Friday, September 23, 2011

keputusan ptd 2011

assalamualaikum.


ibunda: maknanya ptd bukan yang terbaik untuk awak
saya: kenapa?
ibunda: ibunda dah doa hari-hari kalau ptd yang terbaik untuk awak, bagi la rezeki awak kat situ. tapi ni tak dapat. maknanya bukan lah.
saya: habis tu apa yang terbaik?
ibunda: pensyarah kot atau yang awak interview hari tu la.

doakan lah saya ye. saya nak duit banyak-banyak. nak kaya. jadi, perlu ke apply lagi ptd ni?en.s, what say you?

Wednesday, September 21, 2011

another interview

went for an interview yesterday. different kind of interview from previous interviews i've attended. hoping it will turn out good as this will open new opportunities for me, and hopefully for my family too. it was held in hotel sri malaysia jb and started at 9am and ended at about 2pm. had two interviews with 2 different panels. during 2nd interview, we were ask to write an essay entitled 'siapa saya'. so who am i, really? it's for me to know and for you to find out. hahaha. ayat bajet ada yang nak tau ;p

waiting nervously to find out the results of ptd exam this friday

ok. bai. bosan dah

Wednesday, September 14, 2011

kerja surirumah

tiba-tiba macam rajin je nak update selalu bulan september ni. padahal bukan ada apa-apa cerita menarik atau bermanfaat pun. haha. tapi saja je sebab masa terluang banyak sangat kot. sekarang ni rasa nak membebel sangat kat blog ni tapi macam tak ada idea sangat. tepek gambar je la.

sebelum

selepas

lepas update blog semalam, rasa macam ada banyak lagi masa terluang sebelum ke tempat kerja, maka dengan gigih gosok baju kerja en.s. untuk seminggu. lepas siap tu kelam kabut pula bersiap nak pergi kerja. nasib baik trafik baik dan sampai tepat pada masa. hehe. rekod masih belum tercalar sebab selalu datang awal.

cuba teka nak masak apa?

sejak duduk rumah sendiri ni, dan dah ada barang dapur yang hampir lengkap, rajin la juga memasak. tapi most of the time, masak bila en.s yang rajin. saya membantu je di dapur. sediakan barang itu barang ini. pinggan mangkuk mana yang nak guna, potong-potong, hiris-hiris, panaskan kuali. lepas tu en.s akan masuk bahan-bahan sebab saya tak pandai nak budget nak kena masuk apa, bila nak kena masuk. yang akan kacau-kacau, gaul-gaul, sepupu. lepas masak nasi, akan ada yang ceduk nasi. semua ada bahagian sendiri. tapi sebelum lauk dibenarkan dihidang, kata akhir dari saya. hahahaha. macam kuasa veto sikit. tugas saya ala-ala macam sou-chef la. hehe.

common dishes: tomyam and telur dadar

ni la kerja yang selalu buat di rumah. basuh baju 3 or 4 hari sekali tunggu baju penuh dalam laundry basket, sidai, lipat. lepas tu sapu rumah. lepas tu lap2 kat dapur. pastu bosan, online atau tengok dvd. itu saja. babai.

Tuesday, September 13, 2011

poster merdeka raya

assalamualaikum...

semalam cikgu kat rumah ni kelam kabut cari gambar/poster merdeka raya kat internet sebab hari ini kena submit pada committee untuk pertandingan mewarna merdeka raya sekolahnya pada hari rabu. maka cari punya cari terjumpa satu je contoh. bila nak copy paste, tak cantik pula sebab tak sharp. tu la cikgu, len kali prepare awal, boleh minta izin tuan punya gambar tu. maka, kami try and error la buat sendiri. "meh la ira tolong tapi kena belanja makan". hahaha.

saya yang tak berapa nak handal ni pun cari-cari la gambar dalam internet tu mana yang boleh guna. copy paste. maaflah kepada tuan punya gambar. tak sempat nak minta izin sebab hari ini cikgu tu kena submit dah. ikhlas je la ye beri izin tu moga-moga dapat pahala tolong anak bangsa. hehe. jadi, jadilah poster semalam tu macam ni.

poster merdeka raya pelajar tahun 2

boleh la ye dok? ini je la hiburan surirumah zaman sekarang. kalau da bosan tahap tak tahu nak buat apa, conteng-conteng je dekat paint. buat itu buat ini. setakat copy paste tu bolehla. kalau suruh masuk photoshop memang terkial lah. kan best kalau dulu ambil kos design-design. harap-harap ada hikmah yang besar saya dapat kerja lambat ni. kamu semua doakan yang terbaik untuk saya ya. nak kerja. tapi rezeki belum mari lagi. ada sikit tapi tak cukup. biasalah, manusia mana pernah cukup kan. tapi saya tetap bersyukur dengan apa yang saya ada hari ini. mungkin saya tak cukup duit tapi saya cukup kasih sayang dari ibunda ayahanda dan suami. itu lebih bermakna.

Friday, September 9, 2011

tukar favicon

jom buat lagi satu tutorial senang dan menarik la juga untuk di apply kat blog kamu semua. sebelum ni macam tak ada je kat dashboard blogger.

icon blogger di blog kawan
langkah-langkahnya
pergi ke dashboard.
ke design.
ke page element.


klik edit di tempat yang dibulatkan.
upload gambar icon yang anda inginkan.
siap.
*tepuk tangan*

Thursday, September 8, 2011

tukar icon blogger

apa icon blogger? tengok perbezaannya


langkah pertama.
saya buat dengan menggunakan paint saja. rekaan icon anda mestilah berbentuk segi empat sama dan berkapasiti kurang daripada 100Kb. simpan dalam format jpg atau png.
sediakan grafik atau image ikon seperti contoh di bawah. penuhi syarat tersebut. 


ikon pilihan saya. buat sendiri. yang simple saja.

langkah kedua.
pergi ke photobucket atau lain-lain image hosting service yang lazimnya anda gunakan. sekiranya anda ahli baru, daftar dulu. free. kemudian log in seperti biasa dan upload gambar ikon yang ingin anda gunakan.

(i)
sign in
(ii)
upload
(iii)
klik gambar icon dan skrol ke bawah. klik choose action dan generate link codes for selected
(iv)
copy direct link codes. klik saja di kotak tersebut dan link akan dicopy secara automatik
langkah ketiga.
pergi ke dashboard blogger anda.
ke design.
ke edit HTML.
klik pada expand widget templates
cari command di bawah dan tambahkan command yang diboldkan


tukar put the direct URL of your image here kepada apa yang anda copy di langkah kedua (iv).

langkah keempat.
preview.
save kalau jadi. 
tepuk tangan jika berhasil.
jika tidak, pergi sini untuk rujukan.

| inilah tutorial yang gigih buat semalam tapi tak jadi ;(. hari ni gigih lagi |

Wednesday, September 7, 2011

kurang kasih sayang

bosannya. tadi dah siapkan satu post baru pasal tutorial. kemudian bila preview tak semua apa yang dah ditaip termasuk dalam post tu. sungguh menghampakan. punyalah gigih nak siapkan tutorial tu tapi begini jadinya. sekarang kurang kasih sayang dari en.s. hahaha. kurang kasih sayang hari ini. lambat pula dia balik. kalau dia lambat balik atau terlalu rindu pada suami, maka kurang kasih sayanglah jadinya. tapi saya tau dia memang sayang saya, kan en.s? cepatlah balik!