Friday, July 29, 2011

debar first time nak ke rumah mertua

assalamualaikum

hari ni remarks satu pengalaman baru untuk saya. tapi belum terjadi lagi tau sebabnya pengalaman akan bermula pukul 730 malam nanti. hehe. minggu ni rancang mahu pulang ke kampung halaman en.s. kali pertama untuk saya sampai ke rumahnya. mula-mula rancang nak balik dengan kereta sebab ada nak bawa barang banyak. tapi lepas runding dengan ibunda, dia cakap tak pe boleh bawa barang tersebut masa majlis bertandang nanti. jadi ibunda sarankan balik naik bus sahaja. semalam saya jumpa makcik, dia sarankan naik keretapi saja sebab di tanah merah ada stesen. jadi akan mudahlah kan.

jadi tadi pergi ke stesen keretapi kempas baru. first time sampai sana. semalam siap ajak en.s cari dulu stesen tu pukul 12 malam lepas tengok match malaysia-singapura tu. ingatkan nak beli yang coach punya tapi sold out seh! adoi. jadi beli je la yang seat biasa second class punya. bedal je lah. harap-harap yang balik nanti ada la yang berkatil. tak sanggup mak nak duduk lama-lama 12 jam macam balik perlis dulu. lepas tu terfikir, aiseyman nak balik dari rumah kat jb. baju tidur semua yang ehem tak sesuai kotttt nak pakai kali pertama kat rumah mertua. damn! bila tanya en.s, jawapan dia ok saja semuanya. gilo. dah la baju semua cam eee tak tahulah elok ke tak. sopan ke tak. pening la nak pilih baju. kalau bergerak dari rumah batu pahat, ok la sikit kot sebab boleh refer kat ibunda. huhu. dengan kain batik tak bawa. nasib baju kurung ada spare sepasang.

lepas tu fikir pula, apa nak bawa bagi buah tangan ek. tak kan nak bawa badan je kan. tak sesuai. jadi telefon ibunda lagi nak minta idea. dia cakap bawa je kurma sebab dah nak puasa kan. so ok beli kurma. en.s pun kata ok. tapi still rasa macam tak cukup. huhu. ingat nak bawakan kuih tapi macam awal sangat pula. lepas tu fikir pula dah la sampai tanah merah nanti awal pagi, pukul 7 lebih tu awal pagi ye bagi saya. ahahaha. tak kan sampai-sampai nak tidur terus. nak tidur pun maksimum berapa lama. sebab dulu kalau bp-perlis-bp memang sampai je terus tidur sampai ehem dekat tengahari. penat tau 12jam dalam bus. pergerakan pula limited kan. nak naik airplane, sedar diri tak mampu lagi setakat ni. insyaAllah tahun depan balik sekali naik plane sebab dapat yang promo 1 sen tu. hahaha.

susah la tak bekerja ni. mengharap duit en.s saja. dah la dah nak raya ni. duit pakai banyak ni. tiba-tiba dah kena hulur duit raya. lepas ni nak kira berapa ramai yang nak kena bagi. kena buat list dan had umur. ahahahaha. nak buat kuih raya tapi oven tak de! ada yang nak sponsor tak?

Wednesday, July 27, 2011

twenty seven seven

happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to mak and atok
happy birthday to you

mak *grandmother* is 78 today. masih muda sebab kami cucu-cucu panggil mak lagi...sepatutnya kan nenek tapi panggil mak lagi. mak is the best nenek in the world. walaupun kadang-kadang ada yang tak boleh tahan dengan kerenah nenek, tapi bagi saya, itu semua masalah dari diri sendiri. dari kecil, mak dan atok lah yang jaga saya masa ibunda dan ayahanda bekerja. walaupun tak ingat masa bayi if mak atau atok ada tukarkan napkin atau apa, tapi boleh rasa kasih sayang mereka. saya memang rapat dengan mak. dan kalau dalam seminggu tak menjenguk mak kat rumah, rasa semacam. masa belajar kat perlis dulu pun, setiap kali saya balik ke bp, saya mesti akan singgah rumah mereka. tak kira la singgah masa baru sampai atau masa nak balik ke perlis. dulu, bila tertinggal van sekolah nak pergi sekolah agama, atok yang hantar naik motor. atok je yang panggil saya dengan nama gelaran special. kalau family lain panggil dengan nama yang atok panggil tu, bolayan saja. tapi bila atok yang panggil, automatik menyahut. mak yang siapkan pakai tudung. mak yang buat sambal kacang paling sedap pernah saya rasa. dulu masa nak raya, tolong atok menyibuk tengok dia kacau dodol. dulu masa nak raya, tolong mak buat bahulu cara lama. guna arang. berpanas. tapi mak best sebab dia cakap, boleh minum air botol kampung free yang sejuk. dahulu, masa kecil, masa tak berapa nak faham kewajipan berpuasa. sekarang da faham dah. buat dengan sepupu dan pakcik. hehe best. tapi sekarang mak dan atok dah tak kuat nak buat tu semua. mak pun, sekarang ni ada dalam wad hospital pantai batu pahat sebab paru-paru mak bermasalah. sempena hari lahir mak dan atok ni, saya doakan banyak-banyak mak dan atok panjang umur, sihat selalu. ira doakan yang terbaik untuk mak dan atok. sekarang ira da jauh kena ikut suami dan jaga suami pula. tapi ira janji akan cuba balik sekerap mungkin. walaupun mak dan atok memang takkan baca pun post ni. mak cepat sembuh ya. nanti pergi majlis bertandang bulan 10 kat kelantan ;)

| menjadi la schedule post tu. hehe. arini pula maxis broadband menjadi baik pula boleh access internet. tahniah. |

Tuesday, July 26, 2011

peperiksaan pegawai tadbir dan diplomatik 2011

assalamualaikum...

kali pertama mencuba menggunakan scheduled post. kalau berjaya, alhamdulillah boleh diteruskan untuk masa yang mendatang. kali ini nak bercerita tentang peperiksaan kemasukan khas pegawai tadbir dan diplomatik gred m41. sungguh panjang nama peperiksaan. panjang lagi akal yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pada 16jun2011. huhu.

seksyen a : pengetahuan am
amboi amboi amboi. kata pengetahuan am tapi tak sangka pula pengetahuan am kali ni ialah pengetahuan tentang dasar penswastaan, dasar pensyarikatan, model ekonomi baru, sumber dan bukan sumber, dan nkra, antaranya. dan jangan pula kamu anggap dia akan tanya yang basic sahaja maka kamu akan menjadi seperti saya. terkelu menjawab soalan sebegitu rupa. jangan ingat dia tanya berapa dasar nkra. jangan ingat dia tanya apa itu apa-apa. tidak. tidak banyak. daripada 60 soalan yang akan anda jawab, mungkin dalam 1/4 yang soalan direct saja. tentang komputer juga ada ditanya. seperti dia beri satu nama dan tanya adakah itu adalah worm komputer atau virus atau apa tah lagi dua pilihan yang ada. maka pilihlah anda jalan kebenaran. akta-akta pun kena lah tahu. dasar-dasar terbaru yang perdana menteri isytihar perlu hafal secara detail. kalau tidak, menangis lah. kali ni punya, pada pendapat saya lebih susah daripada yang pertama dan kedua yang pernah saya ambil.

seksyen b : daya menyelesaikan masalah
ini ialah matematik punya seksyen. kebarangkalian, peratus dan juga masa adalah soalan lazim. ketiga-tiga kertas yang pernah saya duduki sebelum ni pun, topik tersebut memang ada. tapi yang kali ni saya rasa lebih mudah dari yang kedua yang dahulu. selain matematik, ada juga yang untuk menguji IQ. yang ada bentuk-bentuk lepas tu dia tanya bentuk apa yang sesuai selepas itu atau dia bagi aturan nombor dan cari yang sesuai selepasnya.

seksyen c : pengertian dan kefahaman terhadap esei-esei
ada 20 soalan, 4 petikan. 2 petikan bahasa malaysia dan 2 petikan bahasa inggeris. petikan pertama tentang kepupusan penyu di malaysia. tapi agak susah juga la. terutama yang bahasa inggeris sebab petikan dia bukan guna bahasa inggeris yang tipikal. atau mungkin sebab saya dah lama tak terdedah dengan bacaan buku bahasa inggeris maka otak dah berkarat. soalan yang ditanya tak semestinya dapat dalam petikan. macam kena fikir untuk yang tersirat juga. perlu baca ulang kali dan fahamkan dengan bersungguh-sungguh. masa pula terhad. kena cepat fahamkan. faham?

seksyen d : esei bahasa melayu
ada tiga pilihan yang diberikan dan perlu menjawab hanya satu. panjang esei dalam 300-500 perkataan. kalau tulisan sederhana besar, cukuplah dalam semuka setengah saja. antara topik yang diberi ialah tentang pendermaan organ-langkah kesedaran untuk rakyat Malaysia tentang pendermaan organ. kemudian tentang sejauh mana kita bersetuju dengan penggunaan teknolgi nuklear di Malaysia bagi menggantikan sumber tenaga yang semakin habis. pilihan terakhir ialah tentang cara menangani perang kalau tak silap. tak ingat sebab saya tak jawab soalan yang ketiga tu. buatlah karangan ikut suka hati dan idea pada masa tu. berharap isi yang diberi cukup memberangsangkan.

seksyen e : esei bahasa inggeris
ni pun 3 pilih 1. tapi cuma perlu buat dalam 200-300 perkataan saja. topik yang diutarakan ialah how new development affects malaysia, public innovations and reforms dan importance of recycling. tapi yang tepat tak ingat la ayat dia. yang ni siapa yang dah siap boleh terus balik tapi hanya boleh keluar 10 minit sebelum masa sebenar berakhir.

boleh tolong doakan saya supaya dapat mara ke pusingan kedua pula. hehe. semalam *isnin 25julai2011* dapat panggilan interview di yamouchi (malaysia) sdn. bhd. di senai. doakan dapat ya. yang ni akan cerita kemudian. oh, minggu ni dah nak puasa kan. selamat berpuasa semua umat islam. semoga ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kalian. saya tau saya punya lebih bermakna sebab berpuasa sebagai isteri orang untuk pertama kalinya. semoga lebih banyak pahala yang diperoleh untuk cover segala dosa yang lalu.

Sunday, July 24, 2011

harry potter and the deathly hallows part 2


dari hari pertama harry potter and the deathly hallows part 2 keluar wayang, rasa nak tengok tu dah membuak. memang tak pernah miss tengok cerita ni. pernah sampai tengok sorangsorang sebab en.s sibuk manjang dan member yang lain tak minat cerita ni. hmmphh. jadi tengok je la sendiri. best juga. yang part 1 tak berapa suka sebab dumbledore mati kan. siapa yang suka tapi yang part 2 ni memang terbaik untuk mengakhiri sequel hp ni. kami bertiga masuk *pergi dengan sepupu/housemate* pukul 1010pm lepas makan tomyam buatan sendiri di rumah. sepanjang tengok tu, tak senang duduk. bukan sebab aksi cerita tu atau apa tapi sebab kesejukan. gila sejuk kot. en.s da pakai sweater da dan saya pun da bawa pashmina sendiri. tapi tu semua tak membantu. gila la bukak aircond sesejuk tu untuk masa macam tu. keluar je panggung, masing-masing teruja. berbaloi la tengok hp last ni. aksi cukup rasa semua. tak la macam transformers yang da jatuh bangun kena hempas pulas tergolek dalam bangunan yang nak runtuh tu, baju heroin siap cantik je lagi warna putih bersih macam baru keluar dari kedai lepas beli. makeup pun tak tercalar dengan tak de luka-luka lagi. gila hebat heroin baru transformers tu. tapi dengan cerita hp ni, tak la macam tu dan tak la perfect sangat tapi nampak la realnya tu. jalan cerita pun kami tak sangka jadi macam tu. kreatif betulla si jk rowling tu. memang patut jadi bilionair. hebat. rasa sedih pun ada sebab da tak ada cerita yang saya tunggu setiap tahun. tapi firasat saya macam ada je lagi sequel sebab perasan macam keluarga malfoy tu tetiba je balik dulu masa si voldermort tu mati. mesti ada sebab kan. lagi satu sebab tongkat sulung je yng hp hapuskan tapi invinsible cloak dan resurrection stone pun masih ada lagi. mungkin yang ganti voldermort nanti ialah drako sebab drako kan memnag musuh dengan hp. barula ada lawan yang setanding dengan hp nanti. atau mungkin albus severus potter yang akan lawan dengan drako malfoy nanti. hahaha.

Saturday, July 23, 2011

sesi 2, prog integrasi plkn, kem sembrong

assalamualaikum...

lama sungguh tak berbicara dalam blog ni. kekadang rindu nak coret itu ini tapi lebihnya ada penyakit 'm'. tapi ni macam ada semangat baru. mungkin sebab baru balik dari plkn. hehe. semangat wira dan wirawati harapan bangsa tu. teringat masa dulu-dulu. selama 5 hari saya bertugas sebagai penceramah jemputan program integrasi program latihan khidmat negara di kem sembrong, kluang. di sana saya dipanggil cikgu. kena selesaikan tiga modul dalam masa 5 hari iaitu kebudayaan, keagamaan dan peranan lelaki dan perempuan. kan sebelum ni ada cakap yang program ni ditangguhkan tapi rasanya macam belum lagi beritahu yang saya ditawarkan lagi untuk menjadi penceramah jemputan ni. saya terima sebab masa tu dah lepas majlis perkahwinan dan pastinya, duit sangat diperlukan.

hari pertama sampai, tak rasa berdebar pun tak macam yang selalunya yang akan saya rasa. saya ditugaskan menjaga pelatih kumpulan 3 yang terdiri daripada pelatih kompeni alpha dan sebahagian kecil dari kompeni bravo. tanggapan pertama: "boleh kot, diorang ni macam ok je." masa mula-mula cuma memperkenalkan diri dan lantik ajk kelas. ada ketua, penolong, setiausaha, bendahari dan kastam. alhamdulillah, tak perlu ambil masa yang lama dan yang paling penting, tak kekok. mereka cadangkan nama dan sukarela saja. kelas pun aktif bersuara dan yang bagusnya, mereka buatkan saya rasa seolah saya dah lama mengenali mereka. boleh pula saya cepat mesra dan hafal banyak juga nama. sesuatu yang jarang berlaku. hahaha. alat bantuan mengajar sampai lambat ke kelas menyebabkan saya tak boleh nak mulakan aktiviti dengan penggunaan kertas mahjong kerana semasa latihan kursus trainer on train perkara itu sangat diutamakan. tambahan lagi, hari pertama lagi kami sudah dinilai oleh pihak kem, pihak jlkn dan juga pihak starza corp. terkelu pun ada tapi tugas perlu berjalan dengan biasa. kebanyakan masa saya dinilai, pelatih sedang selesaikan aktiviti berkumpulan dan menyebabkan saya kurang bercakap. wakil dari pihak starza beri komen "tak banyak pun tampal-tampal" dan mencemik. hello encik, saya baru mula latihan 3 dan mahjong dapat lambat dan kami sedang buat persiapan untuk lakonan janganlah nak mencemik pula orang da beritahu hal sebenar. wekk.

hari pertama kami buat lakonan tentang bahasa. mereka perlu melakonkan situasi yang mempunyai penggunaan pelbagai bahasa mahupun dialek di malaysia. dan hasil pertama, sungguh di luar jangkaan saya. mereka memberi lebih daripada apa yang saya harapkan. bangga siot. kelakar pun ada. memang banyak yang kelakarnya. hahaha. kemudian sebelum kelas berehat panjang untuk sembahyang zuhur dan makan tengahari, saya bahagikan tugas untuk mereka sediakan bahan-bahan yang mereka rasakan perlu. setiap kumpulan ditugaskan untuk membuat presentation tentang berlainan topik. satu kumpulan akan present pakaian tradisional, tarian tradisional, seni persembahan, alat muzik dan seni mempertahankan diri. ada kumpulan yang buat baju melayu guna surat khabar. cantik pula tu siap dengan tanjak dan keris. guna selimut untuk buat tarian singa dan wira melayu yang menarikannya. tugas mereka: buat dalam kertas mahjong dan buat satu persembahan tentang topik tersebut. kemudian sebelum kelas berakhir, topik terakhir ialah permainan tradisional. masa yang buat mereka paling aktif. sambutan dari pelatih sangat menggalakkan. mereka semua eh tak semua sebab biasalah ada yang malas-ah-nak-layan-benda-macam-ni punya attitude. ada juga yang tidur!cis!

hari kedua pula kita mulakan dengan topik makanan memang semangat la budak-budak tu. masuk je kelas, ada pula wirawati yang bawa kek dan cempedak goreng kot dari cikgu mereka yang lain. jadi ada la juga modal nak mulakan kelas. hahaha. tugas mereka hari ni, saya suruh mereka masak. dalam kertas mahjong. hahahaha boleh? mestila pelatih plkn hebat kot *termasuk yang dari first batch. ehem!*. malam semalamnya saya dah sediakan menu masakan untuk mereka masak. nasib baik berulang dari bp-kluang, bolehlah cari material yang lain sikit untuk mereka. tugasnya mereka cuma perlu lukis semula bahan-bahan mentah dari resipi yang saya dah sediakan. senang je. selain tu, mereka kena buat rancangan masakan mereka dan terangkan tentang masakan mereka tu. dan, saya tak sangka mereka rajin siap warnakan lagi bahan mentah yang mereka lukis tu. saya dapat idea nak suruh mereka lukis sebab ada seorang wira ni masa semalam dia macam tak participate sangat dan saya dapat tau yang dia suka melukis, jadi memang tepat sekali saya suruh buat tugas tu sebab memang nampak kesungguhan dia. tak de la dia tidur lagi dalam kelas. hahaha. misi berjaya. sesi petang pula buat lakonan lagi. kali ni lagi best sebab topik adat resam. satu kumpulan buat adat resam perkahwinan, kelahiran, kematian dan berkhatan. lawak sangat lakonan adat resam kelahiran kaum india. dan susunan persembahan, perkahwinan, kelahiran, berkhatan dan kematian. macam ikut susunan juga la walaupun tak sengaja terassign mereka buat macam tu. dan untuk lakonan ni, saya tak sangka wira cina yang senyap je duduk tepi je tapi bila dapat peranan jadi 'mangsa' sunat, siap menjerit-jerit lagi. seronok tengok.

hari rabu pula pagi tu buat kesimpulan dan rumusan tentang topik-topik semalam dan buat dalam kertas mahjong sikit kot, tak ingat sangat. kemudian buat upacara rumah terbuka perayaan kaum yang mereka sendiri pilih. ada kumpulan yang dengan kreatif, buat lagu raya baru. sebenarnya tukar lirik je dari lagu raya kumpulan senario. tapi, still, dalam masa yang saya beri untuk mereka buat persiapan, mereka lakukan dengan baik sekali. dan bila diajak menyanyi bersama, semua pun nyanyi. ooo, suka nyanyi rupanya. pagi tu sebelum mulakan kelas, saya ugut mereka dengan satu janji dan satu syarat. saya cakap kalau pelatih semua beri kerjasama paling baik hari ini, tak da yang buat kerja lain, tak da yang tidur, semua terlibat dalam kerja kumpulan, saya janji petang ni, dua jam awak akan diberi peluang untuk main lagi. sambung topik permainan tradisional semalam. tu yang bila buat hari terbuka, semua bersungguh. hehe. tapi bila kami jurulatih berbincang masa tea break, kami akan tukar-tukar kelas untuk 10minit pertama selepas rehat panjang. dan kami perlu bawakan watak cikgu garang. saya masuk kelas kumpulan 1. tegas gila kot. masuk-masuk beritahu nama sikit saya akan ambil alih kelas sampai jumaat la apa la auta sikit, lepas tu terus mula topik kematian. sebab kelas tu belum cover lagi. kelas saya mengelat sikit sebab cikgu tersalah tengok jadual. minta pendapat dari pelatih yang pernah ada pengalaman menyaksikan adat kematian. sekali wirawati tu pengalaman dia masa kematian ayah dia. alamak masa tu rasa bersalah gila babs punya takut dia nangis tak boleh handle la apa la. tapi ok. lepastu panggil wira kaum cina dia tak bagi respon langsung. dia cakap saya tak tau cikgu. saya cakap baca buku dan beritahu kami. dia jawab lagi saya tak tau cikgu. masa ni da rasa cepatlah 10 minit nak balik kelas tercinta k3. bukan tu je, bila saya ugut nak tolak markah kompeni sebab pelatih cina tadi tak bagi kerjasama, ada yang menjawab potonglah cikgu. pehhhhhhhhhh!!!!!!!!! masa tu teringat kat kelas sendiri. walaupun ada yang buat kerja sendiri tidur dan lain-lain, tapi saya tak pernah dapat layanan macam tu. semua bagi respon, tak de yang buat muka, tak da yang kurang ajar. masa tu rasa bersyukur sangat dapat kelas k3.

bila cikgu yang ganti kelas saya tu datang ke k1 dan beritahu tugas dia dah selesai dan kami gelak-gelak sikit sebab dia cerita apa yang dia buat, saya dah tak tahan gelak da nak menuju ke kelas sendiri. tapi sebelum tu saya kena lalu kelas sendiri untuk ke k4 untuk panggil cikgu lain pula. masa tu, tengok dari anak mata, kelas sendiri senyap aja. ada juga pelatih yang jenguk-jenguk dan tengok-tengok saya. tapi masa tu kena kekalkan emosi garang tu. tapi bila masuk je kelas tu dan letak barang di meja, meraka semua nyanyi lagu maafkan kami. cerita pendekar bujang lapuk tu. masa tu memang da senyum juga sikit-sikit tapi harap-harap mereka tak perasan. hahahahaha. masuk kelas, mereka semua duduk tersusun dalam kumpulan, membentuk bulatan. sebelum ni, kami amalkan relaks je asalkan mereka dalam kumpulan dan selesa. sebab dah lah panas, nak tegas sangat tentang kedudukan macam tak best pula. saya beri mereka kebebasan nak duduk macam mana, nak meniarap ke apa ke janji jangan sampai tetidur. kelas pun bersih je. senyap je. lepas je nyanyi, saya tanya kenapa pula awak nak minta maaf ni. apa salah yang awak buat ni. mereka jawab sebab tidur, ada yang buat kerja lain apa semua. lepas tu siap ada yang tanya cikgu marah eh?cikgu merajuk ke?cikgu nangis?cikgu sakit ke?kalau cikgu tak sihat, cikgu pergilah medic. choiiiii korang ni buat saya tersentuh sangat. saya tak sangka respons kamu semua begitu. terharu sangat-sangat. rasa bersalah sebab buat kamu macam tu tapi terpaksa main peranan sampai jumaat sebagai langkah berjaga-jaga. kalau kamu buat perangai yang saya tak berkenan, saya ugut je cikgu garang tu akan ambil alih nanti. hahahahaha ;p

hari khamis dah macam mati kutu tak tahu nak buat aktiviti apa yang boleh tarik perhatian pelatih supaya mereka tak bosan. hari khamis dah mula modul baru peranan lelaki dan perempuan. kalau ikut dalam silibus, aktiviti macam blurghhhh memang tidur la budak-budak tu tambah pula da masuk hari keempat. jadi pagi tu saya bagi tugas mereka untuk lukis diri mereka sendiri dan diri mereka dalam jantina yang berlainan. kalau yang jantina bertentangan tu, saya suruh mereka lukis apa yang mereka rasa mereka akan jadi sekiranya mereka ialah berlainan jantina kemudian saya terangkan la yang sebenarnya mereka boleh jadi apa saja yang mereka ingin walaupun yang mereka nak jadi tu lebih sesuai untuk kaum perempuan. lebih kurang la. apa yang kita suruh mereka buat kena ada rasional dan kena terangkan. lepas tea break buat debat sifat dan sikap jantina masing-masing. dalam modul ni mereka dibahagikan kumpulan ikut jantina. dan, dalam debat ni kena buat dalam berpantun. isi yang mereka nak utarakan kena dalam pantun tapi kalau nak bidas, boleh berpantun atau tak. masa ni pun kelakar sebab dengar macam-macam gaya dan ayat pantun. kelas ni memang selalu buat saya tergelak, tak rasa stres pun ajar. bila minta pendapat, mereka beri. bila saya macam blur, mereka pun tolong. petang tu pula, buat aktiviti nyanyian. wira lawan wirawati. nyanyi lagu yang ada kaitan dengan jantina. masa ni pun seronok. kesimpulannya memang seronoklah dengan mereka ni.

hasil kreatif dengan kertas mahjong dan sesi nyanyian last day

gila panjang post ni. ambik kau dah lama tak cerita, sekali keluar post baru berjela. tak pa, ni da last day punya cerita. pagi tu rasa berdebar. rasa sayangnya dah hari jumaat. rasa sekejapnya dengan mereka yang best ni. pagi tu saya cerita hal hari jumaat tu, minta maaf dan bagi ucapan sikit. lepas tu mereka buat laporan penilaian untuk pihak starza tentang keberkesanan modul-modul dan tentang jurulatih. masa tu baru tahu ada juga yang masih tak tahu nama saya dan eja pun salah. padahal first day lagi da warning da jangan salah nama saya. ada yang tulis arena syaira, arina syahira, arina syahirina. pulak dah. padahal hari-hari saya pakai name tag. kamu ni. hari jumaat tu lepas tea break saya buat rumusan besar tentang apa yang dah belajar 5 hari dan buat sikit debat tentang kelebihan lelaki berbanding wanita tapi wira mengalah la pula dengan wirawati. tak berapa nak menjadi pula debat hari ni. mungkin sebab kepala mereka pergi medic kot. kemudian dah habis debat ada masa lagi, mereka request nak main pisang goreng. so boleh la. janji topik semua dah habis cover dan rumusan pun dah buat. macam-macam perkataan keluar. spontan dan lawak. sampai cikgu pun terkena sekali ye tuan-tuan dan puan-puan.wirawati:  "sekarang apa, sekarang apa, sekarang apa sekarang?" nyanyi tau ni baru ada feel. siapa tak tahu macam mana main pisang goreng, sila daftar masuk plkn. jadi student saya. cewah. lepas tu wira jawab: "sekarang rehat, sekarang rehat, sekarang rehat sekarang, rehat apa, rehat apa, rehat apa sekarang?" wirawati: "rehat sekarang, rehat sekarang, rehat sekarang, sekarang, sekarang apa, sekarang apa, sekarang apa sekarang?" dan mereka nyanyi macam tu sampai saya tengok jam dan cakap ok masuk balik pukul 3. kurang hasam punya pelatih. petang tu pula, kami main lagi game tadi dan nyanyian dengan iringan gitar, bergambar dan  mereka buat sorakan saja. kemas-kemas kelas, dan balik. tapi sebelum tu, kena lagi, 'tepuk tepuk rehat pula'.

laporan kesalahan 'hari rabu' dan feedback pelatih terhadap cikgu

korang, korang. saya harap saya tak lupakan korang semua dan tak tahu akan dapat peluang macam ni lagi tak dengan pelatih yang sebest kamu semua. saya doakan kamu berjaya dan jangan lupakan mak bapak bila dah berjaya. terima kasih semua. ;) saya akan ingat kamu terutama yang banyak bercakap dalam kumpulan 3 dan 3 dan 5 khususnya, saya akan ingat, insyaAllah yang rupanya jiran saya di jb, yang tulis terbalik, yang pandai melukis, yang rajin menulis, yang boleh main gitar, yang tolong saya 5 minit lepas pelatih semua keluar.

Friday, July 8, 2011

job interview and exam

went for an interview last week and this week...last week's interview went on thursday and was held at city plaza,,,jb...and she asked me to go to city square office at 2pm for second interview...but i did not go as i am not interested in the job scope...if i am selected,,,i will be working for a singaporean company,,,selling a banking product...have to make a call and pujuk them to get a credit card or make a loan...so i asked ibunda and she did not approve...

so on next tuesday,,,i was call by a HR officer of a company to go for an interview at metropolis plaza in jln tebrau...on the first interview,,,i was asked basics question and at the evening,,,i was call to go for the 2nd interview the nest day...out of 15,,,5 were selected for the 2nd interview...the job was about sales and marketing...on second day,,,we were brought to the events venue,,,at the johor airport and was shown what they really do...and were given a task to complete in half an hour...we were asked to get five names...and i did get the names...however,,,after a brief description from boss that i need to travel not only in johor area but also to other states and will be going for a week,,,i am hesitating to do the job because i will be leaving mr husband...after discussing with en.s and listing out the pros and cons,,,i am not taking the job...

kenapa la susah sangat nak lekat kerja yang bukan dalam bidang sales and marketing?i just not interested...and on 16july,,,i will be sitting for my third time ptd exam at kolej islam ypj,,,johor...pray for my success please...i know i will berdoa gila-gila disamping buat persiapan untuk itu...

Saturday, July 2, 2011

hari stress arina arini aritu

semalam adalah hari paling stress sebabnya kat tengkuk ni rasa semacam je...agaknya macam tu la bila orang yang tengah high blood pressure rasa atau selalu mak-mak cerita korea kalau tengah marah pegang-pegang tengkuk tu,,,macam tu la rasanya...agaknya...semalam teman en.s bertemuduga di ampang untuk suatu kerja dengan company china yang menjadi pembekal kepada tm...dia nak kerja tu sebab gaji tinggi dan pula mungkin sebab ada rakan-rakan...dan saya pula merasakan yang dia nak sangat kerja tu sebab nak menampung keperluan keluarga kami...pekerjaan sekarang,,,gaji cukup makan je...dengan saya yang tak bekerja lagi,,,agak susah untuk menyimpan duit sebagai peruntukan waktu kecemasan...contohnya waktu sekarang...macam-macam yang perlu dibayar...saya rasa loser sangat tak dapat membantu suami dari segi itu...loser gila kottt!!!

lepastu dalam otak ni kalau en.s dapat jawatan tu,,,nanti dia kena duduk kat subang dan saya,,,di johor bahru...haihhh...baru je nak mulakan hidup baru bersama,,,terpaksa pula berpisah jauh...bukan mengada tak boleh berenggang atau apa,,,cuma saya rasakan rugi sebabnya kalau en.s ada bersama,,,senang-senang je saya boleh collect pahala...kalau dia jauh macam tu,,,jumpa pun pada hujung minggu je,,,banyak mana la pahala yang boleh saya kumpul...sudahlah dosa berlambak sebelum ni...saya bukanlah seorang isteri yang sempurna...sebabnya,,,tak kerja,,,tiada pendapatan yang boleh menolong en.s...tapi kami pun bukanlah mengejar kemewahan atau barangan berjenama sangat sebab takut nanti bila da banyak duit [insyaAllah,,,amin] jadi riak atau takbur seperti setengah orang yang saya kenali...jadi bangga diri...kami tidak mahu begitu tapi cukuplah duit yang kami peroleh bersama tu nanti kami dapat salurkan dan gunakan untuk sesuatu yang bermanfaat...dahla tak pandai memasak lagi...sungguh rendah diri sekarang ni...

kemudian,,,stress sebab kasihankan mak...dia masuk wad lagi...sedih sangat sebab tak ada dengan dia...tak macam selalu...doakan dari jauh je...alhamdulillah bila dah petang tu dapat call dari sepupu,,,dia cakap mak dah keluar hospital...semalam mak kena tebuk sebab peparu mak masuk air...sempat cakap dengan mak sebelum mak ditebuk...dan suara mak masa tu,,,ya Allah,,,Dia je yang tahu macam mana saya kekalkan suara suapaya tak dengar sayu dan sedih bila bercakap dengan mak...tapi rupanya bila dah balik rumah,,,ibunda cakap mak kata 'anak-anak mak telefon mak tak nangis tapi bila ira dan n telefon,,,mak sebak sayu hati,,,dah macam anak bongsu mak pula'...dengar tak?adoi masa dengar ibunda cakap macam tu pun da nak nangis da tapi kena tunjuk tabah...semalam jenguk mak dekat rumah,,,alhamdulillah rasa lega...harap-harap mak cukup sihat untuk majlis bertandang saya bulan sepuluh nanti...doakan mak ye semua yang baik hati...lepastu tadi baru dapat tengok facebook saudara mara yang buat status tentang mak,,,mak memang dapat kasih sayang dan perhatian yang secukupnya untuk kami yang masih sayang dan perlukannya...

semalam dalam perjalanan balik,,,tersekat dalam jem kat mrr2 tu dah biasa la kan...tapi yang peliknya,,,dekat parit pechah sehingga ke sri menanti jem...kereta nak bergerak 100meter pun macam siput...polis sibuk ke hulu ke hilir tapi kereta tak bergerak juga lagi...tekanan tol...ingatkan accident tapi tak nampak pula ambulans atau lori tarik...dekat setengah jam lebih nak tunggu bergerak tu...kemudian sampai depan,,,rupanya road block dan polis cek macam suluh-suluh dalam kereta la tengok ic semua...telefon ibunda beritahu lambat sikit sampai sebab tadi masa baru sampai muar,,,ibunda pesan belikan dia burger...dia cakap mungkin sebab pemutihan orang asing...saya ingatkan yang pasal perhimpunan bersih tu...yang sebenarnya bila da lepas pemeriksaan polis,,,lalu kawasan markas pas...dan kat situ ramai orang dan polis juga...jadi,,sebab itulah sebenarnya polis buat road block...polis tu masa cek kereta kami,,,dia tanya nak ke mana dari mana ada lesen tak bawa barang apa dalam kereta buat apa ke kl...kami pun siap da keluarkan ic masing-masing siap-siap...haha...nasib baik sampai rumah mak,,,semua stress hilang tengok mak senyum...lagi hilang stress tu bila da confront dengan en.s tentang ketidakpuasan hati dengan pilihan dia...

siapa ada kerja kosong di johor bahru sila hubungi saya...segera...hahaha ;)

terima kasih sebab baca cerita ni...