Monday, November 30, 2009

twilight

tengok semula cerita twilight.mahu kekasih seperti edward cullen.sekian.

horror movies?

the family are fighting with evil...seriously...i'm not watching too much crap on tv...some of u might not believe in sihir,ilmu hitam,buatan orang and that sort of thing...but we never know what other people might do unto us...the family has been very nice to everyone...we never hold a grudge towards anyone...i just couldn't believe what is happening right now to the family...i couldn't sleep well last night and each time i woke up for a bad dream,,,i am reciting ayat kursi until i fall asleep again...i had several bad dreams last night...it never happened before or maybe i am just thinking about it too much...please don't mistreat others,,,dear friends...i just hope this that the person who did this to our family,,,will be punished by the Almighty...

Thursday, November 26, 2009

panggilan haji......

selamat hari raya aidiladha!!

this is the time when i miss my life in mecca & madinah when i was the tetamu Allah...i was watching channel 111 astro just now & it hit me again...each time when Aidiladha is coming,,,i feel the same thing i was feeling when the first time Kaabah was in front of me...u can't describe it no matter how much effort u put,,,searching for the right words...
masa mula2 Kaabah ada depan mata,,,terkedu memang macam tak caya...nak cakap poyo pun,,lantaklah...rasa macam first time rase caramel ice cream...rasa macam tidur dalam bilik aircond time panas...rasa macam..............aku rasa macam aku dan Kaabah saja yang ada masa tu...semuanya jadi sunyi sepi...sebak...sebak wey...sebak sangat...
sebelum tu,,,masa dalam air plane,,,da tak ada rasa apa2 lagi dah tentang semua yang aku tinggalkan...nak kata takut,,,ada la jugak sebab ilmu memang tak cukup,,,kursus tak pernah pergi pun walau sekali...sebab masa tu aku tengah kat matrikulasi,,,nak amik final exam...baju pun ibu yang pack kan...sembahyang taubat pun da buat,,,yakin yang Allah terima taubat jadi redha apa saja yang berlaku masa kat sana...
cuaca kat sana sedap saja tak sejuk tak panas,,berangin...tapi masa nak melontar jumrah hujan lebat & banjir sikit...kena randuk air masa nak pergi melontar malam2 sebab jemaah malaysia kene pergi malam supaya tak crowded sangat...takut ada yang kene pijak sampai mati macam dalam berita & Alhamdulillah pihak TH memang efisien...laluan masa nak ke jumrah tu,,,kat tepi2 ada je org yang jual macam2,,,tengok jemaah lain tidur tepi jalan sebab datang sendiri dari negara mana2 tah bersepah2...berkhemah tepi jalan...bila sampai betul2 depan tempat melontar tu,,,memang akan ada rasa geram sangat2...agak bersesak jugak masa nak melontar tu tapi dapat juga bergerak ke depan bila ada orang yang kua tuk beri laluan...rasa macam nak baling dengan batu yang lebih besar & banyak2 tapi kene ikut syarat,,,7 biji saja...
masa bermalam di muzdalifah,,,sejuk sangat...cari batu kene betul2 sebab takut terambil taik unta...tidur atas tikar atas tanah bawah langit...tandas kat mana2 pun mmg kene share...paling crowded and beratur panjang masa kat mina and arafah...kat mina and arafah ada khemah tuk tidur ramai2 & aku punya agen ada sediakan tilam nipis...yang lain tak dapat...hehehe...makanan selalu dapat yang sejuk2 je sebab mestila catering da sediakan lama kan,,,masak dari pagi & amik masa tuk distribute kat semua jemaah...nasi & lauk kering,,,tak bape sedap tapi makan je la kan since aku pun bukan jenis yang cerewet kalau bab makan ni sebab tu semua rezeki yang Allah da beri,,,buat apa nak cerewet...
bila kat hotel,,,yesssssss makanan sedap2...kicap ada,,,sambal belacan pun ada...petai je yang tak jumpa...paling suka time breakfast sebab ada peanut butter yang lain dari yang lain...sedap gile...addicted...siap cari tuk beli bawa balik...tapi bila da kat rumah,,,tak rasa nak sangat pun...feel lain,,,boleh?haha...tapi sampai sekarang,,,memang tak boleh lupa rasa peanut butter tu...
kalau nak turun berjemaah kat masjidil haram & masjid nabawi,,,kene gerak awal dalam setengah jam lebih kurang tuk dapat tempat yang selesa...kalau boleh,,,cari tempat yang belakang dinding atau tiang atau penghadang sebabnya,,,bila jemaah lain da sampai,,,especially dari afganistan,,,turkistan,,,go-head-goes-tan la jawabnya...diorang jenis yang menyelit saja tak kira di mana...jemaah dari dua negara ni kalau boleh elakkan...yang dari turki tu,,,badan besar2 jadi bila dia menyelit,,,sangatlah tak selesa tuk solat...walaupun ada ruang kecil je,,,yang macam separuh badan aku je boleh muat,,,diorang akan masuk juga...please imagine badan 2 kali lebih besar nak masuk tempat yang 3 kali lebih kecil...memang kita merana sempitla...yang dari afganistan pula,,,badan kecil2 je tapi baunya memang tak tahan la...sebab diorang ni pula jenis yang tidur pun kat kaki lima masjid atau tepi jalan sebab tak mampu nak sewa hotel...mandi pun kat tandas masjid,,,tu pun kalau mandi la...
air zamzam memang sangat sedap & lain rasa dari air zamzam yang kat sini...24/7 air zamzam tu ada saja & sejuk sentiasa kat dalam masjidil haram tu...cawan plastik pun ada disediakan,,,jadi minumlah air zamzam sepuas2nya...wat air minum wat air wudhu'...lain sangat rasanya!bila minum air zamzam tu memang rasa tak puas...kat madinah pun macam tu jugak...
madinah bandar maju sikit dari makah...kalau nak syoping,,,kat madinah lebih banyak pilihan,,,moden sikit...syoping coklat sedap kat mekah...lepas abes saie,,,ada pintu yang da dekat tuk pergi market cari barang2 makanan...odw ke masjidil haram,,,kiri kanan ada kedai2 jasi boleh la singgah tiap kali lepas sembahyang kalau memang nak syoping...seronok!
masa kat mekah,,,ada sekali fardu tu,,,aku tak khusyuk,,,teringat rak mana yang aku letak selipar...bila keluar & cari rak tu,,,selipar da tak ada da...da kena curi...jadi,,,bila tgh ibadat,,,jangan fikir yang lain2...hahaha...selain tu,,,masa kat madinah,,,nak masuk raudhah,taman syurga & melawat makam Rasulullah,,,ada masa khas tuk kaum wanita dan kaum lelaki...memang ramai...kena tunggu turn...sekali tu ada group dari afganistan yang potong baarisan dan melangkah sambil pegang kepala orang lain yang tengah tunggu,,,melangkah sebesar boleh,,,mengangkang seluasnya...ramai2 pulak tu...masa tu aku di uji kesabaran...marah aku kat diorang sampai menangis tahan geram...tak hormat orang langsung!masa aku tengah marah tu,,,ibu sedarkan...terdiam,,,menangis sendiri...tak sangka ada ujian macam tu...walaupun kecil,,,tapi Allah mamang nak uji hambaNya...aku pula memang mudah tersentap kalau macam tu...ibu dapat sembahyang lama dalam raudhah lama...aku dapat juga sembahyang hajat masa kat raudhah tu...wangi masa lalu tepi makam...
seronoknya!!nak pergi lagi!!gambar2 ada hard copy je,,,scanner tak ada & video pun bukan dalam file mpg...

twenty six eleven

"happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to awak
happy birthday to you"

org doakan awk dpt kebahagiaan & ketenangan yg awk slalu cari

u r the one who can make me laugh & smile when i need it the most
the most important thing is u r my gps

and,,,oh,,,orang syg awak

Wednesday, November 25, 2009

pandu cermat jiwa selamat

last saturday, when i was driving to my aunt's house,i was nearly hit a motorcycle rider...aku drive kat lane yang betul & tak lah laju sgt...suddenly, a motorcycle was coming from left and it nearly hit us!he/she didn't even gave signal...dia nak gerak ke kanan,tapi dia tak beri signal yg dia nak ke kanan...apa dia ingat aku boleh baca fikiran dia ke...nasib baik sempat elak...dia main meluru je,dengan lajunya,tak beri signal lagi...dan dengan beraninya dia gelak2 masa ibu pandang belakang...kalau kau nak mati,jgn libatkan lima orang lain lagi...bila jadi macam tu,berderau darah,rasa macam nyawa hilang sekejap...tolonglah fikirkan orang lain bila memandu...patutlah kadar kemalangan jalan raya kat Malaysia ni tak pernah nak surut...segala usaha kerajaan macam sia2 je...penat je berkempen...sekarang ni,bila nak gerak ke mana2,aku la yang jadi driver sebab keadaan ayah sudah memang tak boleh drive...nak biarkan ibu yang drive,tak sampai hati...lagipun aku memang suka driving cuma paling tak suka bila kene drive pagi2 sebab akan rasa mengantuk sangat2...kalau ada adik beradik,mesti boleh tukar2 drive bila rasa dah penat...

Tuesday, November 24, 2009

boleh tak jgn menggedik or peramah-dlm erti-kata-kau

rimasnya tengok kat facebook bile ade awek member yang suke o laju saja bagi komen pada member2 boyfriendnya...semua dia nak tegur,semua die kawan,semua dia nak kenal...bila da jumpa sekali dua,da jadi bestfriends ke?...'member u,member i jugak'...kena macam tu ke?or sebenarnya saja suka perhatian di keliling lelaki2 boyfriend kau tu...sebab tak pulak sebok2 komen itu komen ini kat facebook rakan2 perempuannya...bila da komen tu tak cukup sekadar barang se dua komen...selagi dilayan,,selagi itu melayan...mungkin ada yang cakap "suka hati diorg la...account kau x terjejas pon"..respons aku "meluat tengok perangai gedik"...boleh beza mana tulen mana tidak...