Saturday, September 4, 2010

hari kereta tak bertuah

semalam saya bertolak dari rumah lebih kurang 12.30 tengah hari...da baca amalan memandu banyak kali sebelum dan semasa memandu...bergerak awal sebab nak kena singgah putrajaya rumah sepupu hantar barang...jadi takut jem masa nak ke serdang petang tu jadi buat keputusan gerak awal...dan memang sesat pun kat putrajaya tu padahal da tiga kali ke rumah yang sama tapi tiap kali pun lalu jalan yang lain...pening den...

jadi semasa dekat area senawang yang jalan bosan kalau malam-malam area situ gelap gelita panjang dan bosan...jadi dalam 800meter ke hentian senawang arah utara ada la serpihan-serpihan tayar melethop bersepah-sepah kat jalan nuh...pastu dalam 100meter kemudian nampak la pula bus tu kat tepi tu...macam insiden tu baru juga la berlaku sebab penumpang pun ada lagi dalam bus tu dan kereta pun da mula perlahan sebok kepoh nak tengok apa yang berlaku...tak payah la nak slow len kali...tengok dari ekor mata je lain kali...kalau tak pun tengok sekali imbas je...

nak dijadikan cerita,,,kereta besar yang dihadapan brek jadi secara spontannya saya pun brek la jugak kan...tapi jarak kenderaan antara kereta saya dan dia memang selamat...tapi yang tak selamatnya jarak kereta belakang dengan keretaku...alamatnya bammmm!!terkejut sey pastu terus dalam kepala ni automatik ingat kereta akan berpusing sebab kat highway kan selalu kalau accident camtu dan yang cam teruk tu...sekali eh alhamdulillah tak de pape...kereta yang langgar tu pun terus masuk lane tengah lepas berlaku pelanggaran kenyal dan dia lintas kereta dan wave saja...wave yang cam eh,,sorry sorry...macam tu je???oi mane budi bahasa ah??

jadi cik arina pun pecut ke belakang kereta dia dan beri la high beam yang macam tak hengat kau jangan ingat kau boleh lari aku da nak ambil gambar plet kereta kau jangan ingat boleh lepas...nasib baik dia menurut kata dan kami berhenti kat hentian senawang...nak masuk je kat hentian tu tangan lutut semua dah mula ketar-ketar...masa kena bammm tu tak pulak rasa berdebar ke hape ke...call ibunda dulu sebelum keluar tengok kereta dan berdiskusi ke hape dengan mereka...

rupanya diorang tu ialah student nak balik raya alololo teringat zaman dulu balik raya dari tengah hari sampai ke sahur baru sampai rumah...berlima semua lelaki...masa tu tak ingat ape dah sebab kan kawasan ramai orang...walaupun semua lelaki dan saya je perempuan...tapi bila cerita ngan en.i,,,dia cakap beraninya awak nak keluar macam tu...abes tu nak buat macam mana ek...saya tak de adik beradik yang boleh nak calling-calling datang segera...tak kan nak call ibunda dari batu pahat tu...jam berapa pula nak sampai jadi kena la kuatkan semangat dan berharap syaitan memang kena ikat bulan ramadhan ni...kesimpulannya,,,semua ok saja sebab mungkin inersia kami sama *ewah ni ayat masa penceritaan ngan en.i...gaya engineer*


ada kesan penyek sikit

| teringat time accident kat kg wai,,,perlis dulu...dua kali...sekali langgar motor sekali lagi dilanggar sebenarnya tapi orang tu tuding jari kat saya sebab tak tengok belakang masa nak reverse...kenapa dia tak tengok depan dan hon?bangang |

No comments: