assalamualaikum...
anakanda ni memang dah terbukti la tahan lasak ye. sebabnya dia dah mengalami peristiwa dan pengalaman yang mengalahkan naik roller coaster. banyak drama juga la ekpedisi kali ni. macam biasa kalau nak balik kelantan mesti akan ada drama sikit sebanyak. drama kali ni pasal tiket keretapi. kami decide nak beli tiket yang ada katil tu. sehari dua sebelum gerak, dah cek online. ingat nak try beli online tapi kena guna credit card which we don't have. cek online tu pun, katil tingkat bawah semua da sold out. alamak, tak kan mak buyung ni nak panjat-panjat pulak. tak kuasa mak. then en.s ke stesen kempas baru untuk beli tiket. tapi pekerja tu cakap kalau nak beli yang ada tempat tidur, kena beli lepas pukul 2 petang hari mahu berlepas. tak logik gila. ada online tapi kalu nak beli offline dekat kauter, tak boleh pula kena ada masa yang tertentu. cuba bayangkan kalau kita pergi pada masa yang ditetapkan tu, tiket dah habis. how? nak kena reschedule everything semua. tak mesra pelanggan langsung. and kenapa kena beli lepas pukul 2 sedangkan tiket yang coach lain boleh beli bila-bila masa pun. tak faham la sistem ktmb ni. dan kenapa kena ada credit card sahaja tak boleh guna debit kad. menyusahkan orang je. balik pada cerita en.s ke stesen tu, dia pergi untuk book sahaja. pekerja kaunter tu bagi jaminan kat dia yang dia akan tolong usahakan untuk dapatkan tempat tidur bawah untuk kami sebab en.s cakap saya mengandung. yang jaminan tu pun dia cuma bagi kertas biasa je. tulis info tiket dan kat belakang tu dia cop dan bagi nombor telefon dia. alhamdulillah, esoknya masa en.s nak collect tiket, dapat tempat tidur bawah dan tak ada masalah.
|
coach ADNS |
coach ADNS ni selari dengan pergerakan keretapi. tingkat atas murah sikit berbanding tingkat bawah. kami dapat tempat mengadap masing-masing. boleh main kenyit-kenyit mata. heh. setiap katil disediakan bantal dan selimut. tapi selimut yang nipis je la. warna putih. tempat berair-cond tapi terbuka.
|
bahagian hujung katil |
pergi dengan perasaan tenang dan tak expect apa-apa. tetapi bila keretapi mula bergerak, mak ai, perutku yang boroi ni dah macam jelly da bila baring. gerak sana gerak sini. kiri kanan atas bawah. kesian anakanda tak dapat tidur. dalam perut pun dia bergerak-gerak je. kadang-kadang rasa dia gerak belah kiri kadang belah kanan. ke atas ke bawah pun dia gerak. masa tu mampu mengadu kat ibunda je la. ibunda pesan banyakkan istifar dan pesan kat anakanda tu jangan terkejut sangat sebab dalam keretapi nak balik kampung. kesian sangat dia tak selesa dan memang gerakan dalam gerabak tak selesa langsung. dengan kurang privasi sebab ada budak-budak berlari-lari dalam gerabak tu. saya ni memang pantang kalau ada budak-budak yang macam tu. ada penumpang yang buka radio kuat-kuat. ada yang bercakap kuat-kuat. haihhh fikir la orang lain sikit yang nak berehat ke ape ke. dah habis ikhtiar da nak selesakan si kecil ni. beg lv la kononnya tu diletak kat sebelah perut dengan harapan dapat minimumkan gerakan tapi hajat tak sampai. akhirnya tertidur dalam ketidakselesaan. esoknya bila sampai je kampung halaman, hampir seharian juga si kecil ni tidur tak bergerak aktif. risau juga. tapi alhamdulillah baby ok.
tiket untuk balik ke johor pula, kami beli online je sebab teringat ibunda ada credit card so minta belas ihsan pinjam duit dia dulu. tapi malangnya, coach ADNS da sold out semua. maka terpaksa beli yang coach ADNFB yang lebih mahal sikit.
|
coach ADNFB |
coach ni privasi sikit. gerabak pun yang last sekali. ada disediakan 2 bantal, selimut tebal, kipas dinding, tv, sinki, kerusi dan meja kecil. diberi pula air mineral 2 botol dan 2 biskut. selain tu ada cermin dan tempat sidai barang. ada sabun dan plastik muntah juga. coach ni lebih sesuai untuk family. kalau nak naik seorang, make sure la yang seorang saja dalam satu bilik. coach ni ialah bilik-bilik kecil tau. pintu pun berkunci. disebabkan kedudukan katil ni bertentangan dengan gerakan keretapi, maka tak ada macam gerakan semasa nak balik ke kelantan. jadi anak kecil dalam perut lebih selesa. tak banyak bergerak. saya tidur, dia pun tidur. nyenyak. bangun-bangun dah pukul 5.15 untuk bersahur. tak ada gangguan langsung kat sini. kami decide untuk tidur lepas tiket diperiksa tu yang best tak ada siapa yang bising dan ganggu.
|
kemudahan yang ada |
dah dua kali berpengalaman naik keretapi. hasilnya: tak pernah suka. nasib baik sampai destinasi on time. kalau tak, lagi la mak buyung ni taubat nak naik keretapi lagi dah. dan nasib baik tempat tidur masa balik ke jb selesa. lepas dah beli tiket keretapi balik ke jb, tengok air asia, tiket lagi murah rupanya. pfffttt. eh tapi untuk sampai ke lcct saja la. dari kl ke jb kena cari alternatif lain pula. susah air asia tak ada direct flight jb-kb. air asia, bila boleh ada? maka saya akan jadi pelanggan setia nantinya.
2 hari sebelum puasa dapat puaskan nafsu makan durian kampung yang awesome! selagi boleh makan, family mertua yang dah sedia maklum saya ni hantu durian keep on serving me with durian. tapi masuk hari kedua, kami anak beranak dah tak mampu.
alhamdulillah, anakanda dah ikut ibunda puasa untuk dua hari. setiap malam sebelum tidur dan masa nak bangun sahur, pesan kat dia kena puasa. dan kami berjaya! alhamdulillah tak mabuk walau rasa lapar sikit-sikit. jom teruskan untuk sebulan ye anakandaku sayang. i love u and proud of u, sayang.
[ link
ktmb ]