Tuesday, May 22, 2012

alternatif

assalamualaikum

sekejap je dah masuk bulan Rejab. ada dua hari lagi untuk saya puasa qada' tahun lepas. tapi memandangkan keadaan sekarang ni yang tak boleh berlapar, saya jadi runsing. kalau setakat dua hari, insyaAllah boleh bayar cupak nasi tapi seeloknya bayar lah kan. sekarang kalau lapar, rasa mual dan mabuk yang macam berpusing-pusing macam darah dan oksigen tak ada. macam mana lah agaknya masa bulan Ramadan nanti. harap-harap anak bertuah ni boleh ikut ibunda dia berpuasa. kalau tak jenuh la nak bayar sebulan.

kelmarin (ahad) pergi berurut dengan akak angkat ibunda. geli woiiiiii sebab saya ni memang orang yang penggeli. masa mak s pegang dekat dengan pinggang, dah tak senang duduk. senang cakap, dia pegang je badan ni dah rasa macam cacing kepanasan. pula tu ada urat saya yang berbelit-belit, ada angin segala bagai. tapi tak boleh kena sentuh. cane tu? tahan memang la tahan tapi effort yang paling bagus pun saya still mengerekot lagi. mak s siap cakap ei macam mana ni nak urut lepas bersalin nanti ni? huuuu risau! en.s kata mind set saya je yang rasa geli-geli tu. ayahanda dan ibunda pun memang penggeli orangnya. mesti la turun kat saya gak kan. ada tak alternatif lain selain urut? sebelum kahwin buat spa pun sama je geli. ;(

No comments: