Monday, May 30, 2011

mini seminar sains metafizik dr.azizan osman

dah lama tak tepek gambar dalam blog ni...jadi ambillah ni satu dua...hehe

tiket

panjang kan tajuk seminar ni...kalau nak tahu,,,ni seminar yang dibuat oleh team mate dr.azizan osman...yang kalau bergambar tu akan pose camni

kenal dah?

hari jumaat lepas,,,lepas je habis interview,,,saya terus berdesup balik sebab ada seminar ni pukul 8 malam...rasa macam tak sempat je nak datang on time sebab plan nak makan malam dulu...perut sejak dari masuk fakulti kejuruteraan mekanikal dan pembuatan uthm dah berkeroncong dah...lapar gila...nak kena ambil sepupu lagi sebab pergi berdua dengan dia...sampai di hotel lambat 5 minit kot...daftar dan cari tempat duduk,,,gedebak gedebuk acara mula dekat pukul 9 juga la...lambat kan...biasalah melayu...huhu...

mula-mula dia ajar macam mana nak cari nombor utama/teras untuk diri sendiri melalui perkiraan tarikh lahir...sebelum tu staf ibunda yang dah pergi seminar ni dah tolong kirakan nombor teras saya tapi bila saya kira sendiri dapat nombor lain pula...da siap dengar dan catit semua rahsia di sebalik nombor,,,bila cek jalan kira dengan staf ibunda tu *dia ada datang juga* rupanya jalan kerja saya salah...hahaha...patutla macam tak kena je dengan huraian yang diberi...

selain dari mencari nombor teras,,,kami juga diberi elemen diri yang bersangkutan dengan nombor teras tadi...maknanya kalau misalnya saya bernombor teras satu,,,maka elemen saya adalah besi...contoh ye...bukan yang sebenar...nombor teras tu ada 1-9 manakala elemen ada sampai 5 dan terbahagi kepada dua kategori...kemudian dia beri pula rahsia nombor kejayaan yang ada dalam jalan kira untuk mencari nombor teras tadi...setiap set nombor kejayaan pun ada makna yang tersembunyi...dan setiap orang ada nombor kejayaan,,,yang penting kita tahu potensi diri menerusi nombor itu dan asah diri ke jalan yang lebih baik untuk kita berjaya...

saya pasti mesti ada yang akan kata 'benda tahyul macam ni yang kau percaya?' haha ayat orang busuk hati la tu...fikir la secara positif...setiap apa yang berlaku dan setiap kejadian,,,Allah yang tahu apa di sebaliknya...kita diberi akal dan fikiran untuk memilih yang terbaik dan yang tidak terpesong dengan ajaran Allah...kalau rahsia ini boleh membantu kita berjaya,,,apa salahnya...lagipun kajian dah pun dibuat oleh yang pakar...yang penting dalam berusaha tu kita minta juga bantuan dari Allah,,,berdoa kepada Dia...kalau tak berdoa kat depan kaabah pun,,,kalau hati kita bersih dan ikhlas dengan niat yang baik serta bersungguh,,,insyaAllah Dia makbulkan...kan Dia juga yang suruh kita berusaha kan...doa beserta tawakal setelah berusaha...insyaAllah kejayaan untuk kita... ;))

cemburu saya dengan nombor teras en.s sebab nombor dia elok sangat...lebih elok dari saya tapi mestilah saya takkan dengki dengan kejayaan dia nanti,,,insyaAllah...en.s,,,jom sama-sama usaha dan selongkar kekuatan kejayaan masing-masing ya!nanti saya terangkan kat kamu masa kita honeymoon...hahahahaha

eh,,,lagi 5 hari je ni akan bergelar isteri orang tuk selamanya...tak tentu arah dibuatnya,,,macam-macam yang difikirnya...Ya Allah,,,biarkanlah fikiran yang positif je dalam minda aku....jauhkanlah unsur negatif baik dari segi fikiran mahupun orang...aminnnnnnn

lesen kereta dah mati!!

3 comments:

miss shera said...

kau tak ajak aku pun g sini.hwaaaaaaaaaaaaaaaaaa

arina_aris said...

la ko berminat ke?ni pun ibu aku y sponsor n kames br dpt tkt...huhu sorry nx time aku ajak k...nnt aku cekkn ko pnye elemen n all

miss shera said...

yesza.. ;)