Tuesday, March 6, 2012

the power of doa

assalamualaikum

you know what, on the last day arwah mak kat hospital, masa tu saya dalam perjalanan nak balik ke johor. masa lalu depan stesen minyak yang tak jadi sebelah summit, saya teringatkan mak. terus doa Ya Allah, kau ringankanlah beban penyakit mak. sayangi dan kasihanilah dia. dan, masa sampai di hospital, nurse 3 orang sebelah mak. it was a rare sight sebab selalu seorang je nurse yang in charge untuk cek mak. so i was nervous inside and sat by ibunda's side. ibunda whispered to me "mak is getting worse". lepas tu, nurse-nurse tu keluar dan panggil my aunt, who is a matron at the hospital. masuk je dalam wad tu semula, my aunt terus berlari kat mak dan bisik kat mak sambil nangis-nangis. we were like eh, kenapa? her husband asked her, what's the matter and she answered, nafas mak dah makin rendah. jadi dia panggil atok untuk ada sebelah mak. dia atok dan busu ajar mak sebut kalimah Allah. mak masa tu eventhough pakai bantuan oksigen, mulut dia masih ternganga sebab nakkan lebih oksigen. masa atok bisik kat mak, i saw with my own eyes because masa tu anak beranak dah kerumun. saya ada kat kaki kiri mak. pegang kaki kiri mak. sejuk. mak ikut bila atok ajar dia sebut kalimah Allah dan habis je mak ucap, nyawa mak pun habis. innalillah. sekejap sangat rasanya Allah makbulkan doa saya. untuk siapa yang duduk batu pahat, tahulah berapa jaraknya dari tempat saya berdoa ke hospital tu. mak pergi pukul 10.30 malam. masa nak ke hospital tu, ibunda pesan suruh bawakan dia punya pashmina sebab dia stay kat hospital dari petang, dia cakap dia tak sedap hati. saya bawakan mak kipas tangan sebab mak selalu cakap dia panas walaupun bilik ber-aircond. sebab kesan penyakit dia yang buat dia rasa panas. rasa belum bersedia nak terima makbul doa saya tu sebab macam sekelip mata je Allah tunaikan. sebab doa tu, mak terus tak rasa sakit. boleh baring, boleh tidur lena. alhamdulillah mak tak rasa lebih sakit kalau nyawa dia lebih panjang.

selain tu, ni cerita tahun lepas pula masa saya kena dugaan. masa tu ada doa sesuatu dan tak lama lepas tu, memang Allah makbulkan. cerita yang ni terlalu privasi yang tahu cuma ibunda dan en.s. dua kali saya mohon doa untuk orang yang sama dan dua kali doa saya dimakbulkan.

dan yang terbaru, lepas saya buat treatment pcos, setiap kali sujud saya doa Ya Allah kurniakanlah aku anak kembar yang soleh dan solehah, sihat serta sempurna sifatnya. dan, Allah makbulkan. cuma bukan kembar. Allah makbulkan saya dikurniakan anak. padahal saya berdoa dalam keadaan yang saya sendiri tak tahu saya sudah bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai ibu. kuasa Allah memang besar. saya tak mengharap pun. saya cuma berdoa. masa rawatan pcos tu, kan period saya tak berhenti. masa rawatan, lepas yang kedua saya dan en.s buat keputusan untuk berhentikan rawatan. masa tu pun doktor dah beri pil untuk kitaran yang seterusnya. tapi yang dikunjung tak tiba. dalam hati, aik,dulu tak berhenti. ni dah makan ubat, tak datang pula. masa jumpa doktor untuk kali kedua dan scan untuk kali kedua, yang buatkan kami mahu hentikan rawatan bila doktor cakap, telur saya tak cukup matang dan persenyawaan pun tak dapat berlaku masa tu. masa subur saya dah lepas. price for the treatment pun agak mahal sebab pergi hospital swasta. sekali menjadi la pula..kihkih..ahad yang lepas jumpa doktor beritahu period tak datang dan beritahu tarikh akhir period, terus dia suruh scan. letak gel, terus dia tunjuk ha ni anak awak. 16.8mm. ni kepala dia kat bawah. lepas tu dup dup dup dup laju sangat dengar degup jantung anak saya. masa tu baru saya yakin dia ada. jumaat 24 februari buat ujian kemengandungan kat rumah sebab tarikh tu patutnya saya period tapi da dua bulan tak ada. bulan satu buat, resultnya negatif. jadi buat test bulan ni pun tak mengharap. bangun awal sikit pagi jumaat tu dari biasa. buat test. tunggu dan tengok je kit tu. eh,eh ni apa ni nak jadi dua garisan pulak. biar betul? terus kejut en.s. tanya dia nak tengok tak result? en.s dengan mata merah-merah, bangun tengok, lepas tu eh, tu positif la kan. saya cakap aah. lepas tu terus mandi. en.s terus tak boleh tidur. terus mandi juga. tak ada drama nangis-nangis peluk-peluk pun. malam sebelum buat test tu, tanya en.s macam mana kalau mengandung pastu nak bagi anak makan apa? en.s jawab ada lah rezeki budak tu. tanya lagi pastu nak bagi dia pakai apa? en.s jawab lagi, ada lah rezeki budak tu.

sekarang dalam sujud ibunda doa untuk anakanda murah rezeki, jadi anak yang soleh dan solehah, sihat dan sempurna. amin. kita jumpa 6 oktober 2012 ya sayang..


mak, anak sedih mak tak dapat dengar berita ni. anak harap mak dengar masa anak beritahu mak kat rumah mak hari tu. rindu mak sangat. anak doakan mak bahagia di sana. sabtu ni mak dah 100 hari pergi. macam baru semalam tengok mak kat hospital masa Allah ambil nyawa mak. alfatihah untuk mak selalu.

Sunday, March 4, 2012

i am easily tired nowadays

i've been neglecting this blog for so long like it never existed. i have so much to talk about but with so little time. for the past fortnights i have to replace a former staff's schedule. she quit the job after only 4 days of working. thus i am forced to work overtime. moreover there were days that i have to accompany en.s played football as he was selected to be in the company's football team. when i have to work for long 12 hours each day, i feel very tired. i neglect my house chores and went to bed early. sometimes i have to ask en.s for help. luckily, he is the best husband and he helped me a lot.

b, tolong this.. ---> done
b, tolong that.. ---> done
b, please iron my uniform..
    alaaaa *mengomel*
         b, ikhlas x? ---> done.

thanks dear husband. i love u.

post lepas ni, insyaAllah ada cerita yang lebih bermakna dan info berguna. cewah. tapi entah bila