Saturday, September 18, 2010

post moterm aidilfitri 2010

assalamualaikum...
selamat menyambut raya ke sembilan...semakin ramai yang da mula update blog tentang kehidupan beraya seminggu yang lalu...semuanya meriah-meriah belaka nampaknya...alhamdulillah... *padahal baca blog cousins saja*

raya tahun ni meriah tetapi ada sedikit kekurangan...kempunan ketupat palas tidak lagi menjadi isu pada tahun ini sementelah mak cik di kampung ayahanda sudah awal lagi memberitahu bahawa tahun ni ira tak akan kempunan ketupat palas menerusi facebook...ya terima kasih mak cik kerana hasrat menjadi kenyataan...begitu banyak sekali ketupat palas yang tersedia di dapur...

seperti biasa,,,giliran beraya setiap tahun adalah sama iaitu ke rumah mak *nenek sebelah ibunda* kemudian ke kampung yang sejengkal je jaraknya...pagi raya tahun ni agak berbeza sebab ada dua keluarga yang tidur di rumah ni...jadi pagi raya agak ramai la kan...kalau tak bertiga je...tahun ni ibunda tak tempah lauk pauk ketupat semua dekat caterer biasa sebab mereka akak tu kurang sihat...bila sampai rumah mak,,,agenda pertama ialah makan...tapi cari punya cari benda ni tak jumpa...mak,,,kenapa tak buat sambal kacang mak tersedap dalam dunia tahun ni?tak keruan hari raya anak tak dapat makan sambal kacang mak...rasa makanan yang lain seperti air masak yang keluar peti ais terbiar saja tak de orang nak minum sampai air tu jadi suam... ;(

lepas tu upacara tradisi salam salam maaf maaf nangis nangis...saya tidak lagi kental menahan air mata seperti dahulu...salam dengan atuk orang pertama saja sudah menangis beria-ia...apa tah lagi dengan dengan mak,,,papa,,,mama,,,ami,,,ayahanda...tapi da kurang beria lepas salam ibunda kecuali ada mak cik atau pak cik yang beri ucapan syahdu syahdan contohnya jaga ayah sementara dia masih ada,,,kawen cepat,,,mahupun ucapan cepat jodoh tetapi terlupa nama pasangan saya...kemudian salam pula dengan sepupu sepupu...tahun ni salam dengan puan b dan kak n pun nangis beria juga terutama sekali ucapan puan b tu oh terharu...duit raya masih boleh diperolehi walaupun bilangan semakin berkurangan...harapan:walaupun kuantiti berkurang,,,diharap kualiti semakin bertambah...haha...lagi pun,,,tak kerja dan tak kahwin lagi...hahaha selalu jadikan point tu sebagai alasan dapat duit raya... ;p


terimalah gamba syahdu ni sebab ami terlupa nama en.s ;)

pagi raya tu hujan lebatnya la hai tapi disebabkan 1 syawal ialah hari jumaat,,,maka kaum lelaki ke masjid sembahyang jumaat,,,kaum perempuan terutama gadis-gadis dan uhuk-uhuk seorang isteri orang berposing gaya antm kat si kuning beca atuk dan gaya wondergirls wannabe menggunakan buluh pelita sebagai props...dan ada satu gambar tu cantik sangat!gambar boleh tengok kat facebook saya...yang ada adegan kejar budak-budak naik basikal ;)

lepas tu ke kampung di parit sulong pula...selalunya akan terus ke rumah saudara mara atau ke kubur arwah atuk ayah,,,atuk mak,,,mak cik dan baby cousin...tapi sebab tahun ni hujan lebat dan hari jumaat,,,maka sempat berjumpa keluarga yang lain di rumah dahulu dan bermaafan di sana...tradisi bermaaf kat kampung tak jelas sangat sebab selalu kami bertiga bermaaf masa beraya kat rumah orang...jadi tak berair mata sangat la kan...lepas ke kubur dapat ke sebuah rumah saja sebab da lewat petang...malam pula tengok adik sepupu main bunga api dan mercun...

terpegun dengan kebolehan kamera yang baru tau boleh wat camni

esoknya,,,rutin tahunan ialah beraya ke rumah jiran terdekat tetapi tahun ni mak cik-mak cik masak dahulu jadi lepas zohor baru bergerak beraya...tu pun sebuah rumah juga sebab cuaca terlalu panas masing-masing malas nak bersiap cantik-cantik pergi beraya banyak-banyak...aktiviti wajib raya kedua kat kampung juga ialah bergambar kat anjung...selalunya raya kedua akan ada tema warna keluarga...tahun ni tak tetap sebab sepatutnya raya ketiga semua pakai pink sebab ada rombongan meminang akan datang untuk kakak sepupu tapi ditunda last minute...tapi yang lain pakai juga pink ari kedua tu...nasib baik bajuku dan ibunda ada la juga pink-pink sikit...uish macam da panjang je ni...

kalau sanggup nak baca lagi,,,sila teruskan...

raya ketiga kebanyakan keluarga sebelah ibunda mengikuti rombongan meminang...kami bertolak ke bandar putra mahkota dalam pukul 10 ke 11 macam tu dengan 11 buah kereta...meriah ke tak la kan...tema : pink...harapan : janganla ada lagi keluarga yang nak kahwin tahun ni guna tema pink lagi...mereka yang bertunang dijangka berkahwin bulan disember nanti...upacara meminang agak meriah dan tak formal sangat sebab gelak-gelak dan bersorak...sebabnya ada berbalas pantun...pantun tu pula da disediakan skripnya...lagipun yang belah perempuan tu ialah sepupu sebelah mak sepupuku yang lelaki...hoh...jadi macam gelak-gelak je la...tradisionally informal tapi modernly ada pelamin *sebarang je ayat*...makan sedap...


kemudian ke rumah adik mak dekat paroi...masa dalam perjalanan tu hujan lebat tapi bila sampai je rumah atuk,,,hujan da mula reda...tapi baju saya basah lencun sebab cepat sangat keluar kereta dan guna payung bawa mak masuk rumah...kalau tunggu lagi sekejap,,,tak la sebasah tu...tapi nasib baik sebab cepat kering...

esoknya berehat seharian kat rumah...ari selasa pergi ke rumah terbuka kawan dan beraya la juga...tiga buah rumah je dapat pergi...hari rabu ialah hari sepatutnya bff beraya ke rumah masing-masing tapi yang ada empat orang je...saya,,,bff a,,,bff n,,,bff w...bff na n bff e tak dapat ikut sebab nak berkemas balik ke kuching dan beraya ke ipoh rumah nenek...tak pe la...yang penting meriah bergambar...haha...

hari rabu malam en. s sampai rumah...2 minggu tak jumpa wohh...tadi dia baru balik ke kajang sebab malam ni akan bertolak ke alor star sebab ahad ada meeting ape tah...bila tah nak jumpa lagi...punyalah sedap dia bedal chocolate crunchy buatanku...macam sedap je dia bedal tapi tak nak ngaku...cet...jumaat bayar hutang kat dia masakkan nasi goreng...




cerita da tamat da...haha...selamat hari raya ;)

2 comments:

Aishah Shahuddin said...

amboi2 cam sedap je nasi goreng itew..bolela try :)

arina_aris said...

hahaha ibu kate masin tp sebab sosej tu kot...hehe tp x rase ns grg cino sgt la kak net...kne improve lg..tp ntah bila...hahaha