Wednesday, March 3, 2010

konsert kau dihatiku

ewahhhh arina sejak akhir2 ni cte pasal konsert je...ye r,,,konsert ni aizat ade...kan kt previous post da cakap akan pegi semua konsert aizat *macam banyak duit je nak pegi semua konsert tuh*...ni antara kategori yang mampu pegi la...n kalau ada rezeki...so jom tengok detailsnye

Adibah Noor Entertainment dengan kerjasama Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur dengan bangganya mempersembahkan Konsert “Kau Di Hatiku” yang membariskan artis-artis terkenal tanahair yang akan memperdengarkan genre masing-masing. *ni ayat copy paste dari emel*

Mereka adalah: Zainal Abidin, dengan genre afro-asianya
Atilia, penyanyi jazz Malaysia
Aizat, penyanyi dan komposer yang berbakat besar
Amy Mastura, ikon pop terkenal
dan Adibah Noor, penghibur

Tarikh: 9th & 10th April 2010 (Jumaat dan Sabtu)
Waktu: 7.30malam (pendaftaran), 8.00malam (konsert bermula)
Tempat: Manhattan Ballroom,Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre

9 April 2010 – Konsert Amal

Tempat duduk ala teater, tiada jamuan makan, tempat dudukbebas RM50 setiap satu
Snek dan minuman akan dijual oleh pihak hotel di luar dewan.


10 April 2010 – Konsert Malam Gala

Malam Gala berkonsepkan Majlis Makan Malam dengan hidangan ala barat. Setiap meja menempatkan lapan (8) penonton untuk keselesaan menjamu selera serta tontonan.

Baris ke-3: RM300 setiap tempat duduk atau RM2,000 setiap meja
Baris ke-2: RM400 setiap tempat duduk atau RM3,000 setiap meja
Baris Pertama: RM500 setiap tempat duduk atau RM4,000 setiap meja
Penajaan tahap Perak: RM5,000 setiap meja (10 meja disediakan)
Penajaan Tahap Emas: RM10,000 setiap meja(5 meja disediakan)
Penajaan Tahap Platinum: RM15,000 setiap meja (2 meja disediakan)

da macam agen pulak da ni...konsert ni ialah konsert amal jadi sebahagian daripada nilai tiket tu akan disalurkan pada artis yang memerlukan bantuan...dalam emel tu die ade mention sape yang akan terima sumbangan tu...

No comments: