha boikot israel


banyak lagi senarai sebenarnya kot...tapi kat senarai atas tu pun macam ada yang tak boleh nak ingat kan...lagipun sebahagian daripada senarai tu tak dijual kat malaysaia pun...tapi,,,mana yang boleh dielakkan untuk beli,,,elakkan la...jangan sekadar cakap kesian kat gaza di mulut tapi menjadi penyumbang secara tak langsung...ada lagi senarai kat sini...marilah kita sama2 berusaha ye sebab ada je brand yang da macam isi dengan kuku dalam kehidupan kita kan contohnya mcd dan coke...nokia n72 yang tengah guna ni pun...haih...
kepada bff a,,,macam ada lambang company ko la...eheh

Wednesday, June 2, 2010

qada' puasa,,,puasa sunat rejab dan syaaban

me: ayah nak makan ape?
ayahanda: apa2 la...
me: ayah nak makan ape?
ayahanda: nasi la lauk mi...
me: ha??cane tu?
ayahanda: mi la mi...


nasib baik he came to his senses...kalau tak macam mana tah nak beli nasi lauk mi...arini da masuk hari kedua qada' puasa lepas...nasib baik bff a dah mula bayar puasa ari isnin lepas,,,jadi terpengaruh la juga...kalau tak mesti tak mula lagi sekarang ni...lagipun da tak lama lagi nak jumpa ramadhan kan...jadi sesiapa yang belum mula qada' puasa tahun lepas,,,boleh la mulakan misi dari sekarang...kalau boleh bayar lah lebih supaya dapat topup mana2 yang kurang,,,insyaAllah...tahun lepas cuti puasa setengah bulan...huahuahua tapi walaupun boleh makan,,,masih juga berpuasa sebab dah terbiasa masa ramadan,,,berpuasa seperti biasa walaupun pakai tuala wanita... ;p

14jun nanti da mula bulan rejab...dah elok sangat nak buat puasa sunat masa bulan rejab dan bulan syaaban...kalau ada yang nak tau kenapa disunatkan berpuasa bulan rejab,,,boleh baca di sini...kalau bulan syaaban pula boleh klik sini...jom lah sama2 buat pahala sebab rasanya hari2 pun ada potensi kita ni buat dosa kan...lagipun boleh kurangkan sikit kilogram tuh... ;p

Monday, May 24, 2010

this is just irritating

i'm not gonna say much...but this so frustrating...furthermore i saw some muslims buying stuffs from the shop...guess what's lying in front of the shop

can you figure out what is the shape resemble?i can see it clearly when i walk passed the shop



in case you are batu pahat residents...

can they sell that item publicly?and if they can,,,they should warn muslims with some kind of signage right?and what if they use the same chopper to others?samak ke?halal ke?just wondering but it sure irritate me because i am usually easily irritated by random things...

| blog ni kena samak tak sebab ada gambarnya |

Thursday, May 20, 2010

how not to wear a hijab

i would like to share with you some interesting hadis...it has to do with current fashion flow...do you notice nowadays,,,women who wear shawls/hijab/tudung tend to wear with high bun?for example...

cantik kan?tapi sila baca dulu yang bawah ni ye


"It’s a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all.I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.

I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you’re not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab.However, I can’t remember the hukum whether it’s haram or harus or makruh.
Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:
Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
Rasulullah s.a.w bersabda:Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212
-
I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.
Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I’ll just forget about buying the sanggul arab thingy."
dari sini
i am very grateful that even though i have the intention and wanted to do this kind of style,,,i could not make it as my hair is not long enough to tie them into a bun...however,,,i advised my bff to buy a bun because she wanted to do this style...dear bff e,,,i hope you will just wear the hijab like you normally do...although it is pretty,,,it is forbidden...last but not least,,,i give you this ...


Thursday, May 13, 2010

takziah,,,bro...

takziah untuk 'abang' saya,,,en.a sebab kehilangan nendanya...
al fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat


Thursday, April 8, 2010

dialog percintaan

me: kamu pernah cuba untuk curang tak?
en.s: pernah...masa hubungan sebelum ni...
me: sekarang?
en.s: tak pernah...kamu macam da bagi saya nasi kangkang...
me: *pala hangguk mu! sambil geleng2 kepala* *geleng2 kepala lagi*

astargfirullah...subhanallah...ada unsur2 syirik di situ...kepada rakan2 dan taulan,,,jangan guna nasi kangkang ye untuk tundukkan orang yang kita sayang...tak baik...berdosa...nanti masuk neraka kalau mati tak sempat bertaubat...tak nak sertakan link yang ada kaitan dengan nasi kangkang/nasi tangas sebab takut ada yang jadikan amalan walaupun tau yang baca kat blog ni semua baik2 belaka...

Friday, February 26, 2010

salam maulidur rasul



selamat menyambut maulidur rasul...sempena hari ni,,,jom amalkan selawat syifa' ni...senang and catchy

ibunda: dengar lagu kat hot fm,,,kalau nak ikut nyanyi ikut la...tapi bila da tak nyanyi tu zikir2 la selawat ke...

Nabi s.a.w bersabda: 'Manusia yg paling baik disisiku pada hari kiamat adalah manusia yg paling banyak selawat kepada ku.' (Hr Tirmizi - Hasan) Salam Maulidur Rasul

Saturday, February 20, 2010

percubaan tidak membazir duit dengan kempen yang tak menjadi

cuba la amalkan...tapi kalau saya,,,memang da lama da tak hafal doa naik kenderaan ni...cuma ayahanda pernah ajar masa awal2 dapat lesen,,,die selalu pesan baca doa...doa yang dia ajar simple je...'iyyakanakbudu waiyya kanasta'in'...setiap kali saya nak bawak kereta,,,memang dia akan pesan dan akan tengok saya gerak...sampai sekarang saya amalkan...alhamdulillah setakat ni belum ada lagi kemalangan besar...sekarang bila nak drive,,,saya lebihkan doa dengan baca ayat kursi...anda bolehla cuba ye...manalah tau berhasil...bolehla kurangkan kadar kemalangan...jimat sikit duit kerajaan nak buat kempen...

doa tu saya copy dari sini...

Tuesday, February 9, 2010

ape kajadah la ni



kurang aja kan gambar ni...berani betol diorang buat benda2 macam ni...kaum dilaknat betul...bangga pulak tu...eeeiiii tak taula apa azab yang bakal diorang ni dapat...ntah2 nanti tetibe je,,,cam masa die tengah syoping ke tengah isi petrol ke,,,badan terbakar tapi kat tempat die tattoo tu je...pastu siap ade live telecast yang kebetulan masa die tengah terbakar tu...biar semua nampak terutama golongan macam ni nampak betapa besar kuasa Allah...yang Islam pulak,,,janganla ngade2 nak buat tattoo sebab nak ikut trend...

Tuesday, December 8, 2009

solat sunat istikharah



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Istikharah bermaksud: memohon kepada Allah agar diberi petunjuk untuk memperolehi pilihan yang terbaik dalam masalah atau hal2 yang dihalalkan atau disyariatkan.

Solat istikharah hendaklah mengikut cara yang telah ditetapkan iaitu dua rakaat dan berdoa dengan doa istikharah yang dibaca:
1] Dibaca doa istikharah setelah memberi salam sebagaimana mengikut kebanyakan ulama seperti ulama empat mazhab
2] Menurut Ibn Taimiyah rahimahumullah bahawa doa istikharah dibaca sebelum memberi salam, iaitu di waktu sujud atau tahiyat
3] Sebahagian ulama Syafieyah berpendapat doa itu dibaca pada saat sujud atau setelah memberi salam.

Bid'ah-bid'ah dalam solat istikharah
1] Mengkhususkan hari2 tertentu, malam2 tertentu, waktu2 tertentu seperti malam Jumaat atau hanya di tengah2 malam
2] Melakukan solat istikharah melebihi dua rakaat
3] Mengkhususkan surah2 yang tertentu untuk dibaca pada masa melakukan solat istikharah
4] Tidak membaca doa sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW, sebaliknya membaca doa yang ada unsur2 syirik atau bertawasul kepada selain Allah
5] Menentukan atau menunggu tanda2 tertentu untuk disempurnakan seperti menunggu petanda mimpi
6] Dilakukan dengan solat berjemaah dan dilaungkan azan atau iqamah sebelum mendirikannya



http://doaharian.blogspot.com/2007/04/doa-solat-istikharah.html
http://www.scribd.com/doc/4196659/Tatacara-Solat-Sunnah-Istiharah

Thursday, November 26, 2009

panggilan haji......

selamat hari raya aidiladha!!

this is the time when i miss my life in mecca & madinah when i was the tetamu Allah...i was watching channel 111 astro just now & it hit me again...each time when Aidiladha is coming,,,i feel the same thing i was feeling when the first time Kaabah was in front of me...u can't describe it no matter how much effort u put,,,searching for the right words...
masa mula2 Kaabah ada depan mata,,,terkedu memang macam tak caya...nak cakap poyo pun,,lantaklah...rasa macam first time rase caramel ice cream...rasa macam tidur dalam bilik aircond time panas...rasa macam..............aku rasa macam aku dan Kaabah saja yang ada masa tu...semuanya jadi sunyi sepi...sebak...sebak wey...sebak sangat...
sebelum tu,,,masa dalam air plane,,,da tak ada rasa apa2 lagi dah tentang semua yang aku tinggalkan...nak kata takut,,,ada la jugak sebab ilmu memang tak cukup,,,kursus tak pernah pergi pun walau sekali...sebab masa tu aku tengah kat matrikulasi,,,nak amik final exam...baju pun ibu yang pack kan...sembahyang taubat pun da buat,,,yakin yang Allah terima taubat jadi redha apa saja yang berlaku masa kat sana...
cuaca kat sana sedap saja tak sejuk tak panas,,berangin...tapi masa nak melontar jumrah hujan lebat & banjir sikit...kena randuk air masa nak pergi melontar malam2 sebab jemaah malaysia kene pergi malam supaya tak crowded sangat...takut ada yang kene pijak sampai mati macam dalam berita & Alhamdulillah pihak TH memang efisien...laluan masa nak ke jumrah tu,,,kat tepi2 ada je org yang jual macam2,,,tengok jemaah lain tidur tepi jalan sebab datang sendiri dari negara mana2 tah bersepah2...berkhemah tepi jalan...bila sampai betul2 depan tempat melontar tu,,,memang akan ada rasa geram sangat2...agak bersesak jugak masa nak melontar tu tapi dapat juga bergerak ke depan bila ada orang yang kua tuk beri laluan...rasa macam nak baling dengan batu yang lebih besar & banyak2 tapi kene ikut syarat,,,7 biji saja...
masa bermalam di muzdalifah,,,sejuk sangat...cari batu kene betul2 sebab takut terambil taik unta...tidur atas tikar atas tanah bawah langit...tandas kat mana2 pun mmg kene share...paling crowded and beratur panjang masa kat mina and arafah...kat mina and arafah ada khemah tuk tidur ramai2 & aku punya agen ada sediakan tilam nipis...yang lain tak dapat...hehehe...makanan selalu dapat yang sejuk2 je sebab mestila catering da sediakan lama kan,,,masak dari pagi & amik masa tuk distribute kat semua jemaah...nasi & lauk kering,,,tak bape sedap tapi makan je la kan since aku pun bukan jenis yang cerewet kalau bab makan ni sebab tu semua rezeki yang Allah da beri,,,buat apa nak cerewet...
bila kat hotel,,,yesssssss makanan sedap2...kicap ada,,,sambal belacan pun ada...petai je yang tak jumpa...paling suka time breakfast sebab ada peanut butter yang lain dari yang lain...sedap gile...addicted...siap cari tuk beli bawa balik...tapi bila da kat rumah,,,tak rasa nak sangat pun...feel lain,,,boleh?haha...tapi sampai sekarang,,,memang tak boleh lupa rasa peanut butter tu...
kalau nak turun berjemaah kat masjidil haram & masjid nabawi,,,kene gerak awal dalam setengah jam lebih kurang tuk dapat tempat yang selesa...kalau boleh,,,cari tempat yang belakang dinding atau tiang atau penghadang sebabnya,,,bila jemaah lain da sampai,,,especially dari afganistan,,,turkistan,,,go-head-goes-tan la jawabnya...diorang jenis yang menyelit saja tak kira di mana...jemaah dari dua negara ni kalau boleh elakkan...yang dari turki tu,,,badan besar2 jadi bila dia menyelit,,,sangatlah tak selesa tuk solat...walaupun ada ruang kecil je,,,yang macam separuh badan aku je boleh muat,,,diorang akan masuk juga...please imagine badan 2 kali lebih besar nak masuk tempat yang 3 kali lebih kecil...memang kita merana sempitla...yang dari afganistan pula,,,badan kecil2 je tapi baunya memang tak tahan la...sebab diorang ni pula jenis yang tidur pun kat kaki lima masjid atau tepi jalan sebab tak mampu nak sewa hotel...mandi pun kat tandas masjid,,,tu pun kalau mandi la...
air zamzam memang sangat sedap & lain rasa dari air zamzam yang kat sini...24/7 air zamzam tu ada saja & sejuk sentiasa kat dalam masjidil haram tu...cawan plastik pun ada disediakan,,,jadi minumlah air zamzam sepuas2nya...wat air minum wat air wudhu'...lain sangat rasanya!bila minum air zamzam tu memang rasa tak puas...kat madinah pun macam tu jugak...
madinah bandar maju sikit dari makah...kalau nak syoping,,,kat madinah lebih banyak pilihan,,,moden sikit...syoping coklat sedap kat mekah...lepas abes saie,,,ada pintu yang da dekat tuk pergi market cari barang2 makanan...odw ke masjidil haram,,,kiri kanan ada kedai2 jasi boleh la singgah tiap kali lepas sembahyang kalau memang nak syoping...seronok!
masa kat mekah,,,ada sekali fardu tu,,,aku tak khusyuk,,,teringat rak mana yang aku letak selipar...bila keluar & cari rak tu,,,selipar da tak ada da...da kena curi...jadi,,,bila tgh ibadat,,,jangan fikir yang lain2...hahaha...selain tu,,,masa kat madinah,,,nak masuk raudhah,taman syurga & melawat makam Rasulullah,,,ada masa khas tuk kaum wanita dan kaum lelaki...memang ramai...kena tunggu turn...sekali tu ada group dari afganistan yang potong baarisan dan melangkah sambil pegang kepala orang lain yang tengah tunggu,,,melangkah sebesar boleh,,,mengangkang seluasnya...ramai2 pulak tu...masa tu aku di uji kesabaran...marah aku kat diorang sampai menangis tahan geram...tak hormat orang langsung!masa aku tengah marah tu,,,ibu sedarkan...terdiam,,,menangis sendiri...tak sangka ada ujian macam tu...walaupun kecil,,,tapi Allah mamang nak uji hambaNya...aku pula memang mudah tersentap kalau macam tu...ibu dapat sembahyang lama dalam raudhah lama...aku dapat juga sembahyang hajat masa kat raudhah tu...wangi masa lalu tepi makam...
seronoknya!!nak pergi lagi!!gambar2 ada hard copy je,,,scanner tak ada & video pun bukan dalam file mpg...