assalamualaikum
sekejap je dah masuk bulan Rejab. ada dua hari lagi untuk saya puasa qada' tahun lepas. tapi memandangkan keadaan sekarang ni yang tak boleh berlapar, saya jadi runsing. kalau setakat dua hari, insyaAllah boleh bayar cupak nasi tapi seeloknya bayar lah kan. sekarang kalau lapar, rasa mual dan mabuk yang macam berpusing-pusing macam darah dan oksigen tak ada. macam mana lah agaknya masa bulan Ramadan nanti. harap-harap anak bertuah ni boleh ikut ibunda dia berpuasa. kalau tak jenuh la nak bayar sebulan.
kelmarin (ahad) pergi berurut dengan akak angkat ibunda. geli woiiiiii sebab saya ni memang orang yang penggeli. masa mak s pegang dekat dengan pinggang, dah tak senang duduk. senang cakap, dia pegang je badan ni dah rasa macam cacing kepanasan. pula tu ada urat saya yang berbelit-belit, ada angin segala bagai. tapi tak boleh kena sentuh. cane tu? tahan memang la tahan tapi effort yang paling bagus pun saya still mengerekot lagi. mak s siap cakap ei macam mana ni nak urut lepas bersalin nanti ni? huuuu risau! en.s kata mind set saya je yang rasa geli-geli tu. ayahanda dan ibunda pun memang penggeli orangnya. mesti la turun kat saya gak kan. ada tak alternatif lain selain urut? sebelum kahwin buat spa pun sama je geli. ;(
Tuesday, May 22, 2012
Monday, May 14, 2012
fourteen zero five
hey, lupa nak wish happy birthday to soon,very soon mummy to be, puan neglected satellite.
dia ni lah yang kahwin masa birthday saya tahun lepas. lagi berapa minggu je dah nak meletup da keluar baby perut die tu. sekarang ni la masa nak tengok dia paling gemuk dalam sejarah. kalau tak keding je. haha. dia lah bff yang first kahwin dan yang first mengandung dan yang first dapat baby. nanti nak biar anak dia panggil saya ape ek? hehe. excited oi! to n**, happy birthday semoga selamat bersalin. murah rezeki kau dan baby. selamat dunia akhirat. love u. take care
happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to mummy to be

Labels:
lilin dan kek
pengalaman mengandung anak sulung
assalamualaikum
lama sangat tunggu mood datang untuk menulis. sejak pregnant memang rasa malas sangat nak buat hal yang tak berapa nak wajib,contohnya tulis blog. yang rajin or lebih tepat kena rajinkan diri ialah siapkan pakaian suami ke kerja. rutin harian dekat rumah cuma basuh, sidai, lipat, gosok baju. sapu sampah. kemudian sudah. hari isnin gosok baju untuk seminggu. selasa sapu rumah & lipat baju kalau rajin. rabu kemas dapur sikit dan sental bilik air. khamis basuh baju. jumaat lipat baju. tengahari kalau rajin, masak sikit. satu jenis lauk je. sementara nak tungu nasi siap tanak, lauk pun siap. terus makan panas-panas. masuk pukul 2 petang, sembahyang zohor. baca surah yusuf & maryam selang seli. tu je kerjanya. bosan jangan cakaplah.
sekarang ni da masuk minggu ke berapa pun dah tak kira lagi. rezeki kerja belum dapat lagi. tak tahulah bila nak dapat kerja. nak mengeluh selalu pun tak elok tapi memang da tak tertanggung rasanya kalau ada yang tanya tak kerja lagi ke. tak cari kerja ke. rasa macam nak lempang laju-laju orang tu. tapi kadang yang bertanya tu ahli keluarga sendiri, kerana hormat, memang tak la melempangnya kan. apa lah silapnya sampai sekarang pun tak ada yang nak ambil saya bekerja. salah buat resume ke. salah hantar permohonan ke. salah tak ada orang dalam ke. macam mana la nak tanggung anak ni nanti. bila browse internet tengok barang bayi, rasa geram je nak beli semua, tapi bila fikir tak kerja, mana ada duit nak beli tu semua, rasa LOSER sangat. tak sampai hati nak harapkan duit suami semata. banyak tanggungan dia. memangla anak ni pun tanggungan dan kewajipan dia tapi sebagai isteri, tak sampai hati nak minta-minta. sedangkan nak minta bawa pergi makan yang mengidam pun tak dapat, asyik lah balik kerja lambat sebab main bola. benci! dah banyak kali hasrat tak tertunai. nak pergi cari sendiri, kereta suami bawa ke kerja. kalau ada kereta pun, sekarang dah malas nak drive.
bulan lepas, masa exactly 16 weeks, buat pertama kali pergi periksa di klinik kerajaan. pergi hari khamis. nasib baik, sebab rabu dan khamis je klinik ibu dan anak tu buka. pergi pun da lewat dalam pukul 11. sebab malas nak bangun pagi. see how malas i am recently. pergi daftar dan kena interview sikit, nurse cakap kena sambung pukul 2 nanti sebab rehat. jadi saya balik la dulu lepak rumah makcik kejap. pergi lagi, kena cek air kencing, ambil darah dan masuk bilik. ambil kencing tu da biasa la. ambil darah ni first time kena cucuk yang kat lipat siku tu. ambil yang banyak tu. lenguhnya la hai tangan lepas tu. nasib tak sakit sangat. senang nak cari urat. berat badan pun da bertambah da. lagi sekilo sama berat dengan en.s. tapi alhamdulillah mengandungkan anak bertuah. tak pernah muntah. tak pernah tak boleh makan apa-apa. semua bedal je. sampai atok pun tanya 'kau ni tak ada masalah makan ye *e**?' [nama panggilan kena rahsiakan.special code name] only atok can use to call me that. alhamdulillah sangat-sangat tang tu. memang senang sangat pembawakan anak bertuah ni. muntah pun sekali dua je sebab perut da masuk angin sebab lapar. kalau mabuk pun sebab lapar je. tapi satu yang tak boleh tahan, sejak mengandung ni masuk bulan ke berapa tah belakang da rasa sakit. bukan belakang yang ada tulang belakang tu tapi bawah punggung, atas b*n**t. macam ada lebam kat dalam atau rasa macam bisa bila baring telentang. masa awal-awal tu bila baring je yang terasa. sekarang ni bila duduk pun kadang terasa gak. dah macam nenek-nenek pula sakit belakang. paling susah bila nak tidur. kena adjust dulu kalau nak tukar posisi.
en.s cakap, dia rasa ni anak lelaki. ibunda pun rasa macam tu. saya pun. atok lagi best, dia cakap kalau tak lelaki, perempuan. cis, buat lawak plak atok. tapi doktor cakap dengan confidentnya perempuan. dia seorang je yang cakap macam tu. dah lah masa scan tu die macam tak tengok betul-betul pun. saya pula rasa nak tengok barang baby lelaki je. pula tu masa sepupu saya mengandung, dia kena alahan teruk. tak boleh makan. keluar-keluar bayi perempuan. yang seorang lagi, tak ada alahan, keluar anak lelaki. jadi beranggapan macam tu la. orang cakap kalau perut membonjol ke depan, anak laki. en. s kata perut saya ke depan. bidan kampung pun cakap perut saya tinggi. dapat anak tinggi ke nanti? wow. mesti hensem. haha. jangan macam fido dido atau isteri popeye udah le. kalau tinggi, badan pun kena mantap. barulah boleh jadi pilot yang ideal. haha. berangan. nama anak pun prepare untuk lelaki je. ada dua nama dah sedia. satu tu satu nama je. satu lagi dua nama. tak tahu nak guna yang mana satu lagi. atau mungkin tak guna langsung sebab tak tahu pun jantinanya lagi, for sure.
setakat ni, alhamdulillah rezeki baby ni banyak makan angin. bulan mac, pergi bandung. bulan april, pergi langkawi. semalam baru balik dari kelantan, umah nek ma dan tok abah dia. akhir bulan ni pergi jauh sikit, pergi buat umrah. alhamdulillah. tak sangka ada rezeki ke Mekah lagi masa tengah mengandung ni. lagi pun dah rindu sangat nak jejak kaki ke sana. harap-harap dapat terjumpa dengan mak kat sana sebab tak pernah jumpa mak dalam mimpi. rindu sangat. balik dari umrah, kalau ada rezeki, pergi perlis pula. boleh la makan semuaaaaaaaaaaaaa yang saya nak makan yang ada kat perlis tu. ketam masak kari kat jeti, bun tuna dekat bakery kangar sebelah bangunan kwsp, roti nan taj mahal kedai mamak belakang bangunan kswp, kalau sempat nak makan mihun sup tepi pantai sanglang dan sosej sedap, lepas tu ada nasi goreng cili padi yang memang kaw pedasnya. nak pergi kke mengimbau kenangan lalu. cewah. macam-macam kan. kalau pergi, tapi tak dapat, en.s kena tanggungjawab kalau anak keluar nanti, berair liur je.
pagi tadi masa nak bertolak balik johor dari rumah ibunda, cari-cari dalam handbag tapi tak jumpa. semalam masa kelam kabut salam ma dan abah masa nak balik, gelang tangan kahwin terputus. nasib baik en.s nampak. dia ambil dan beri saya. masa tergopoh gapah nak kejar flight, saya yakin dah masukkan gelang tu dalam handbag dekat poket kecil dalam tu. hajatnya nanti nak minta tolong sepupu hantarkan ke kedai emas sri pinang tempat beli dulu. bolehlah hantar cuci cincin pusaka sekali. tapi malang sungguh, tak jumpa pun gelang tu dalam beg. terus minta ibunda tolong tanyakan 'orang' pasal gelang tu. rupanya dah ada orang lain yang ambil. 'orang' tu cakap masa saya nak masukkan gelang dalam beg, entah macam mana gelang tu tak masuk pun dalam beg tu. sekarang da jadi milik orang lain. entah dia gadai atau dia betulkan dan pakai sendiri. ralatnya. sayang sangat. lagi sebulan je dah nak setahun dah pakai gelang tu. kenangan betul gelang tu. hadiah insan tersayang bagi masa kahwin. menangis je pagi tadi kenangkan barang yang hilang. en.s tak pujuk pun. dia cakap tak tahu macam mana nak pujuk sebab dia pun tengah kusut fikir dan kecewa yang gelang tu hilang. huhu. sedihnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.
[ingat nak upload gambar sekali sebab dah lama tak berblog, tapi malas nak ambil connector ke ape tah nama dia]

xoxo
Tuesday, March 6, 2012
the power of doa
assalamualaikum
you know what, on the last day arwah mak kat hospital, masa tu saya dalam perjalanan nak balik ke johor. masa lalu depan stesen minyak yang tak jadi sebelah summit, saya teringatkan mak. terus doa Ya Allah, kau ringankanlah beban penyakit mak. sayangi dan kasihanilah dia. dan, masa sampai di hospital, nurse 3 orang sebelah mak. it was a rare sight sebab selalu seorang je nurse yang in charge untuk cek mak. so i was nervous inside and sat by ibunda's side. ibunda whispered to me "mak is getting worse". lepas tu, nurse-nurse tu keluar dan panggil my aunt, who is a matron at the hospital. masuk je dalam wad tu semula, my aunt terus berlari kat mak dan bisik kat mak sambil nangis-nangis. we were like eh, kenapa? her husband asked her, what's the matter and she answered, nafas mak dah makin rendah. jadi dia panggil atok untuk ada sebelah mak. dia atok dan busu ajar mak sebut kalimah Allah. mak masa tu eventhough pakai bantuan oksigen, mulut dia masih ternganga sebab nakkan lebih oksigen. masa atok bisik kat mak, i saw with my own eyes because masa tu anak beranak dah kerumun. saya ada kat kaki kiri mak. pegang kaki kiri mak. sejuk. mak ikut bila atok ajar dia sebut kalimah Allah dan habis je mak ucap, nyawa mak pun habis. innalillah. sekejap sangat rasanya Allah makbulkan doa saya. untuk siapa yang duduk batu pahat, tahulah berapa jaraknya dari tempat saya berdoa ke hospital tu. mak pergi pukul 10.30 malam. masa nak ke hospital tu, ibunda pesan suruh bawakan dia punya pashmina sebab dia stay kat hospital dari petang, dia cakap dia tak sedap hati. saya bawakan mak kipas tangan sebab mak selalu cakap dia panas walaupun bilik ber-aircond. sebab kesan penyakit dia yang buat dia rasa panas. rasa belum bersedia nak terima makbul doa saya tu sebab macam sekelip mata je Allah tunaikan. sebab doa tu, mak terus tak rasa sakit. boleh baring, boleh tidur lena. alhamdulillah mak tak rasa lebih sakit kalau nyawa dia lebih panjang.
selain tu, ni cerita tahun lepas pula masa saya kena dugaan. masa tu ada doa sesuatu dan tak lama lepas tu, memang Allah makbulkan. cerita yang ni terlalu privasi yang tahu cuma ibunda dan en.s. dua kali saya mohon doa untuk orang yang sama dan dua kali doa saya dimakbulkan.
dan yang terbaru, lepas saya buat treatment pcos, setiap kali sujud saya doa Ya Allah kurniakanlah aku anak kembar yang soleh dan solehah, sihat serta sempurna sifatnya. dan, Allah makbulkan. cuma bukan kembar. Allah makbulkan saya dikurniakan anak. padahal saya berdoa dalam keadaan yang saya sendiri tak tahu saya sudah bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai ibu. kuasa Allah memang besar. saya tak mengharap pun. saya cuma berdoa. masa rawatan pcos tu, kan period saya tak berhenti. masa rawatan, lepas yang kedua saya dan en.s buat keputusan untuk berhentikan rawatan. masa tu pun doktor dah beri pil untuk kitaran yang seterusnya. tapi yang dikunjung tak tiba. dalam hati, aik,dulu tak berhenti. ni dah makan ubat, tak datang pula. masa jumpa doktor untuk kali kedua dan scan untuk kali kedua, yang buatkan kami mahu hentikan rawatan bila doktor cakap, telur saya tak cukup matang dan persenyawaan pun tak dapat berlaku masa tu. masa subur saya dah lepas. price for the treatment pun agak mahal sebab pergi hospital swasta. sekali menjadi la pula..kihkih..ahad yang lepas jumpa doktor beritahu period tak datang dan beritahu tarikh akhir period, terus dia suruh scan. letak gel, terus dia tunjuk ha ni anak awak. 16.8mm. ni kepala dia kat bawah. lepas tu dup dup dup dup laju sangat dengar degup jantung anak saya. masa tu baru saya yakin dia ada. jumaat 24 februari buat ujian kemengandungan kat rumah sebab tarikh tu patutnya saya period tapi da dua bulan tak ada. bulan satu buat, resultnya negatif. jadi buat test bulan ni pun tak mengharap. bangun awal sikit pagi jumaat tu dari biasa. buat test. tunggu dan tengok je kit tu. eh,eh ni apa ni nak jadi dua garisan pulak. biar betul? terus kejut en.s. tanya dia nak tengok tak result? en.s dengan mata merah-merah, bangun tengok, lepas tu eh, tu positif la kan. saya cakap aah. lepas tu terus mandi. en.s terus tak boleh tidur. terus mandi juga. tak ada drama nangis-nangis peluk-peluk pun. malam sebelum buat test tu, tanya en.s macam mana kalau mengandung pastu nak bagi anak makan apa? en.s jawab ada lah rezeki budak tu. tanya lagi pastu nak bagi dia pakai apa? en.s jawab lagi, ada lah rezeki budak tu.
sekarang dalam sujud ibunda doa untuk anakanda murah rezeki, jadi anak yang soleh dan solehah, sihat dan sempurna. amin. kita jumpa 6 oktober 2012 ya sayang..

mak, anak sedih mak tak dapat dengar berita ni. anak harap mak dengar masa anak beritahu mak kat rumah mak hari tu. rindu mak sangat. anak doakan mak bahagia di sana. sabtu ni mak dah 100 hari pergi. macam baru semalam tengok mak kat hospital masa Allah ambil nyawa mak. alfatihah untuk mak selalu.
Labels:
xoxo
Sunday, March 4, 2012
i am easily tired nowadays
i've been neglecting this blog for so long like it never existed. i have so much to talk about but with so little time. for the past fortnights i have to replace a former staff's schedule. she quit the job after only 4 days of working. thus i am forced to work overtime. moreover there were days that i have to accompany en.s played football as he was selected to be in the company's football team. when i have to work for long 12 hours each day, i feel very tired. i neglect my house chores and went to bed early. sometimes i have to ask en.s for help. luckily, he is the best husband and he helped me a lot.
b, tolong this.. ---> done
b, tolong that.. ---> done
b, please iron my uniform..
alaaaa *mengomel*
b, ikhlas x? ---> done.
thanks dear husband. i love u.
post lepas ni, insyaAllah ada cerita yang lebih bermakna dan info berguna. cewah. tapi entah bila

Saturday, January 28, 2012
rindu.
assalamualaikum
bosan la malam ni facebook dah habis cek, tv pula, husband tengok bola. tadi tengok liverpool vs mu. now qpr vs chelsea pula. my show dah tengok tadi. season finale america's next top model all star. ingat nak cari kerja, browse kat mudah, ermmm tak ada yang sesuai.
tengahari tadi terus ke rumah atok lepas bertolak dari jb lebih kurang pukul 11 lepas kemas-kemas rumah. ibunda cerita hari selasa lepas masa dia teman atok seorang-seorang kat rumah, atok bercerita dengan dia lepas tu atok menangis. cerita pasal mak. pasal barang-barang yang mak tinggalkan. even masa ibunda cerita kat aku petang tadi pun, ibunda menangis. dia cakap kenapa tah hari ni rasa sayu sangat. baca yasin je menangis. selalu dah tabah dah. dah tak menangis. me too. sejak dua minggu lepas dah tak rasa sangat tapi semalam, tak tahu apa yang buat hati ni tergerak tengok gambar-gambar dalam folder images kat handphone. gambar-gambar banyak yang en.s dah transfer ke laptop. tapi minta dia tinggalkan gambar dan video mak dalam tu.
bila tengok video mak masa kali pertama dia masuk hospital putra tengah jawab telefon dari makcik kat perlis terus tak boleh tahan. rindu sangat suara mak. rindu nak bual dan cerita. rindu nak peluk cium mak. masa first time dapat baca yasin kat rumah baru mak, lepas baca terus rasa lost sebab nak balik rumah sendiri ni, tapi tak boleh salam peluk cium mak.

![]() |
| atok aka mcgyver aka hero |
![]() |
| rumah baru mak. lot 43 |
[ minta sedekahkan al-fatihah untuk mak, hjh samah binti hj. tahir. semoga mak bahagia di sana ]
[[ tau mak memang bahagia di sana ]]
Labels:
xoxo
Monday, January 23, 2012
incognito & far-race
assalamualaikum
selamat pengantin baru to incognito dan far-race yang berjaya menamatkan zaman solo semalam. majlis diadakan di rumah aini. ijab kabul selesai jam 9.48malam. dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan. uuhhh how i wish my father was the one yang ijab kabulkan saya. alhamdulillah semua berjalan lancar. dalam bff, majlis nikah dia ni saya tak menangis. baru je sebak masa peluk lepas nikah dah kena sound dengan pengantin 'jangan nangis.' ok, u're the raja sehari.
pagi tu luangkan masa untuk majlis berkhatam. *aku g gak khatam kau walau kau tak g khatam aku dan ko assume aku tak kan g khatam ko sebab ko tak datang masa aku*. gila revenge macam tu. kita kan bff. haha. it was a good time spending some time with the "spice girls". memang spicy. huhu. the wedding was beautiful. i love all her dress! auwwww memang kena buat majlis lagi sekali la saya ni. haha. sebelum majlis khatam tu, saya tolong pengantin ambil baju khatam die kedai pesona andaman mar, ibunda was also there. we went straight away after visiting mak at her new 'home'. ibunda cakap ishh cantik-cantiknya baju. pelamin pun cantik. and i said bolehla buat lagi sekali majlis untuk anak. she said anniversary lah. yeay!!! hahaha. and the main thing yang saya nak ubah kalau ada majlis walimatulurus saya dan en.s yang kedua ialah nak buat kad lain. hehehe. *sungguh menghantui diri tol* ;p
si mak buyung neglected satellite dah tak kuat stamina macam masa anak dara dulu. perut pun dah nampak. e tak sabar nak tunggu anak bff pertama yang keluar. anak naga kotttt. abis la neglected, nanti anak kau fire kau kua api dari mulut. hahahaha. sempena majlis perkahwinan incognito dan far-race, saya ada tolong incognito buat sesuatu dan tak sangka menjadi walaupun benda tu simple sangat lah untuk dibuat tapi rasa satu accomplishment sebab buat untuk orang lain. takut orang tak suka macam mana yang kita suka. nak buat yang lebih extreme lepas ni tapi tak tau la untuk wedding siapa. minat sebenarnya nak buat benda-benda yang macam tu especially yang ada kaitan dengan wedding.
sekarang tepek gambar pula tapi bukan gambar wedding sebab tak langsung ambil gambar guna camera sendiri.

| bahan-bahan |
1. gunting
2. reben
3. bunga
4. dawai bunga
5. pasu
Labels:
xoxo
Subscribe to:
Posts (Atom)