Saturday, January 28, 2012

rindu.

assalamualaikum

bosan la malam ni facebook dah habis cek, tv pula, husband tengok bola. tadi tengok liverpool vs mu. now qpr vs chelsea pula. my show dah tengok tadi. season finale america's next top model all star. ingat nak cari kerja, browse kat mudah, ermmm tak ada yang sesuai.

tengahari tadi terus ke rumah atok lepas bertolak dari jb lebih kurang pukul 11 lepas kemas-kemas rumah. ibunda cerita hari selasa lepas masa dia teman atok seorang-seorang kat rumah, atok bercerita dengan dia lepas tu atok menangis. cerita pasal mak. pasal barang-barang yang mak tinggalkan. even masa ibunda cerita kat aku petang tadi pun, ibunda menangis. dia cakap kenapa tah hari ni rasa sayu sangat. baca yasin je menangis. selalu dah tabah dah. dah tak menangis. me too. sejak dua minggu lepas dah tak rasa sangat tapi semalam, tak tahu apa yang buat hati ni tergerak tengok gambar-gambar dalam folder images kat handphone. gambar-gambar banyak yang en.s dah transfer ke laptop. tapi minta dia tinggalkan gambar dan video mak dalam tu.

bila tengok video mak masa kali pertama dia masuk hospital putra tengah jawab telefon dari makcik kat perlis terus tak boleh tahan. rindu sangat suara mak. rindu nak bual dan cerita. rindu nak peluk cium mak. masa first time dapat baca yasin kat rumah baru mak, lepas baca terus rasa lost sebab nak balik rumah sendiri ni, tapi tak boleh salam peluk cium mak.

atok aka mcgyver aka hero
rumah baru mak. lot 43

[ minta sedekahkan al-fatihah untuk mak, hjh samah binti hj. tahir. semoga mak bahagia di sana ]
[[ tau mak memang bahagia di sana ]]

Monday, January 23, 2012

incognito & far-race

assalamualaikum

selamat pengantin baru to incognito dan far-race yang berjaya menamatkan zaman solo semalam. majlis diadakan di rumah aini. ijab kabul selesai jam 9.48malam. dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan. uuhhh how i wish my father was the one yang ijab kabulkan saya. alhamdulillah semua berjalan lancar. dalam bff, majlis nikah dia ni saya tak menangis. baru je sebak masa peluk lepas nikah dah kena sound dengan pengantin 'jangan nangis.' ok, u're the raja sehari.

pagi tu luangkan masa untuk majlis berkhatam. *aku g gak khatam kau walau kau tak g khatam aku dan ko assume aku tak kan g khatam ko sebab ko tak datang masa aku*. gila revenge macam tu. kita kan bff. haha. it was a good time spending some time with the "spice girls". memang spicy. huhu. the wedding was beautiful. i love all her dress! auwwww memang kena buat majlis lagi sekali la saya ni. haha. sebelum majlis khatam tu, saya tolong pengantin ambil baju khatam die kedai pesona andaman mar, ibunda was also there. we went straight away after visiting mak at her new 'home'. ibunda cakap ishh cantik-cantiknya baju. pelamin pun cantik. and i said bolehla buat lagi sekali majlis untuk anak. she said anniversary lah. yeay!!! hahaha. and the main thing yang saya nak ubah kalau ada majlis walimatulurus saya dan en.s yang kedua ialah nak buat kad lain. hehehe. *sungguh menghantui diri tol* ;p

si mak buyung neglected satellite dah tak kuat stamina macam masa anak dara dulu. perut pun dah nampak. e tak sabar nak tunggu anak bff pertama yang keluar. anak naga kotttt. abis la neglected, nanti anak kau fire kau kua api dari mulut. hahahaha. sempena majlis perkahwinan incognito dan far-race, saya ada tolong incognito buat sesuatu dan tak sangka menjadi walaupun benda tu simple sangat lah untuk dibuat tapi rasa satu accomplishment sebab buat untuk orang lain. takut orang tak suka macam mana yang kita suka. nak buat yang lebih extreme lepas ni tapi tak tau la untuk wedding siapa. minat sebenarnya nak buat benda-benda yang macam tu especially yang ada kaitan dengan wedding.

sekarang tepek gambar pula tapi bukan gambar wedding sebab tak langsung ambil gambar guna camera sendiri.


bahan-bahan

1. gunting
2. reben
3. bunga
4. dawai bunga
5. pasu


final product
[ tema baju sama dengan background blog ]