assalamualaikum
hari ini nak share petua semasa mengandung. dikutip sepanjang menjalani ibadah mengandung dari orang sekelilinh yang berpengalaman. bukan untuk dipercayai dengan hati sehingga memesongkan akidah ya saudari. kalau ada niat nak ikut, pastikan niat keran Allah. terpulang kepada kemakbulan dari Dia yang satu.
1) menentukan jantina - kalau perut membonjol ke depan, anak lelaki. kalau perut melebar ke tepi, anak perempuan.
2) menentukan jantina - kalau muka ibu berseri-seri, anak lelaki. kalau muka ibu tak berapa naik serinya, anak perempuan sebab seri muka ibu dah di share dengan anak dalam kandungan.
3) amalkan surah yusuf untuk anak yang cantik, surah maryam untuk senang melahirkan dan surah luqman untuk anak yang cerdik.
4) amalkan minum air kurma 3 biji yang direndam dalam susu untuk mudahkan kelahiran.
5) amalkan minum air zamzam supaya dapat anak yang elok semuanya.
6) bila mandi dan basahkan rambut, hisap sedikit air di hujung rambut untuk mudahkan kelahiran.
7) jangan pandang atau tengok benda-benda yang tak senonoh. contohnya tak perlu nak selamatkan anak kucing yang mati kena langgar tepi jalan takut terkena badi. banyakkan istigfar kalau dah tertengok.
8) rendam kacip fatimah dalam air. apabila masa nak bersalin dah dekat, kacip fatimah akan kembang. kat mekah dan madinah banyak jual kacip fatimah.
9) minum air kelapa, susu dan soya supaya anak yang lahir nanti kulitnya bersih. jangan minum air tebu sebab takut terjadi tumpah darah.
10) jangan makan pedas banyak sangat takut buasir, nanti.
11) makan putik bunga ros untuk dapatkan pipi anak yang kemerah-merahan.
12) makan buah delima untuk dapatkan bibir anak yang kemerah-merahan dan cerdik.
13) sentiasa ada yasin dan benda logam yang tajam macam pisau lipat atau gunting kecil yang sentiasa di bawa ke mana sahaja untuk mengelakkan 'benda halus'. letak bawah bantal semasa tidur.
sampai sini dulu la. akan ditambah dari semasa ke semasa kalau ingat.
2 comments:
Info yg bagus...
Tq 4 info..insyallah akan mengamalkannya..
Post a Comment