Tuesday, May 22, 2012

alternatif

assalamualaikum

sekejap je dah masuk bulan Rejab. ada dua hari lagi untuk saya puasa qada' tahun lepas. tapi memandangkan keadaan sekarang ni yang tak boleh berlapar, saya jadi runsing. kalau setakat dua hari, insyaAllah boleh bayar cupak nasi tapi seeloknya bayar lah kan. sekarang kalau lapar, rasa mual dan mabuk yang macam berpusing-pusing macam darah dan oksigen tak ada. macam mana lah agaknya masa bulan Ramadan nanti. harap-harap anak bertuah ni boleh ikut ibunda dia berpuasa. kalau tak jenuh la nak bayar sebulan.

kelmarin (ahad) pergi berurut dengan akak angkat ibunda. geli woiiiiii sebab saya ni memang orang yang penggeli. masa mak s pegang dekat dengan pinggang, dah tak senang duduk. senang cakap, dia pegang je badan ni dah rasa macam cacing kepanasan. pula tu ada urat saya yang berbelit-belit, ada angin segala bagai. tapi tak boleh kena sentuh. cane tu? tahan memang la tahan tapi effort yang paling bagus pun saya still mengerekot lagi. mak s siap cakap ei macam mana ni nak urut lepas bersalin nanti ni? huuuu risau! en.s kata mind set saya je yang rasa geli-geli tu. ayahanda dan ibunda pun memang penggeli orangnya. mesti la turun kat saya gak kan. ada tak alternatif lain selain urut? sebelum kahwin buat spa pun sama je geli. ;(

Monday, May 14, 2012

fourteen zero five

hey, lupa nak wish happy birthday to soon,very soon mummy to be, puan neglected satellite.

happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to mummy to be
happy birthday to you

dia ni lah yang kahwin masa birthday saya tahun lepas. lagi berapa minggu je dah nak meletup da keluar baby perut die tu. sekarang ni la masa nak tengok dia paling gemuk dalam sejarah. kalau tak keding je. haha. dia lah bff yang first kahwin dan yang first mengandung dan yang first dapat baby. nanti nak biar anak dia panggil saya ape ek? hehe. excited oi! to n**, happy birthday semoga selamat bersalin. murah rezeki kau dan baby. selamat dunia akhirat. love u. take care

pengalaman mengandung anak sulung

assalamualaikum

lama sangat tunggu mood datang untuk menulis. sejak pregnant memang rasa malas sangat nak buat hal yang tak berapa nak wajib,contohnya tulis blog. yang rajin or lebih tepat kena rajinkan diri ialah siapkan pakaian suami ke kerja. rutin harian dekat rumah cuma basuh, sidai, lipat, gosok baju. sapu sampah. kemudian sudah. hari isnin gosok baju untuk seminggu. selasa sapu rumah & lipat baju kalau rajin. rabu kemas dapur sikit dan sental bilik air. khamis basuh baju. jumaat lipat baju. tengahari kalau rajin, masak sikit. satu jenis lauk je. sementara nak tungu nasi siap tanak, lauk pun siap. terus makan panas-panas. masuk pukul 2 petang, sembahyang zohor. baca surah yusuf & maryam selang seli. tu je kerjanya. bosan jangan cakaplah.

sekarang ni da masuk minggu ke berapa pun dah tak kira lagi. rezeki kerja belum dapat lagi. tak tahulah bila nak dapat kerja. nak mengeluh selalu pun tak elok tapi memang da tak tertanggung rasanya kalau ada yang tanya tak kerja lagi ke. tak cari kerja ke. rasa macam nak lempang laju-laju orang tu. tapi kadang yang bertanya tu ahli keluarga sendiri, kerana hormat, memang tak la melempangnya kan. apa lah silapnya sampai sekarang pun tak ada yang nak ambil saya bekerja. salah buat resume ke. salah hantar permohonan ke. salah tak ada orang dalam ke. macam mana la nak tanggung anak ni nanti. bila browse internet tengok barang bayi, rasa geram je nak beli semua, tapi bila fikir tak kerja, mana ada duit nak beli tu semua, rasa LOSER sangat. tak sampai hati nak harapkan duit suami semata. banyak tanggungan dia. memangla anak ni pun tanggungan dan kewajipan dia tapi sebagai isteri, tak sampai hati nak minta-minta. sedangkan nak minta bawa pergi makan yang mengidam pun tak dapat, asyik lah balik kerja lambat sebab main bola. benci! dah banyak kali hasrat tak tertunai. nak pergi cari sendiri, kereta suami  bawa ke kerja. kalau ada kereta pun, sekarang dah malas nak drive.

bulan lepas, masa exactly 16 weeks, buat pertama kali pergi periksa di klinik kerajaan. pergi hari khamis. nasib baik, sebab rabu dan khamis je klinik ibu dan anak tu buka. pergi pun da lewat dalam pukul 11. sebab malas nak bangun pagi. see how malas i am recently. pergi daftar dan kena interview sikit, nurse cakap kena sambung pukul 2 nanti sebab rehat. jadi saya balik la dulu lepak rumah makcik kejap. pergi lagi, kena cek air kencing, ambil darah dan masuk bilik. ambil kencing tu da biasa la. ambil darah ni first time kena cucuk yang kat lipat siku tu. ambil yang banyak tu. lenguhnya la hai tangan lepas tu. nasib tak sakit sangat. senang nak cari urat. berat badan pun da bertambah da. lagi sekilo sama berat dengan en.s. tapi alhamdulillah mengandungkan anak bertuah. tak pernah muntah. tak pernah tak boleh makan apa-apa. semua bedal je. sampai atok pun tanya 'kau ni tak ada masalah makan ye *e**?' [nama panggilan kena rahsiakan.special code name] only atok can use to call me that. alhamdulillah sangat-sangat tang tu. memang senang sangat pembawakan anak bertuah ni. muntah pun sekali dua je sebab perut da masuk angin sebab lapar. kalau mabuk pun sebab lapar je. tapi satu yang tak boleh tahan, sejak mengandung ni masuk bulan ke berapa tah belakang da rasa sakit. bukan belakang yang ada tulang belakang tu tapi bawah punggung, atas b*n**t. macam ada lebam kat dalam atau rasa macam bisa bila baring telentang. masa awal-awal tu bila baring je yang terasa. sekarang ni bila duduk pun kadang terasa gak. dah macam nenek-nenek pula sakit belakang. paling susah bila nak tidur. kena adjust dulu kalau nak tukar posisi.

en.s cakap, dia rasa ni anak lelaki. ibunda pun rasa macam tu. saya pun. atok lagi best, dia cakap kalau tak lelaki, perempuan. cis, buat lawak plak atok. tapi doktor cakap dengan confidentnya perempuan. dia seorang je yang cakap macam tu. dah lah masa scan tu die macam tak tengok betul-betul pun. saya pula rasa nak tengok barang baby lelaki je. pula tu masa sepupu saya mengandung, dia kena alahan teruk. tak boleh makan. keluar-keluar bayi perempuan. yang seorang lagi, tak ada alahan, keluar anak lelaki. jadi beranggapan macam tu la. orang cakap kalau perut membonjol ke depan, anak laki. en. s kata perut saya ke depan. bidan kampung pun cakap perut saya tinggi. dapat anak tinggi ke nanti? wow. mesti hensem. haha. jangan macam fido dido atau isteri popeye udah le. kalau tinggi, badan pun kena mantap. barulah boleh jadi pilot yang ideal. haha. berangan. nama anak pun prepare untuk lelaki je. ada dua nama dah sedia. satu tu satu nama je. satu lagi dua nama. tak tahu nak guna yang mana satu lagi. atau mungkin tak guna langsung sebab tak tahu pun jantinanya lagi, for sure.

setakat ni, alhamdulillah rezeki baby ni banyak makan angin. bulan mac, pergi bandung. bulan april, pergi langkawi. semalam baru balik dari kelantan, umah nek ma dan tok abah dia. akhir bulan ni pergi jauh sikit, pergi buat umrah. alhamdulillah. tak sangka ada rezeki ke Mekah lagi masa tengah mengandung ni. lagi pun dah rindu sangat nak jejak kaki ke sana. harap-harap dapat terjumpa dengan mak kat sana sebab tak pernah jumpa mak dalam mimpi. rindu sangat. balik dari umrah, kalau ada rezeki, pergi perlis pula. boleh la makan semuaaaaaaaaaaaaa yang saya nak makan yang ada kat perlis tu. ketam masak kari kat jeti, bun tuna  dekat bakery kangar sebelah bangunan kwsp, roti nan taj mahal kedai mamak belakang bangunan kswp, kalau sempat nak makan mihun sup tepi pantai sanglang dan sosej sedap, lepas tu ada nasi goreng cili padi yang memang kaw pedasnya. nak pergi kke mengimbau kenangan lalu. cewah. macam-macam kan. kalau pergi, tapi tak dapat, en.s kena tanggungjawab kalau anak keluar nanti, berair liur je.

pagi tadi masa nak bertolak balik johor dari rumah ibunda, cari-cari dalam handbag tapi tak jumpa. semalam masa kelam kabut salam ma dan abah masa nak balik, gelang tangan kahwin terputus. nasib baik en.s nampak. dia ambil dan beri saya. masa tergopoh gapah nak kejar flight, saya yakin dah masukkan gelang tu dalam handbag dekat poket kecil dalam tu. hajatnya nanti nak minta tolong sepupu hantarkan ke kedai emas sri pinang tempat beli dulu. bolehlah hantar cuci cincin pusaka sekali. tapi malang sungguh, tak jumpa pun gelang tu dalam beg. terus minta ibunda tolong tanyakan 'orang' pasal gelang tu. rupanya dah ada orang lain yang ambil. 'orang' tu cakap masa saya nak masukkan gelang dalam beg, entah macam mana gelang tu tak masuk pun dalam beg tu. sekarang da jadi milik orang lain. entah dia gadai  atau dia betulkan dan pakai sendiri. ralatnya. sayang sangat. lagi sebulan je dah nak setahun dah pakai gelang tu. kenangan betul gelang tu. hadiah insan tersayang bagi masa kahwin. menangis je pagi tadi kenangkan barang yang hilang. en.s tak pujuk pun. dia cakap tak tahu macam mana nak pujuk sebab dia pun tengah kusut fikir dan kecewa yang gelang tu hilang. huhu. sedihnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.

[ingat nak upload gambar sekali sebab dah lama tak berblog, tapi malas nak ambil connector ke ape tah nama dia]