Friday, May 21, 2010

post tergendala tentang kayap ular

semalam (19mei) ialah hari terakhir ibunda ke tempat penyemburan...semburan untuk kayap ular mesti di buat tiga hari berturut2...dan memang alhamdulillah berkesan...macam mana orang dulu2 boleh tahu yang janda berkahwin bujang yang boleh mengubat kayap ular dengan sembur...macam mana mereka boleh tahu sembur dengan menggunakan kelapa,,,gula melaka dan putik nangka...macam mana mereka tahu kena buat tiga hari berturut?wallahualam...

ini ialah putik nangka ye...

untuk sesetengah pengamal perubatan kayap ular yang bertauliah,,,tengok je da boleh tahu yang tu ialah kayap ke kurap ke...hahahaha...macam tempat yang ibunda pergi ni,,,terima kasih kepada mama j dan bff a sebab baw ke tempat tersebut...mak cik tu menggunakan putik nangka...calon pertama yang jiran mak tu hanya perlu kelapa dan gula melaka sahaja...ada pelbagai cara mengubat mengikut keselesaan pengubat...mak cik ni perlu kunyah semuanya,,,kelapa,,,gula melaka dan putik nangka...jiran mak pula mengenakan syarat kelapa diparut dahulu...jadi,,,kalau kamu atau sesiapa yang terkena kayap ular dan sudah menjumpai tempat menyembur,,,lebih elok bertanya dahulu tentang prosedur mengubat...

selain tu mak cik tu ada tolong buatkan krim untuk disapu di tempat kayap tu selepas tiga kali menyembur...malam tadi ibunda suruh sapukan krim tu...krim tu dibuat daripada santan,,,sayur paku pakis dan gula melaka...yang ni dia kisar tapi tak terlalu berair sebab kalau berair nanti krim tu macam cair dan tak melekat kat tempat kayap tu...selain tu syarat lepas baik *lepas tiga kali menyembur* kena bawa asam dan garam...tu kira macam pengeras la...pengeras tu tau tak apa?bukan benda untuk mengeraskan benda lembik tau... * ;p * asam garam tu mak cik tu suapkan kat ibunda sikit pastu dia pun jamah sikit...mudah2an kayap ibunda sembuh...tu yang mak cik tu cakap...dia pun cakap "nanti da baik telefon ye...suka hati kalau baik"...hehehe...baik kan mak cik tu...malam ni pun ibunda kena sapu krim tu lagi...ibunda cakap semalam punya perit lebih sikit dari sebelum ni...dugaan nak baik agaknya...

1 comment:

AsyaaFyka said...

Salam. Hye sis. Nak tanya sikit pasal kayap ular ni. Tempat penyemburan ni kt mne ye? Mber punya mak terkena la. dah seminggu. dah merebak. Harap2 bole kongsi la ye. Thanx.