assalamualaikum...
sedari ari rabu minggu lepas,,,saya dan keluarga dah ke kuala lumpur sebab ari jumaat pagi kami akan ke kelantan untuk majlis bertandang sepupu saya...majlis kat bachok...untuk saya ini kali yang keberapa ke kelantan dah tak ingat sebab sebelum ni pernah je pergi sana tapi dah sangat lama...kalau tak salah kali terakhir masa pasukan debat bahasa inggeris sekolah menengah ke sana...saya bukan pergi sebagai pendebat ye tapi penyokong je...satu kelas pergi sokong...memori betul la...
rombongan cik piah ke bachok ni ada empat puluh orang woooo...ramai tak ramai la kan...tu baru separuh je keluarga tok aji yang pergi tu...tujuh orang sekeluarga dari penang pergi ke kelantan naik kereta baru...yang lain pergi dengan kapal terbang...woohooo meriah la kan kat airport tu...satu keluarga naik mas,,,satu keluarga naik firefly,,,yang lain naik air asia...en. s pun ikut sekali tau...siapa yang tahu semua tanya nak pergi rumah mertua ke...tak sebenarnya...tujuannya hantar pengantin...lagi pun,,,masa hari bertandang tu,,,keluarga en.s pun dijemput juga...jadi,,,jumpa di sana sajalah...paling best sebab dapat makan durian free...abah en.s carikan...hee ;p
seronok bertandang ni da macam family holiday...makan tengah hari dan sarapan kat luar chalet kat halaman resort bawah pokok krismas...depan ada laut...angin sepoi2...gosip2...best,,,bersih...malam sesampai tu ada hajat nak buat bbq tapi bahan pulak tak ada...tak sempat nak cari sebenarnya sebab petang jumaat tu kitorang ke pasar siti khadijah...pasar tu macam biasala,,,kotor...ayam yang ada kat situ pun,,,pakcik cakap da lebam...kitorang duduk kat semua bilik2 yang ada kat gelora beach resort...9 bilik semuanya...tak ke macam perkampungan sendiri jadinya...yang penting,,,walaupun tak bawa baju lebih untuk mandi pantai,,,berendam juga la dengan baju tidur...peduli hape,,,kata perkampungan keluarga kan...pantai dan laut tu pun da macam private beach sendiri je...tapi tak sempat nk jalan mana2 pun sebab sampai je dah tengah hari,,,kaum lelaki pergi la sembahyang jumaat kan...pastu pergi pasar pastu dah...malam tu siapkan bunga pahar dan lain2...
majlis bertandang tu sangat simple...adat baru bagi kami semua...majlis bertandang bagi kami tapi majlis kenduri kesyukuran bagi mereka...dalam kad jemputan kahwin belah lelaki pun bukan "majlis walimatulurus" tapi "majlis kesyukuran"...jadinya tak ada pelamin,,,tak ada kompang...tapi tak tahu la pula kalau majlis walimatulurus kat kelantan memang tak ada kompang kan...terlupa nak tanya en.s...meja makan beradap pun sepupu cakap last minute baru ada...tapi kami bawa bunga telur satu pahar,,,wajik dan dodol satu bakul kecil dan kek sebagai adat bertandang...diorang pula balas sebakul epal dan tapai...kan majlis tak ada pelamin kan,,,tapi sebab puan sepupu tu memang tak kalah bergaya,,,jadinya awal2 lagi dia dah beli sanggul lintang untuk sesuaikan dengan kebaya songket tenun dan segala aksesori yang sesuai...tapi masa majlis,,,tak jadi pakai sebab awalnya kena makan beradab duduk kat lantai...jadi ditakuti sanggul lintang tu pula jadi hidangan sebab berat atas kepala dan ada masalah nak pakai dengan tudung...hehe...1 lagi adat ialah tetamu yang datang tu akan beri sumbangan gula/tepung...pemberian gula ni sebagai pemanis rumah tangga kalau tak salah...lepas makan sedap kat bawah,,,kami dijemput berehat2 kat dalam rumah dan bergambar sahaja la kan...temanya batik berlabuci...masing2 la bercantik2 dengan baju batik bermanik...wahhh macam pantun...
ingat tadi nak upload gambar kat facebook tapi memory card camera macam ada masalah pula...no preview available...kenapa ek?potong stim betul...kesimpulannya trip kali ni memang best...hehe
No comments:
Post a Comment