assalamualaikum.
hari ni ke kedai tabib cina di rengit. untuk berubat la. tabib kan macam doktor juga kan. sakit apa? ada dua yang utama.
pertama
sejak minggu lepas, resdung saya ni makin menjadi pula. kalau baring je mesti hidung tersumbat. bersin jangan cerita la. da macam muzik kat rumah tu. bersin bukan yang perlahan punya tu. sekali bersin macam nak tertanggal hidung. cuba bayangkan berkali-kali bersin macam nak tanggal hidung. tak seksa? sapu tangan atau tuala kecil memang kena sentiasa dekat di hati sebab hingus tak berhenti. teruknya!
kedua
walaupun memalukan dan agak 'terbuka' tentang hal ni, mari saya jelaskan supaya mendapat gambaran jelas. sejak berkahwin, period saya hanya akan bercuti paling lama pun dua minggu. kalau wanita *ceh da jadi wanita sekarang bukan anak dara tapi selalu hidup dalam penafian kalau dengan en.s* yang normal, waktu suci ialah lebih kurang 22 hari. tapi saya 22 hari yang period, 2 minggu yang suci. logik ke? setiap bulan habis duit beli pad je. dan kemuncaknya, ialah bulan lepas apabila saya tamat period 1/9 dan kembali period pada 8/9. beza berapa hari tu? kan 6 hari je. sian en.s. hahahaha. yang dari 8/9 tu, tamat pada 30/9 itu pun lepas pergi klinik dan dapat ubat henti darah, ubat hormon dan vitamin acid folic. doktor tu da warning da kalau dalam 5 hari tak berhenti dan menjadi balik masalah ni, kena pergi hospital. hari tu juga doktor buat scan. dah banyak kali juga scan sebelum ni. doktor kata dia nak cari cyst/endo ape tah nama dia. dia cakap rahim ok maknanya memang masalah hormon. dalam otak saya ni, takutkan kanser serviks je sebab tanda kanser serviks ialah berlaku pendarahan antara period yang regular atau period yang tak berhenti. ok, bila makan pil-pil tu memang period berhenti. tapi ku sangka panas berpanjangan rupanya hujan turun jua. maka 8/10 saya period lagi. beza 7 hari je. penat weh hidup macam ni!
maka;
hari ni nekad pergi ke tabib cina tu yang direkomen oleh pakcik sendiri. en.s dan ayah pun periksa juga. masa dalam bilik rawatan, tabib tu cuma cek nadi, lepas tu dia da boleh trace dah apa yang tak kena. benda pertama yang dia cakap kat saya ialah kurangkan CILI dan halia. kurangkan cili? huwaaaaa mana sedap kalau masakan tak ada cili. dah la cili tu macam sayur wajib. huhu. lepas tu dia cakap kurangkan air gas. ni saya tak setuju sangat sebab saya memang jarang gila minum air gas. kalau makan luar akan minta jus buah atau limau suam je. coke is so not my favorite. as well as other carbonated drinks. lepas tu dia cek pula pulse tangan sebelah lagi. dan dia cakap nanti dia bagi ubat. setel. keluar tunggu ubat. ada dua jenis. satu untuk period. satu untuk resdung. yang period kena habiskan dulu. bentuk serbuk. ada 3 paket. memula macam eh, 3 kali makan je? sikitnya. dan yang resdung hanya boleh makan lepas ubat period habis. tadi dah minum 1 paket ubat period. rasa? macam lumut pahit. dalam gelas tu tak sampai setengah pun letak air tapi nak habiskan dekat setengah jam la juga. yekk. nasib baik 3 je. tadi macam nak berlagak sangat sikit beno. yang resdung dalam bentuk kapsul. harap tak seteruk rasa yang serbuk tu. baik ya sakit. tolong lah baik. kalau tak kena ke hospital dan buat pemeriksaan lanjut dengan pakar sakit puan. takut dia masukkan apa-apa dalam tu je. macam ngilu je rasa. tolonglah baik. doakan. kalau berterusan macam ni, macam susah je janin nak terbentuk dalam rahim ni.
| esok ada program di alor gajah. tak jumpa en.s lima hari. belum mula pun lagi tapi dah rasa lama tak jumpa dia |
Sunday, October 9, 2011
Friday, September 30, 2011
Friday, September 23, 2011
keputusan ptd 2011
assalamualaikum.
ibunda: maknanya ptd bukan yang terbaik untuk awak
saya: kenapa?
ibunda: ibunda dah doa hari-hari kalau ptd yang terbaik untuk awak, bagi la rezeki awak kat situ. tapi ni tak dapat. maknanya bukan lah.
saya: habis tu apa yang terbaik?
ibunda: pensyarah kot atau yang awak interview hari tu la.
doakan lah saya ye. saya nak duit banyak-banyak. nak kaya. jadi, perlu ke apply lagi ptd ni?en.s, what say you?
Labels:
all work and no play
Wednesday, September 21, 2011
another interview
went for an interview yesterday. different kind of interview from previous interviews i've attended. hoping it will turn out good as this will open new opportunities for me, and hopefully for my family too. it was held in hotel sri malaysia jb and started at 9am and ended at about 2pm. had two interviews with 2 different panels. during 2nd interview, we were ask to write an essay entitled 'siapa saya'. so who am i, really? it's for me to know and for you to find out. hahaha. ayat bajet ada yang nak tau ;p
waiting nervously to find out the results of ptd exam this friday
ok. bai. bosan dah
waiting nervously to find out the results of ptd exam this friday
ok. bai. bosan dah
Labels:
all work and no play
Wednesday, September 14, 2011
kerja surirumah
tiba-tiba macam rajin je nak update selalu bulan september ni. padahal bukan ada apa-apa cerita menarik atau bermanfaat pun. haha. tapi saja je sebab masa terluang banyak sangat kot. sekarang ni rasa nak membebel sangat kat blog ni tapi macam tak ada idea sangat. tepek gambar je la.
![]() |
| sebelum |
![]() |
| selepas |
lepas update blog semalam, rasa macam ada banyak lagi masa terluang sebelum ke tempat kerja, maka dengan gigih gosok baju kerja en.s. untuk seminggu. lepas siap tu kelam kabut pula bersiap nak pergi kerja. nasib baik trafik baik dan sampai tepat pada masa. hehe. rekod masih belum tercalar sebab selalu datang awal.
![]() |
| cuba teka nak masak apa? |
sejak duduk rumah sendiri ni, dan dah ada barang dapur yang hampir lengkap, rajin la juga memasak. tapi most of the time, masak bila en.s yang rajin. saya membantu je di dapur. sediakan barang itu barang ini. pinggan mangkuk mana yang nak guna, potong-potong, hiris-hiris, panaskan kuali. lepas tu en.s akan masuk bahan-bahan sebab saya tak pandai nak budget nak kena masuk apa, bila nak kena masuk. yang akan kacau-kacau, gaul-gaul, sepupu. lepas masak nasi, akan ada yang ceduk nasi. semua ada bahagian sendiri. tapi sebelum lauk dibenarkan dihidang, kata akhir dari saya. hahahaha. macam kuasa veto sikit. tugas saya ala-ala macam sou-chef la. hehe.
![]() |
| common dishes: tomyam and telur dadar |
ni la kerja yang selalu buat di rumah. basuh baju 3 or 4 hari sekali tunggu baju penuh dalam laundry basket, sidai, lipat. lepas tu sapu rumah. lepas tu lap2 kat dapur. pastu bosan, online atau tengok dvd. itu saja. babai.
Labels:
nota kaki
Tuesday, September 13, 2011
poster merdeka raya
assalamualaikum...
semalam cikgu kat rumah ni kelam kabut cari gambar/poster merdeka raya kat internet sebab hari ini kena submit pada committee untuk pertandingan mewarna merdeka raya sekolahnya pada hari rabu. maka cari punya cari terjumpa satu je contoh. bila nak copy paste, tak cantik pula sebab tak sharp. tu la cikgu, len kali prepare awal, boleh minta izin tuan punya gambar tu. maka, kami try and error la buat sendiri. "meh la ira tolong tapi kena belanja makan". hahaha.
saya yang tak berapa nak handal ni pun cari-cari la gambar dalam internet tu mana yang boleh guna. copy paste. maaflah kepada tuan punya gambar. tak sempat nak minta izin sebab hari ini cikgu tu kena submit dah. ikhlas je la ye beri izin tu moga-moga dapat pahala tolong anak bangsa. hehe. jadi, jadilah poster semalam tu macam ni.
semalam cikgu kat rumah ni kelam kabut cari gambar/poster merdeka raya kat internet sebab hari ini kena submit pada committee untuk pertandingan mewarna merdeka raya sekolahnya pada hari rabu. maka cari punya cari terjumpa satu je contoh. bila nak copy paste, tak cantik pula sebab tak sharp. tu la cikgu, len kali prepare awal, boleh minta izin tuan punya gambar tu. maka, kami try and error la buat sendiri. "meh la ira tolong tapi kena belanja makan". hahaha.
saya yang tak berapa nak handal ni pun cari-cari la gambar dalam internet tu mana yang boleh guna. copy paste. maaflah kepada tuan punya gambar. tak sempat nak minta izin sebab hari ini cikgu tu kena submit dah. ikhlas je la ye beri izin tu moga-moga dapat pahala tolong anak bangsa. hehe. jadi, jadilah poster semalam tu macam ni.
![]() |
| poster merdeka raya pelajar tahun 2 |
boleh la ye dok? ini je la hiburan surirumah zaman sekarang. kalau da bosan tahap tak tahu nak buat apa, conteng-conteng je dekat paint. buat itu buat ini. setakat copy paste tu bolehla. kalau suruh masuk photoshop memang terkial lah. kan best kalau dulu ambil kos design-design. harap-harap ada hikmah yang besar saya dapat kerja lambat ni. kamu semua doakan yang terbaik untuk saya ya. nak kerja. tapi rezeki belum mari lagi. ada sikit tapi tak cukup. biasalah, manusia mana pernah cukup kan. tapi saya tetap bersyukur dengan apa yang saya ada hari ini. mungkin saya tak cukup duit tapi saya cukup kasih sayang dari ibunda ayahanda dan suami. itu lebih bermakna.
Labels:
nota kaki
Friday, September 9, 2011
tukar favicon
jom buat lagi satu tutorial senang dan menarik la juga untuk di apply kat blog kamu semua. sebelum ni macam tak ada je kat dashboard blogger.
![]() |
| icon blogger di blog kawan |
langkah-langkahnya
pergi ke dashboard.
ke design.
ke page element.
klik edit di tempat yang dibulatkan.
upload gambar icon yang anda inginkan.
siap.
*tepuk tangan*
Labels:
nota kaki
Subscribe to:
Posts (Atom)







