Tuesday, November 30, 2010

si kuning dalam kenangan

assalamualaikum...
arini baru habis penat la kot sebab baru ada rasa hati nak menaip blog ni...padahal ada benda lain lagi yang perlu ditaip sebab esok ialah hari presentation projek...malas betul nak bergerak ke serdang tu...da la kene present pukul 11am,,,jadi kena gerak lepas subuh??uhhh...

ari sabtu aritu ada majlis bertandang di rumah mak untuk meraikan sepupu saya...meriah mak aiiii...malam sebelum majlis ada joget lambak...seronok sebab da lama tak macam ni...masa weding sepupu yang kat kl bulan 5 dulu,,,ada juga live traditional band tapi tak dapat joget sebab majlis buat kat dewan...tapi masih meriah juga...ooo i so love weddings!tarik 27nov banyak events dalam family...ada birthday,,,ada wedding anniversaries and engagement anniversary... ;)

tema:purple

pagi majlis tu ada berita tak baik sikit...beca atok a.k.a si kuning berlanggar motokar *baca gaya dalam cerita seniman bujang lapok*...malam tu ada anak jiran curi beca atok nak bawa kawan-kawan dia ke dataran batu pahat...tak sampai jambatan da eksiden...memang tulah atok la tu...bertahun atok guna si kuning tu tak pernah berlanggar...tup-tup bila ada yang curi terus kena macam tu...dari empat orang,,,dua orang tu masuk i.c.u! teruk tak teruk la kan...masa atok cerita pagi tu,,,sedih je muka dia...ye la tu la mata pencarian dia nak besarkan anak-anak dan si kuning tu jugalah props terbaik berposing masa pagi raya tiap tahun...

ni gambar sehari sebelum majlis,,,atok repair ape tah kat si kuning...tak sangka itulah kali terakhir mereka bersama ;(

ni gambar petang lepas majlis lepas semua tetamu da balik...ni gambar selepas atok repair...hahaha

No comments: