Sunday, March 21, 2010

kempunan nasi lemak + ikan bakar

saya sudah pulang...bercuti kali ni memang rileks saja sebab tak ramai yang terlibat...ada keluarga saya,,,mak *nenek*,,,atok,,,dan juga en.s...sampai pun da agak lewat...perjalanan pun jauh la jugak sebab tak selalu pergi tempat tu kan...petang lepas makan2 ringan,,,saya dan en.s pegi terjun laut...air laut tenang je tak macam masa pergi desaru ahkir tahun lepas...tapi sekejap je sebab en.s da sejuk...pffttt...erm,,,bilik resort sangat memuaskan hati...ada 3 katil single dan 1 tandas...siap disediakan telekung dan sejadah lagi...tak banyak nak komen pasal penginapan pun...yang nak cerita lebih ialah masa saya dan en.s pergi makan lewat malam...


saya ni memang suke sangat la makan ikan bakar...eh,,,tapi semua yang berkaitan dengan ikan memang suka kecuali ikan bilis dan ikan kering dan ikan masin...jadi kami pergila ke medan ikan bakar yang terdekat...memule kriteria memilih kedai ialah yang siarkan konsert af tapi kat situ semua tak bukak astro ria jadi kitorang pilih yang bukak bola [kedai no 2]...tapi kedai tu tak de la pulak makanan laut yang beratur kat kaunter untuk dipilih jadi tuan kedai cakap kalau nak ikan bakar boleh pilih kedai sebelah [kedai no 1]...baik...tuan kedai pilihkan ikan siakap dan dia cadangkan untuk separuh buat masak 3 rasa,,,separuh lagi bakar...nyum3...

babak 1
me:kerang bakar tuk 2 orang makan boleh? him:kerang nanti kami orderkan kat kedai sebelah [kedai no 2]...sebabnya kedai tu ada kerang je kalau makanan laut ni...jadi tak mengapalah boleh saja...
me: nak nasi lemak juga eh him: adik duduk kat sebelah eh?kalau nasi lemak kita tak berani nak orderkan dik me: aik? *whatever,,,nanti order kat kedai sebelah*

babak 2
masa akak hantar air me: kak,,,nak nasi lemak eh akak: nasi lemak meja sini!! *jerit kat kedai no 5*

babak 3
akak kedai no 5: kitorang tak hantar nasi lemak kat kedai ni...hantar kat kedai tu tu dan tu je...dengan muka paling berlagak dia boleh buat...sambil tu kat tangan ada pegang 3 nasi lemak tuk hantar kat kedai no 1...
me: *what the f*

faham tak cerita ni?kan kalau makan ikan bakar kat melaka kan kena lawan ngan nasi lemak baru la rasa nikmat kan...ni tak de nasi lemak,,,cane?pulak tu boleh pulak dia pilih2 kedai nak hantar mana...bangang nye orang melayu ni...pastu pekerja kedai no 2 setiap kali lalu tepi kitorang,,,tanya nak nasi kosong tak siap minta maaf lagi sebab orang sana tak bagi nasi lemak sebab *ni diorang sendiri cakap* ada masalah sikit ngan kedai sana...geramnye!!!!korang gadoh pelanggan yang jadi mangsa?baik tak payah buat bisnes...yang akak kedai no 5 tu kalau kau tak nak hantar makanan kat kedai no 2,,,tak payah la sibuk2 nak lalu kedai no 2 tuk hantar makanan kat kedai no 1...pegi ikut jalan lain yang tak lalu kedai no 1,,,baru ar power puna gadoh...kalau aku jadi kau,,,aku malu nak lalu kat kedai no 2 tapi gaduh ngan kedai no 2...nak makan ikan bakar pun tak tenteram...macam ni la melayu...macam mana la nak maju...fikiran macam budak kecik...kan kalau orang beli dari kau,,,tu namanye rezeki...tak tau ke? "ooo patutla kedai no 5 tu tak ramai orang" kata en.s...bengangnye semalam dengan perangai orang melayu...malu...masa kitorang nak balik,,,tuan kedai no 2 cakap "terima kasih,,,datang lagi,,,jangan serik sebab tak dapat nasi lemak"...


atas kiri kedai no 1,,,atas kanan kedai no 2,,,bawah kiri kedai no 5 *yang pakai baju biru ialah akak tersebut*

arini pula,,,makan tengahari di tempat lain daripada yang lain sebabnya kedainye dekat bawah antara pokok kelapa sawit...masuk2 je ada banner tulis cendol boleh tambah...hehehe...suasana macam boleh selera je nak makan kat situ...tapi makanannya biasa biasa sahaja...kedudukan tempat ni kat tepi jalan raya dekat area masjid tanah...masa gerak nak pergi ke resort,,,da nampak tempat ni dan dah aim...hehe

atas ialah suasananya,,,tengah kamu boleh baca,,,bawah ialah sebahagian nasi lemak ayam kampung en.s

2 comments:

TEST said...

kedai bwah pokok kelapa sawit tu...aku selalu nmpak...kalo gi melaka r...best x arina??

arina_aris said...

aah mmg g mlaka pun...kt area masjid tanah...nk g matriks blh lalu kot...makanan biasa2 je tp boleh la...