cerita yang ada dah basi da simpan dalam hati...masa baru-baru kejadian itu berlalu,,,dalam hati sungguh excited nak menulis,,,maklumlah ekspedisi baru...tapi bila keadaan dah tenang (tak penat) sikit lepas ekspedisi yang tersebut,,,timbul pula suatu kejadian yang buatkan hidup tak keruan...
kali terakhir menulis adalah sebelum tahun baru cina,,,awal bulan februari tu...sekarang sudah menghampiri bulan mac baru ada rasa nak menulis serba sikit...tapi kita tengok je la sejauh mana tangan ni boleh bertahan sebab dalam otak ada aktiviti yang perlu dibuat segera atau aktiviti itu akn tertangguh dan kesannya akan semakin ketara...maka mari mulakan
pada hari jumaat 4feb lalu,,,saya telah bergerak ke kl dengan bus untuk berjumpa rakan universiti sebelum meneruskan perjalanan ke tempat yang nun jauh di sana bagi saya la...sebabnya,,,kali terakhir naik kapal terbang dan kali sebelum terakhir pergi masa zaman naik bus gerak malam tetiba da sampai ke tempat tujuan...
destinasi : kuala terengganutujuan : menghadiri majlis perkahwinan
perjalana masyaAllah jauh...dah la masing-masing kali pertama pergi sendiri...maksudnya tiada yang tahu jalan paling mudah paling cepat untuk ke sana...walaupun masa perjalanan hanya 6 jam,,,separuh daripada masa perjalanan ke perlis,,,tetapi rasa lebih jauh dari ke perlis dari batu pahat...sila bayangkan...kalau tak boleh,,,sila lalui perjalanan ini dan rasakan sendiri...sesampai di kuala terengganu,,,tunggu kawan-kawan yang lain untuk ke setiu dan bermalam di sana...kemudian keesokkannya pergi ke majlis perkahwinan pertama,,, kawan punya kawan yang kawen,,,saya tak kenal pun,,,makan free,,,sedap...lepas tu terus ke kelantan,,,dengan jalan jemmnya,,,dengan jauhnya lagi...huwaaaaa...malam tu makan malam di food village kot tempat steamboat rm15 makan sampai kenyang tu...then ke wakaf che yeh memang rambang mata tengok batik-batik...nasib baik duit limited,,,tak de la terasa ralat sangat...kat sana cuma belikan ibunda toto,,,selimut dan baju kelawar buat hadiah hari jadi...maaf la ibunda,,,anak tak dapat nak beri hadiah grand sebab maklumlah tak keroja lagi...malam tu tidur kat area pantai cahaya bulan sebab konon nak ambil feel bercuti duduk tepi pantai...esok pagi-pagi da gerak ke terengganu semula sebab nak hadiri majlis kahwin tapi kecewa sikit sebab tak dapat jumpa pengantin perempuan...diorang datang lambat...huhu...dalam pukul 4 terus bergerak pulang ke pangkal jalan tapi sebelum tu singgah rumah incognito dulu...
sampai rumah batu pahat pukul 2 pagi kot alhamdulillah tak jem dan tak banjir...siangnya dalam petang-petang sikit gerak ke ipoh pula sebab teman en.s balik sana sebab dia penat kan dari perak ke kelantan ke batu pahat lagi...jadi saya temanla dia...tidur kat hotel bajet ape tah nama die dekat-dekat dengan rumah en.s...en.s pun tidur sekali...tapi kat rumah dia la kan... ;p balik ke batu pahat esoknya pukul 2.30petang...sampai ke batu pahat pukul 8 lebih...
dalam perjalanan ke batu pahat tu,,,dapat sms dari ibu
assalamualaikum,,,where are u?mak warded kat putra demam
so malam tu saya dan ibunda tak ke hospital sebab masing-masing tak larat...saya baru balik dari perjalanan yang jauh kan dari bp ke terengganu ke kelantan ke terengganu ke bp ke perak ke bp...hahaha exaggerate la sikit...anyhow,,,esoknya ke hospital only to found out mak ada peparu berair...mak masuk hospital 8feb dan keluar 16feb...sepanjang tu ada berita duka...hari kedua mak di hospital dan selepas melakukan xray kedua,,,doktor mendapati ada ketumbuhan kecil jadi hari jumaat mak dijadualkan akan menjalani endoscopy test untuk doktor ambil cebisan tisu untuk dibuat ujikaji...maka keputusannya negatif daripada kanser peparu tetapi doktor macam kurang yakin bahawa itu bukansel kanser sebab dia cakap da banyak kali dia buat dan 90% keadaan macam tisu yang diambil dari maka adalah kanser...tapi keluarga kami enggan membuat ujian kali kedua kerana tak sanggup mak jalani lagi ujian yang menyakitkan untuk dia...lepas mak buat endoscopy tu,,,saya memang dah tak bolah tahan tengok keadaan mak...sejak doktor keluar dari endoscopy room lagi,,,air mata dah meleleh padahal apa yang doktor cakap dengan pakcik saya tak dengar...ditambah lagi tengok muka mak berkerut tahan sakit dan terbatuk-batuk...dan sepanjang mak berada di hospital,,,ramai yang menziarah mak...bilik wad mak tak pernah sunyi...sepupu,,,makcik dan pakcik semua berkampung di wad mak sampai doktor cakap kami mangsa banjir sebab siap bertoto tidur atas lantai semua...penuh...dan keadaan saya sejurus mendapat berita tentang penyakit mak,,,saya menjadi sangat sensitif...sikit-sikit nangis...takut pada segala kemungkinan...saya tau saya perlu redha tapi saya tau saya belum bersedia...dan saya mengharapkan doa dari kalian untuk kesihatan mak bertambah pulih dan dipanjangkan umurnya...amin...kepada yang mendoakan dengan ikhlas dan berulang kali,,,terima kasih...Allah saja yang akan membalasnya...sekarang,,,keadaan mak semakin pulih...tetapi dia masih perlu menggunakan bantuan oksigen tapi semakin pulih...doakan secara berterusan ye...terima kasih...
tadi ingat nak upload gambar sekali tapi macam lambat dan saya nak ke rumah mak dan kalau sempat nak basuh kereta dulu...kereta da macam apa da tak terurus,,,kotor gila...jadi inilah aktiviti yang cakap kat atas tadi... ;p
No comments:
Post a Comment