Tuesday, September 6, 2011

aidilfitri 1432H/pertama bersama si dia

selamat hari raya. dah hari raya yang ke berapa ye. hehe. tahun ni macam tak mengikuti sangat perkembangan raya sebab tak beraya pun. sehari je beraya ke sebuah rumah saja. sedih ek. tu pun ada orang cakap asyik keluar beraya je kau ni. aik?macam pelik. sebabnya tahun ni tak beraya di kampung parit sulong. kan rumah kampung diroboh. jadi adik beradik ayah semua beraya di jb rumah adik bongsu mereka.

tahun ni tahun lari dari tradisi dan tahun pertama en.s beraya dengan keluarga saya. bukan tradisi kat kampung je yang lain. tradisi kat rumah mak/atok pun dah lain dah. selalunya lepas salam-salam, kami akan pergi ke parit sulong dan ke kubur dan rumah saudara mara di sana. malam kalau rajin pergi ke rumah saudara mara belah ibunda pula. tapi tahun ni memang tidak la. raya pertama duduk kat rumah mak sampai malam. saudara mara tak putus-putus datang ke rumah mak.

bila kat rumah mak, lepas makan-makan, kami semua bersalam. mula dengan anak-anak mak dan atok dari yang tua ke yang muda. lepas tu turn cucu-cucu dari yang tua ke yang muda. ikut turn. nanti mak-mak dan bapak-bapak semua akan duduk kat kerusi. masa tu la start nangis-nangis. en.s cakap saya tak kental. sebab nangis. huhu. memang la. syahdu kot. especially bila salam dengan mak dan atok. memang automatik la nangis. salam atok yang pertama. ucapan mak paling terharu. uwaaaa. dia siap cakap mak harap sempat la mak tengok ank kau. gulp. insyaAllah mak. tapi yang sebenarnya kami pun belum bersedia sangat. tapi kalau ada rezeki terlebih shoot, kalau dapat, alhamdulillah. saya pun memang nak mak/atok jumpa cicit dia dari saya dan en.s tapi keadaan kami macam belum sesuai.

sebabnya saya kan tak kerja lagi. persiapan untuk sambut orang baru tu nanti kena lah disediakan kan. tu semua guna duit. nak harap duit gaji en.s je, kesian dia. bukan tak cukup, cukup tapi sesak sikit nanti. tak ada untuk simpanan. simpanan pun kena ada kan. takut nanti nak kena bawa anak pergi klinik ke hospital ke. tu semua kena fikir dan sediakan. walaupun kita tak minta anak sakit, tapi siapa tahu hal-hal kecemasan. bukan setakat untuk ke klinik ke hospital ke ape ke. macam-macam lagi. pampers anak, botol susu, baju, car seat, stroller, uish ape lagi ek. susu tak pe, insyaAllah yang free ada. haha.

ok, berbalik pada cerita raya, masa nak salam-salam tu, en.s siap 'eh, nak cakap apa ni masa salam?' nak kena bagi dialog pulak dah. hahaha.   dan masa salam en.s untuk pertama kali sebagai suami di pagi raya, raya takut. hahahaha. dia tak duduk. dia berdiri je jadi nak salam peluk-peluk kena tinjit sikit. masa salam dia rasa tak puas pula tapi nanti queue panjang pula yang lain tunggu giliran nak bersalam. oh masa bersalam tu berapa kali juga delay sebab ada makcik pakcik yang ambil masa untuk beri nasihat. so kena la tunggu sat. sampai ada yang hilang feel nangis. haha. dan ada drama pula. dua drama. satu babak dari makcik ke lapan dengan pakcik ke enam. satu lagi antara sepupu darjah lima. bukan main lagi mereka tu menangis macam besar sangat je dosanya. hehe. mudah-mudahan sampai ke besar korang rapat macam tu, jangan gaduh-gaduh. kalau gaduh, tunjuk je gambar korang raya tahun ni.

alhamdulillah tahun ni masih ada yang sudi memberi duit raya. dapat dalam rm tiga ratus lebih. tapi da tinggal sikit sebab beli itu ini. hehe. ada makcik yang memberi dia cakap sikit je ra tak banyak pun aunty bagi. saya jawab tak pe besar maknanya bagi surirumah yang tak bergaji ni. seriously. tahun ni family kami pakai tema hijau epal. sebab ibunda dan ayah pakai baju masa sanding. sekali ramai juga yang pakai baju tema hijau. family pertama, ketiga, kelima, dan kesembilan. mak dan atok pun pakai hijau.

special. first time gambar ramai-ramai macam ni. tapi tak semua ada.
esoknya lepas ada tetamu yang datang ke rumah dah pulang, kami bergerak ke johor bahru pula. sampai dalam pukul 3, jadi makan tengah hari dulu. dalam pukul 5, ada hidangan baru lagi. makan lagi. malam tu ada barbeque. sedap sekali. makan kat luar rumah dengan ada live music lagi, memang selera la kan. esoknya, bersarapan di rumah makcik dan petangnya mereka beraya ke rumah sewaan saya dan en.s dan k.d pula. tapi saya tak hidangkan kuih raya pun sebab kuih rumah saya sama dengan kuih rumah makcik. lagipun dah bawa pulang rumah ibunda dan ayah. jadi saya dan en.s decide gorengkan fries saja. ingat tak berapa nak laku tapi licin. hehehe. sedap agaknya fries yang saya dan en.s goreng. hehe. lepas breakfast tu sesi bergambar. tu je aktivitinya. kalau tahun-tahun lepas, memang pulun beraya.


best beraya dengan en.s disisi. best bila en.s selalu ada dengan saya. tak macam dulu, had berjumpa sampai ahad je. best bila en.s tak perlu balik ke shah alam atau perak atau penang. best bila dah kahwin. best. all the single ladies, sila kahwin cepat. ;p

Monday, September 5, 2011

puasa enam

assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua moga bahagia...

ni nak share sesuatu sementara masih fresh. pagi tadi, sesampai di rumah jb, on tv tengok rancangan mhi. first time tengok sebab selalunya terlepas la kan. masih beradu lagi. yang sempat tengok ialah cerita pengalaman semasa tragedi di somalia oleh wartawan dan jurugambar yang bertugas. saya rasa mereka ni masa bertugas kena pakai baju bullet proof juga la untuk keselamatan. maklumlah kat tempat yang bahaya kan. tapi memang betul pun apa yang dia cakap kena persiapkan diri dengan ilmu first aid. bukan nak cakap pasal ni sebenarnya.

nak cerita tentang puasa enam. siapa tak tahu puasa enam tu ialah puasa sunat enam hari dalam bulan syawal. kenapa ada puasa enam? sebab Allah dah janjikan sesiapa yang berpuasa enam hari dalam bulan syawal, akan mendapat ganjaran seakan berpuasa setahun penuh. bagi kaun wanita, puasa enam ni selalu di buat 2 dalam 1. qada' puasa dan puasa sunat sekali. tapi tadi, ustaz tu cakap seeloknya di buat asing. sebabnya Saidatina Aisyah pernah berpuasa enam dan dia beritahu bahawa dia selesaikan puasa qada' nya semasa menghampiri bulan ramadhan yang berikutnya. maksudnya Saidatina Aisyah ganti puasa pun dah last minute menunjukkan dia tak buat sekali gus. dan pada yang kata kena settlekan puasa wajib dulu baru boleh buat puasa enam tu pula, ustaz tu ada jelaskan juga. ustaz yang beri tazkirah ni ialah uztas zahazan bin mohamed. ni gambarnya
source:google
baiklah, berbalik kepada isu haiskan bayar yang wajib dulu baru buat yang sunat, dia cakap itu ialah bagi sesiapa yang sengaja meninggalkan puasa ramadhan. kalau seseorang sengaja ponteng puasa, maka dia tak boleh buat puasa enam sehingga dia selesai qada' puasa yang ditinggalkan semasa ramadhan. kalau yang bersebab, tak apa. sebenarnya dia pun tak menjawab dengan jelas boleh ke tak kita combine niat dua puasa sekaligus tapi dia cuma ceritakan apa yang Saidatina Aisyah buat. terpulang nak interpretasi macam mana la gamaknya.

nak tahu macam mana boleh jadi puasa enam hari tapi ibaratnya seperti berpuasa setahun? setahun kan ada 365 hari kan, dan ibadat yang kita kerjakan itu dijanjikan 10 kali ganda kebajikan. maka,
berpuasa 30 hari : 30 x 10 =300
berpuasa 6 hari : 6 x 10 = 60
jumlah : 360 hari = setahun

macam tu lah yang saya dengar. selain tu dia ada juga ajar cara nak berkhatam quran dengan efisien. ok, saya ajar juga sebab untuk saya ingat juga. nanti boleh refer balik post ni. 
1 quran = 30 juzuk 
1 juzuk =  600 muka surat 3 bulan
200 muka surat sebulan = 20 muka surat sehari / 5 solat fardhu
2 muka surat = 1 solat fardhu

kalau kita baca 2 muka surat setiap kali lepas solat, maka kita boleh khatam dalam masa 3 bulan. dalam setahun boleh khatam 4 kali. termasuk bulan ramadhan, kita boleh khatam 5 kali. kiraan ni dalam sebulan diberi kelonggaran cuti 10 hari (untuk kaum perempuan), sebab tu 20 muka surat je. cuba korang kira juga takut tersilap. tapi rasanya dah betul da cuma cara saya nak explain tak serupa sangat apa yang saya dengar la. betul ke tak ek ayat math atas tu? hahahaha. go figure. use your brain too. ;)

tahun ni saya bercuti puasa sebanyak 17 hari. buat 18 je la. genapkan. kalau rajin boleh buat sampai 20 hari. kiranya 17 tu minimum bayaran untuk tahun ni. tabahlah hati nak bayar ya. boleh cuba start khamis jumaat ni kot. hehe.

Monday, August 29, 2011

perasaan baru

assalamualaikum...

tahun ni tahun pertama beraya bersama en.s. macam mana ek perasaannya esok bila salam peluk cium suami di pagi raya? hehe. ni baru je habis gosok baju raya dia siap samping sekali. warna mestilah sedondon. hehehehe. tapi tahun ni berjimat habis sebab baju raya pertama je ialah baju baru. yang lain semua recycle baju masa wedding cousin-cousin yang berkahwin tahun lepas. yang baru pakai sekali. kasut raya pun tiada. rasa lain sebab setiap tahun mesti ada handbag dan kasut raya tapi tahun ni, cut cost. duit gaji pun tak masuk lagi. maka tak dapatlah ibunda, ayah, mak dan atok duit raya dari saya. huuuu. sedihnya. baru je nak excited bagi duit raya kat mereka tahun ni tapi gaji tak masuk! huhu.

hari ni en.s cakap dia penat sangat sebab hari ni dia kena tolong macam-macam kat rumah mak. memang selalu macam ni la sehari sebelum raya. meriah tolong masak-masak kat rumah mak walaupun kadang-kadang saya mengelat tapi tahun ni alhamdulillah, sepupu-sepupu semua rajin menolong dan tak terlalu buat sepah kat rumah mak. mungkin ada hikmah semuanya yang berlaku. yang pasti, hubungan kami makin erat. tahun ni pun mula tradisi baru iaitu berbuka beramai-ramai di rumah mak. semalam dan hari ni, semua yang berada di batu pahat berbuka bersama. bentang saprah dan makan atas lantai ramai-ramai. makanan penuh atas alas. tahun ni juga ada khemah depan rumah mak! oh ya, tahun ni pasang pelita juga di rumah johor dan di batu pahat. ada 6. nampak meriah sikit rumah. lagi suka guna pelita daripada lampu liplap.

tak sabar nak tunggu esok ;)

selamat hari raya, maaf zahir batin dari arina dan suami serta kaun keluarga.

Tuesday, August 16, 2011

kerja oh kerja

sungguh tak produktif la blog ni zaman sekarang. dahulu bukan main lagi laju je nak menaip kat sini. ni baru balik dari teman en suami ke interview yang entah ke berapa di pasir gudang. tak suka environment kat sana sebab tu kan kawasan industri jadi bau-bauan macam-macam yang ada. cepat je pening kepala kalau terlebih bau bahan kimia ni. bukan pembawakan budak ye. ;p

semalam pergi tolong makcik yang rumahnya di hujung jalan membuat kuih raya. sukanya! sedap baunya! buat kuih blueberry cheesetart dan chocolate chips dan satu kuih terbaru apa-tah-canary. cam sedap je tapi tak sempat tengok hasil kuih yang terbaru tu sebab pukul 3.15 dah beredar nak ke tempat kerja. oh, cerita pasal tempat kerja tu, dah mula rasa tak bersemangat sebab 'attitude'. biasalah, kerenah orang kaya. huhu. insyaAllah kalau suatu hari nanti saya menjadi kaya, saya berdoa minta Allah jauhkan saya dari sikap orang-orang kaya yang saya kenal ataupun sikap orang-orang yang rasa dia kaya padahal miskin adab. buat apa kalau hidup tak sedar diri. kelak diri sendiri yang rugi.

pagi tadi pula ke hospital sultan ismail atau hospital pandan di tebrau. mak ke sana hari ni untuk pemeriksaan lanjut. mulanya doktor cakap perlu tinggal sehari tapi alhamdulillah, nampaknya semua baik-baik sahaja. kalau ada yang tidak pun, simpan sahaja supaya semoga semua yang baik-baik saja yang terjadi untuk mak. ibunda pun ikut juga tadi. terubat sikit rindu sebab sabtu dan ahad minggu lalu saya dan en suami tidak pulang ke batu pahat. rasa macam dah lama je tak balik.

aktiviti hari minggu? sangat tak best. hari sabtu duduk kat rumah sebab en.s kerja sampai petang. saya kemas rumah, basuh baju, lipat baju, layan movie vcd. almaklumlah, rumah orang tak ada tv. kena lah layan vcd je. hari ni baru nak pergi ambil tv yang direpair. harap-harap tak mahal sangat harganya dan dah elok. si tukang repair tu pula, sebelum repair bukan nak consult dengan kitorang dulu. dia main repair je. buatnya harga melambung tak mampu nak bayar, guano? baik beli baru je kan. hahaha. tapi masalahnya sampai ke hari ni gaji en.s TIDAK MASUK lagi. rasa macam nak saman rm6juta.

saya tak faham kenapa tak ada yang berminat nak ambil saya kerja. bukan saya tak apply ye dah beribu kot application tapi macam susah je nak lekat. atau memang takdir jadi surirumah saja. saya suka tapi en.s tidak ;(
kalau saya jadi surirumah, alamatnya tak dapatlah nak miliki vw beetle warna kuning idaman hati.

Thursday, August 11, 2011

rumah pusaka

assalamualaikum...

selamat berpuasa semua. dah masuk hari ke sepuluh da kita berpuasa. tapi saya belum hari kesepuluh lagi. ;p
tahun ni ada sikit kelebihan dan kekurangan beraya. haha baru puasa tak sampai 10 hari da nak cakap pasal raya. biasa lah kan. kurangnya tahun ni sebab tak beraya di kampung. bukan sebab dah kahwin maka tak beraya di kampung kerana sombong tapi sebab lain.

rumah pusaka

gaji pertama yang ayah laburkan adalah tangga itu.menurutnya

koleksi piring hitam ayah
what happened?!

sisa rumah pusaka
stand tough!
nak tahu hasilnya, tunggu post yang lain.

alhamdulillah, tahun ni berpuasa dapat merasa tugas baru sebagai isteri. bangun awal sediakan makanan sahur. sebelum ni harapkan ibunda je. sekarang dah terkena kat diri sendiri. nasib baik senang 'bangun pagi'. hahaha. dan tak sangka tugas ni datang secepat ni. makanan berbuka sediakan sama-sama kalau tak membeli di bazar. tapi dah sekali en.s sahur sendiri sebab isteri dia merajuk ;p kurang pahala hari tu. dan bulan puasa ni pun ada cabaran dan dugaan. boleh gaji en.s bulan 7 tak masuk lagi sampai sekarang. bila siasat, rupanya cek dia salah nombor akaun. maka kena tunggu sampai minggu depan la kot. pula tu, tv rumah ni da dua biji buat hal. boleh dia tak nak keluar gambar. har tol. hari ni pula tu. masa saya tak perlu mengajar. bosan! tu yang buat post ni. tetiba rasa nak cerita pasal rumah pusaka tu. bukan cerita pun sebenarnya kan cuma upload gambar je. tu pun da makan masa. huh. hari ni tak tahu nk buka apa ek.

Tuesday, August 9, 2011

senggarang ke shah alam

the conversation i can never forget

aa: halloooo
as: hello aa, as ni. ibunda ada?
aa: tak ada. da balik
as: o. siapa ada kat sana?
aa: aa kat rumah la ni. kau kat mana?
as: kat senggarang. baru sampai sini
aa: mana?
as: senggarang
aa: shah alam?
as: senggarang! *kuat sikit tonasi tu*
aa: ha ye lah nanti aku kirim salam
as: .............

sungguh macho perbualan tersebut. hahahaha.

Saturday, August 6, 2011

kempas baru-tanah merah-batu pahat

assalamualaikum.

selamat berpuasa hari ke enam. lapar pula rasa sekarang ni. hahaha. hari ni nak cerita pengalaman ke rumah mertua aritu. sekarang baru ada rasa nak mencoret. kat rumah johor, walaupun tak buat apa sangat tapi rasa berat je nak menaip. walaupun tv kat rumah tengah mogok tak keluar gambar, masih tak ada mood nak menaip. mungkin sebab cuaca panas sangat agaknya.

jadi teruskan kepada repot perjalanan ke tanah merah, kelantan.
pengangkutan yang digunakan : keretapi tanah melayu.
waktu keberangkatan : 7.45malam.
harga tiket : rm41.
kelas : 2
waktu ketibaan : 7.45pagi.

12jam tu perjalanan ke sana. kalau pergi ke perlis macam dah tak kisah sangat sebab dah familiar kan. lagipun rasanya naik bas lebih selesa daripada menaiki keretapi. sebabnya, sempit! tempat duduk sempit seh. macam naik bas yang berhenti-berhenti tu. macam naik bas sekolah. aisle luas tapi tempat duduk sempit. en.s cakap kalau dapat seat ni dan tak kenal orang sebelah, confirm tak selesa langsung. seat ngam-ngam lebar badan kitorang je. bukan tu je. setiap perhentian keretapi akan berhenti dan ambil penumpang. maka, lampu dibiarkan terbuka sentiasa. sebab selain nak ambil penumpang, penumpang yang sedia ada pun boleh bergerak ke hulu ke hilir nak pergi tandas ataupun ke cafe. dan dari masa ke masa, pemeriksaan tiket akan dilakukan. saya ni pula jenis yang kalau nak tidur tak boleh berlampu terang. rasa penat sangat badan kalau tidur berlampu. lepas tu, bergoyang-goyang pula. bisingnya dah tentu la. bukan je dari bising geseran landasan, tapi sebab orang sentiasa keluar masuk dan lampu terang, maka ada yang berbual-bual kuat. pendek kata, kalau tak dapat coach yang ada katil, memang sedaya boleh akan elakkan menaiki keretapi lagi. lebih baik naik bas. tapi masalahnya pula, kalau naik bas dari tanah merah, tiada yang terus menerus ke jb. kena tukar bas di suatu tempat nanti. menurut cerita la. saya belum berpengalaman lagi. kalau nak yang terus menerus, kena menaiki bas dari kota bahru. jauh pula dari tanah merah. tapi akan usahakan juga lepas ni.

perjalanan balik ke bp pula, alhamdulillah sebab menaiki kereta kakak ipar. kebetulan dia dan suami pun pulang juga. jadi kami ambil kesempatan la balik dengan kereta. tapi perjalanan dengan kereta pun lama gila rasanya. 13jam baru sampai bp. tapi mungkin sebab singgah ke melaka dulu hantar adik ipar balik kolej. bertolak pukul 8.30pagi. lalu gua musang. rasa macam kejap je nak keluar dari kelantan tu. tapi perjalanan kat pahang tu dah seharian dah. gilo besar pahang. ada satu kawasan tu sangatlah bosan ya amat sampai saya terlelap. saya tak sampai hati nak tidur terutama bila en.s memandu. agak susah juga nak tidur dalam kereta. memang dari dulu macam tu. lebih seronok tengok pemandangan walaupun kadang-kadang tak best. tapi hari tu ada satu kereta terbabas kat tepi jalan. kitorang ingatkan macam kejadian tu berlaku semalam sebab tak da tanda-tanda yang macam baru berlaku. tapi bila berhenti kat satu kawasan, abang ipar *kereta kedua* beritahu masa mereka melintas kereta tu, ada orang tengah merangkak keluar. kesiannya. dah la laluan tu macam sunyi juga. rasanya macam dah serik nak pergi balik tapi kena korbankan tu semua sebab macam mana pun perlu balik rumah keluarga di sana kan. naik flight je la lepas ni ye en.s? hahahahaha. ni belum merasa lagi time jam gila yang selalu masa musim raya tu. kalau terkena, tak tahu la macam mana perasaannya  nanti. huhu.

sampai je kat rumah mertua, mandi dan tukar baju, kemudian terus ke rumah makcik. sebab rutin mereka, setiap hujung minggu, akan berkumpul di sana. air kat rumah mertua punyalah sejuk macam air terjun. yang kalau air kena kat badan rasa macam tercungap nak udara tu. hahaha. boleh ke korang bayangkan apa yang saya terangkan ni? tapi memang syok habis mandi air sejuk macam tu. rasa macam setiap titik air masuk ikut liang roma dalam badan ni. segar sungguh! tapi ni pun belum rasa lagi mandi masa subuh. hahaha. air dia sentiasa sejuk. tengahari pun sejuk juga. tu yang bestnya. bila panas-panas, mandi air sejuk macam tu. memang tak nak keluar toilet la weh. malam tu ikut kaum lelaki pergi mancing. nasib baik plan asal en.s tak menjadi, kalau tidak, memang saya berdesup la balik ke bp sorang-sorang malam tu juga. atau paling tidak pun, merajuk lama la. huhu. esoknya tak ke mana sebab adik beradik lelaki dan abah ke hutan cari kayu untuk buat rumah baru. jadi duduk je di rumah dengan keluarga perempuan. bual-bual sambil makan durian yang maha banyak. ada je sedara mara yang datang hantar durian. murah rezeki. sedap pula tu. durian kampung kan. tak ada campuran lagi. bajet macam da puas la makan sebelum kaum laki balik. lepas tu, bila abang ipar dan adik ipar yang tadi tidur start makan lagi, saya pula tak boleh nak tahan nafsu. bedal lagi durian. akibatnya, sampai sekarang tekak gatal-gatal lagi. ma siap bekalkan durian untuk bawa balik ke bp. pehhhhhh. best-best. suasana tak menjadi masalah bagi saya tapi perjalanan yang jauh tu, ya. ma sempat lagi pesan jangan serik. ibunda pun siap call lagi pagi ahad tu untuk pastikan saya tak bangun lewat kat rumah mertua. tapi, malangnya kat sana sangat susah nak dapat line maxis. huhu.

semalam ke rumah mak, makcik cakap "macam da ada je tu". hahahaha. belum ya. hari ni ialah bulan ke 60 kami berpacaran. bulan ke dua berkahwin. macam cantik dan senang ingat tarikh. 4hb nikah, 5hb sanding, 6hb couple. lagi cantik kalau anak-anak lahir 7hb dan 8hb dan 9hb dan 10hb dan 11hb. ikut turutan. hehehe.