Thursday, July 22, 2010

banci penduduk dan perumahan 2010

semalam ada orang datang rumah buat banci penduduk...ingatkan tak ada yang nak datang...dia cakap ahad aritu dia datang tapi tak berjawab bila dia beri salam...kat rumah ni,,,door bell da lama tak berfungsi...bila entah nak betulkan...dulu bila orang tekan door bell tu bukan yang bunyi ting tong tu tau tapi assalamualaikum dan cara dia beri salam tu pun sedap and boleh ingat sampai sekarang...satu lagi memang kuat bunyi sebab orang yang tekan pun boleh dengar...jadi kekadang budak-budak buat main je door bell tu...nanti jadi ass ass assa assalaaa assalamualaikum...haha cam lawak bila dapat dengar yang real tapi bila taip macam bodo... ;p

ingatkan orang yang datang tuk buat bancian tu cam 2 3 orang pergi satu rumah tapi sorang je...yang datang rumah pun perempuan...nasib baik sebab baju kat rumah ni biasa la kalau mencolok mata...dah la tetamu akan terus ke depan pintu rumah sebab gate terbuka...huuu...memula dia akan tanya berapa isi rumah nama orang tarikh lahir ape tu semua...tapi terlupa pula tarikh lahir ayahanda...jadi si anak panggillah ibunda dia tuk selesaikan...lagipun dia akan tanya banyak lagi kan yang lain-lain...

patutnya diorang ni buat jadual bila diorang nak datang rumah supaya orang tak la tertunggu-tunggu atau pun usaha mereka jadi sia-sia...bukan semua orang ada kat rumah setiap masa...jadi bila ada jadual senang la orang nak atur...kalau ada pun tapi bibik,,,boleh ke dia nak jawab soalan-soalan yang mencabar seperti pendapatan isi rumah ;p...gila ah bibik tau gaji bos berapa kan...boleh la demand gaji diorang pulak lepas tu...dan bila jadual tu da edar kat kawasan perumahan tu,,,macam selamat lah sikit sebab memang orang banci yang akan datang...sekarang ni logik je kalau ada yang ambil kesempatan nak menipu kan...jadi berhati-hati lah...

banci penduduk dan perumahan kali ni boleh guna online...sesiapa yang tak dibanci lagi,,,boleh pergi sini...pandai-pandai la baca dan kendalikan sendiri ye...dan istimewa untuk semua yang membaca post ni...

*
*
*
*


Banci Penduduk dan Perumahan
Maklumat anda semua sangat diperlukan
Di bandar atau juga di desa
Kita jayakanlah untuk Negara
Mari kita semua bekerjasama

Maklumat banci banyak gunanya
Untuk merancang pembangunan Negara
Meneguhkan ekonomi kita
Meningkatkan taraf hidup kita semua
Banci tanggungjawab kita bersama…

Banci pengerak wawasan Negara
Terima kasih maklumat anda
Maklumat dijamin selamat rahsianya
Mari kita semua bekerjasama

Banci Penduduk dan Perumahan
Maklumat anda semua sangat diperlukan
Di Bandar atau juga di desa
Kita jayakanlah untuk Negara
Mari kita semua bekerjasama
~babai~

2 comments:

[z@ck] said...

habis semua benda dia nak tanya kan..
peti ais ada berapa kat rumah..bilik ada berapa..bla bla bla..

hahaha..

tak dapat byg perasaan pembanci macam mana

arina_aris said...

haaa aah cm kelakar je nk tny bnd cmtu...