Saturday, July 23, 2011

sesi 2, prog integrasi plkn, kem sembrong

assalamualaikum...

lama sungguh tak berbicara dalam blog ni. kekadang rindu nak coret itu ini tapi lebihnya ada penyakit 'm'. tapi ni macam ada semangat baru. mungkin sebab baru balik dari plkn. hehe. semangat wira dan wirawati harapan bangsa tu. teringat masa dulu-dulu. selama 5 hari saya bertugas sebagai penceramah jemputan program integrasi program latihan khidmat negara di kem sembrong, kluang. di sana saya dipanggil cikgu. kena selesaikan tiga modul dalam masa 5 hari iaitu kebudayaan, keagamaan dan peranan lelaki dan perempuan. kan sebelum ni ada cakap yang program ni ditangguhkan tapi rasanya macam belum lagi beritahu yang saya ditawarkan lagi untuk menjadi penceramah jemputan ni. saya terima sebab masa tu dah lepas majlis perkahwinan dan pastinya, duit sangat diperlukan.

hari pertama sampai, tak rasa berdebar pun tak macam yang selalunya yang akan saya rasa. saya ditugaskan menjaga pelatih kumpulan 3 yang terdiri daripada pelatih kompeni alpha dan sebahagian kecil dari kompeni bravo. tanggapan pertama: "boleh kot, diorang ni macam ok je." masa mula-mula cuma memperkenalkan diri dan lantik ajk kelas. ada ketua, penolong, setiausaha, bendahari dan kastam. alhamdulillah, tak perlu ambil masa yang lama dan yang paling penting, tak kekok. mereka cadangkan nama dan sukarela saja. kelas pun aktif bersuara dan yang bagusnya, mereka buatkan saya rasa seolah saya dah lama mengenali mereka. boleh pula saya cepat mesra dan hafal banyak juga nama. sesuatu yang jarang berlaku. hahaha. alat bantuan mengajar sampai lambat ke kelas menyebabkan saya tak boleh nak mulakan aktiviti dengan penggunaan kertas mahjong kerana semasa latihan kursus trainer on train perkara itu sangat diutamakan. tambahan lagi, hari pertama lagi kami sudah dinilai oleh pihak kem, pihak jlkn dan juga pihak starza corp. terkelu pun ada tapi tugas perlu berjalan dengan biasa. kebanyakan masa saya dinilai, pelatih sedang selesaikan aktiviti berkumpulan dan menyebabkan saya kurang bercakap. wakil dari pihak starza beri komen "tak banyak pun tampal-tampal" dan mencemik. hello encik, saya baru mula latihan 3 dan mahjong dapat lambat dan kami sedang buat persiapan untuk lakonan janganlah nak mencemik pula orang da beritahu hal sebenar. wekk.

hari pertama kami buat lakonan tentang bahasa. mereka perlu melakonkan situasi yang mempunyai penggunaan pelbagai bahasa mahupun dialek di malaysia. dan hasil pertama, sungguh di luar jangkaan saya. mereka memberi lebih daripada apa yang saya harapkan. bangga siot. kelakar pun ada. memang banyak yang kelakarnya. hahaha. kemudian sebelum kelas berehat panjang untuk sembahyang zuhur dan makan tengahari, saya bahagikan tugas untuk mereka sediakan bahan-bahan yang mereka rasakan perlu. setiap kumpulan ditugaskan untuk membuat presentation tentang berlainan topik. satu kumpulan akan present pakaian tradisional, tarian tradisional, seni persembahan, alat muzik dan seni mempertahankan diri. ada kumpulan yang buat baju melayu guna surat khabar. cantik pula tu siap dengan tanjak dan keris. guna selimut untuk buat tarian singa dan wira melayu yang menarikannya. tugas mereka: buat dalam kertas mahjong dan buat satu persembahan tentang topik tersebut. kemudian sebelum kelas berakhir, topik terakhir ialah permainan tradisional. masa yang buat mereka paling aktif. sambutan dari pelatih sangat menggalakkan. mereka semua eh tak semua sebab biasalah ada yang malas-ah-nak-layan-benda-macam-ni punya attitude. ada juga yang tidur!cis!

hari kedua pula kita mulakan dengan topik makanan memang semangat la budak-budak tu. masuk je kelas, ada pula wirawati yang bawa kek dan cempedak goreng kot dari cikgu mereka yang lain. jadi ada la juga modal nak mulakan kelas. hahaha. tugas mereka hari ni, saya suruh mereka masak. dalam kertas mahjong. hahahaha boleh? mestila pelatih plkn hebat kot *termasuk yang dari first batch. ehem!*. malam semalamnya saya dah sediakan menu masakan untuk mereka masak. nasib baik berulang dari bp-kluang, bolehlah cari material yang lain sikit untuk mereka. tugasnya mereka cuma perlu lukis semula bahan-bahan mentah dari resipi yang saya dah sediakan. senang je. selain tu, mereka kena buat rancangan masakan mereka dan terangkan tentang masakan mereka tu. dan, saya tak sangka mereka rajin siap warnakan lagi bahan mentah yang mereka lukis tu. saya dapat idea nak suruh mereka lukis sebab ada seorang wira ni masa semalam dia macam tak participate sangat dan saya dapat tau yang dia suka melukis, jadi memang tepat sekali saya suruh buat tugas tu sebab memang nampak kesungguhan dia. tak de la dia tidur lagi dalam kelas. hahaha. misi berjaya. sesi petang pula buat lakonan lagi. kali ni lagi best sebab topik adat resam. satu kumpulan buat adat resam perkahwinan, kelahiran, kematian dan berkhatan. lawak sangat lakonan adat resam kelahiran kaum india. dan susunan persembahan, perkahwinan, kelahiran, berkhatan dan kematian. macam ikut susunan juga la walaupun tak sengaja terassign mereka buat macam tu. dan untuk lakonan ni, saya tak sangka wira cina yang senyap je duduk tepi je tapi bila dapat peranan jadi 'mangsa' sunat, siap menjerit-jerit lagi. seronok tengok.

hari rabu pula pagi tu buat kesimpulan dan rumusan tentang topik-topik semalam dan buat dalam kertas mahjong sikit kot, tak ingat sangat. kemudian buat upacara rumah terbuka perayaan kaum yang mereka sendiri pilih. ada kumpulan yang dengan kreatif, buat lagu raya baru. sebenarnya tukar lirik je dari lagu raya kumpulan senario. tapi, still, dalam masa yang saya beri untuk mereka buat persiapan, mereka lakukan dengan baik sekali. dan bila diajak menyanyi bersama, semua pun nyanyi. ooo, suka nyanyi rupanya. pagi tu sebelum mulakan kelas, saya ugut mereka dengan satu janji dan satu syarat. saya cakap kalau pelatih semua beri kerjasama paling baik hari ini, tak da yang buat kerja lain, tak da yang tidur, semua terlibat dalam kerja kumpulan, saya janji petang ni, dua jam awak akan diberi peluang untuk main lagi. sambung topik permainan tradisional semalam. tu yang bila buat hari terbuka, semua bersungguh. hehe. tapi bila kami jurulatih berbincang masa tea break, kami akan tukar-tukar kelas untuk 10minit pertama selepas rehat panjang. dan kami perlu bawakan watak cikgu garang. saya masuk kelas kumpulan 1. tegas gila kot. masuk-masuk beritahu nama sikit saya akan ambil alih kelas sampai jumaat la apa la auta sikit, lepas tu terus mula topik kematian. sebab kelas tu belum cover lagi. kelas saya mengelat sikit sebab cikgu tersalah tengok jadual. minta pendapat dari pelatih yang pernah ada pengalaman menyaksikan adat kematian. sekali wirawati tu pengalaman dia masa kematian ayah dia. alamak masa tu rasa bersalah gila babs punya takut dia nangis tak boleh handle la apa la. tapi ok. lepastu panggil wira kaum cina dia tak bagi respon langsung. dia cakap saya tak tau cikgu. saya cakap baca buku dan beritahu kami. dia jawab lagi saya tak tau cikgu. masa ni da rasa cepatlah 10 minit nak balik kelas tercinta k3. bukan tu je, bila saya ugut nak tolak markah kompeni sebab pelatih cina tadi tak bagi kerjasama, ada yang menjawab potonglah cikgu. pehhhhhhhhhh!!!!!!!!! masa tu teringat kat kelas sendiri. walaupun ada yang buat kerja sendiri tidur dan lain-lain, tapi saya tak pernah dapat layanan macam tu. semua bagi respon, tak de yang buat muka, tak da yang kurang ajar. masa tu rasa bersyukur sangat dapat kelas k3.

bila cikgu yang ganti kelas saya tu datang ke k1 dan beritahu tugas dia dah selesai dan kami gelak-gelak sikit sebab dia cerita apa yang dia buat, saya dah tak tahan gelak da nak menuju ke kelas sendiri. tapi sebelum tu saya kena lalu kelas sendiri untuk ke k4 untuk panggil cikgu lain pula. masa tu, tengok dari anak mata, kelas sendiri senyap aja. ada juga pelatih yang jenguk-jenguk dan tengok-tengok saya. tapi masa tu kena kekalkan emosi garang tu. tapi bila masuk je kelas tu dan letak barang di meja, meraka semua nyanyi lagu maafkan kami. cerita pendekar bujang lapuk tu. masa tu memang da senyum juga sikit-sikit tapi harap-harap mereka tak perasan. hahahahaha. masuk kelas, mereka semua duduk tersusun dalam kumpulan, membentuk bulatan. sebelum ni, kami amalkan relaks je asalkan mereka dalam kumpulan dan selesa. sebab dah lah panas, nak tegas sangat tentang kedudukan macam tak best pula. saya beri mereka kebebasan nak duduk macam mana, nak meniarap ke apa ke janji jangan sampai tetidur. kelas pun bersih je. senyap je. lepas je nyanyi, saya tanya kenapa pula awak nak minta maaf ni. apa salah yang awak buat ni. mereka jawab sebab tidur, ada yang buat kerja lain apa semua. lepas tu siap ada yang tanya cikgu marah eh?cikgu merajuk ke?cikgu nangis?cikgu sakit ke?kalau cikgu tak sihat, cikgu pergilah medic. choiiiii korang ni buat saya tersentuh sangat. saya tak sangka respons kamu semua begitu. terharu sangat-sangat. rasa bersalah sebab buat kamu macam tu tapi terpaksa main peranan sampai jumaat sebagai langkah berjaga-jaga. kalau kamu buat perangai yang saya tak berkenan, saya ugut je cikgu garang tu akan ambil alih nanti. hahahahaha ;p

hari khamis dah macam mati kutu tak tahu nak buat aktiviti apa yang boleh tarik perhatian pelatih supaya mereka tak bosan. hari khamis dah mula modul baru peranan lelaki dan perempuan. kalau ikut dalam silibus, aktiviti macam blurghhhh memang tidur la budak-budak tu tambah pula da masuk hari keempat. jadi pagi tu saya bagi tugas mereka untuk lukis diri mereka sendiri dan diri mereka dalam jantina yang berlainan. kalau yang jantina bertentangan tu, saya suruh mereka lukis apa yang mereka rasa mereka akan jadi sekiranya mereka ialah berlainan jantina kemudian saya terangkan la yang sebenarnya mereka boleh jadi apa saja yang mereka ingin walaupun yang mereka nak jadi tu lebih sesuai untuk kaum perempuan. lebih kurang la. apa yang kita suruh mereka buat kena ada rasional dan kena terangkan. lepas tea break buat debat sifat dan sikap jantina masing-masing. dalam modul ni mereka dibahagikan kumpulan ikut jantina. dan, dalam debat ni kena buat dalam berpantun. isi yang mereka nak utarakan kena dalam pantun tapi kalau nak bidas, boleh berpantun atau tak. masa ni pun kelakar sebab dengar macam-macam gaya dan ayat pantun. kelas ni memang selalu buat saya tergelak, tak rasa stres pun ajar. bila minta pendapat, mereka beri. bila saya macam blur, mereka pun tolong. petang tu pula, buat aktiviti nyanyian. wira lawan wirawati. nyanyi lagu yang ada kaitan dengan jantina. masa ni pun seronok. kesimpulannya memang seronoklah dengan mereka ni.

hasil kreatif dengan kertas mahjong dan sesi nyanyian last day

gila panjang post ni. ambik kau dah lama tak cerita, sekali keluar post baru berjela. tak pa, ni da last day punya cerita. pagi tu rasa berdebar. rasa sayangnya dah hari jumaat. rasa sekejapnya dengan mereka yang best ni. pagi tu saya cerita hal hari jumaat tu, minta maaf dan bagi ucapan sikit. lepas tu mereka buat laporan penilaian untuk pihak starza tentang keberkesanan modul-modul dan tentang jurulatih. masa tu baru tahu ada juga yang masih tak tahu nama saya dan eja pun salah. padahal first day lagi da warning da jangan salah nama saya. ada yang tulis arena syaira, arina syahira, arina syahirina. pulak dah. padahal hari-hari saya pakai name tag. kamu ni. hari jumaat tu lepas tea break saya buat rumusan besar tentang apa yang dah belajar 5 hari dan buat sikit debat tentang kelebihan lelaki berbanding wanita tapi wira mengalah la pula dengan wirawati. tak berapa nak menjadi pula debat hari ni. mungkin sebab kepala mereka pergi medic kot. kemudian dah habis debat ada masa lagi, mereka request nak main pisang goreng. so boleh la. janji topik semua dah habis cover dan rumusan pun dah buat. macam-macam perkataan keluar. spontan dan lawak. sampai cikgu pun terkena sekali ye tuan-tuan dan puan-puan.wirawati:  "sekarang apa, sekarang apa, sekarang apa sekarang?" nyanyi tau ni baru ada feel. siapa tak tahu macam mana main pisang goreng, sila daftar masuk plkn. jadi student saya. cewah. lepas tu wira jawab: "sekarang rehat, sekarang rehat, sekarang rehat sekarang, rehat apa, rehat apa, rehat apa sekarang?" wirawati: "rehat sekarang, rehat sekarang, rehat sekarang, sekarang, sekarang apa, sekarang apa, sekarang apa sekarang?" dan mereka nyanyi macam tu sampai saya tengok jam dan cakap ok masuk balik pukul 3. kurang hasam punya pelatih. petang tu pula, kami main lagi game tadi dan nyanyian dengan iringan gitar, bergambar dan  mereka buat sorakan saja. kemas-kemas kelas, dan balik. tapi sebelum tu, kena lagi, 'tepuk tepuk rehat pula'.

laporan kesalahan 'hari rabu' dan feedback pelatih terhadap cikgu

korang, korang. saya harap saya tak lupakan korang semua dan tak tahu akan dapat peluang macam ni lagi tak dengan pelatih yang sebest kamu semua. saya doakan kamu berjaya dan jangan lupakan mak bapak bila dah berjaya. terima kasih semua. ;) saya akan ingat kamu terutama yang banyak bercakap dalam kumpulan 3 dan 3 dan 5 khususnya, saya akan ingat, insyaAllah yang rupanya jiran saya di jb, yang tulis terbalik, yang pandai melukis, yang rajin menulis, yang boleh main gitar, yang tolong saya 5 minit lepas pelatih semua keluar.

No comments: