Thursday, September 30, 2010

similes two two zero

as opposite as the poles

Wednesday, September 29, 2010

whisper nights super long overnights

used the free gift in EH! raya edition megazine yesterday.
tooooooooo long
slightly uncomfortable
memang tak bocor la
easy to wash
not gel based
not gonna use again because tooooooooo long i feel like i am wearing adults diapers

similes two one nine

as open as day
as open as a smile

Tuesday, September 28, 2010

keputusan ditangguh...harap bersabar

klik tuk gamba lebih besar dan jelas

patutlah arini rasa semacam...rupanya da ada sesuatu dekat senarai keputusan temu duga...kalau tak silap,,,dalam surat panggilan temu duga,,,tarikh keputusan temu duga ialah pada 29sept iaitu esok...arini saja gatal buka web spa sebab bosan tahap dewa dengan kat dalam hati ada rasa sedikit sakit dengan perangai orang dan juga perangai sendiri...ingat nak keluar dengan mak,,,bawa mak ke zhulian tuk cuci barang dia tapi hujan la pulak...hujan pun cam hujan dalam hati je tak lebat tak renyai...sedang-sedang aja...jadi keputusan ditangguh ke 13oktober,,,hari rabu minggu depan depan...jadi bersabarlah...boleh usaha lagi dengan berdoa banyak-banyak...harap-harap saya ada peluang agar 'peluang' yang lain terbuka...insyaAllah...doakan ye...

| kadang-kadang ayat kat atas strukturnya macam haram...maafkan la emosi ini |

similes two one eight

as patient as the hours
as patient as Job
as patient as an ox

Monday, September 27, 2010

just a thought

i've been thinking hard about this matter...not that harder than my studies but hard enough it bothers me...although the time has not come yet but i am worried...i'm worried if my jodoh is with someone whom hometown is far from johor...*we are still celebrating raya so i thought this topic is relevant*...when i'm a wife,,,i have to beraya in both sides la kan...but i am not willing to let my parents celebrating the eid alone...without me on the first eid...it's sad though...can you imagine,,,celebrating raya berdua?yes,,,they have siblings and all but it wouldn't be the same right?all their siblings are happily celebrating eid with their children but my parents will only be 'the couple' without a child on raya...and i am talking about first raya...

so i am listing a criteria of a future husband for me...hahaha...i told you it bothers me and i came out with all these....
live near johor
orphan/yatim piatu 
orphan & only child
mualaf

he should be okay if he has at least one of the criteria above...the more,,,the better...

oooohhhhh,,,am i talking based on emotions only?i know that when i am a married person,,,i should be by my husband but what about my parents?i am their one and only flesh and blood...if i were to married a man from other state,,,can't we celebrate the first eid with my parents first every year then,,,only we go to the in-laws...its fair right...that we manage to celebrate the eid with both families on the first raya...

or if he is from kelantan or terengganu,,,can't we just celebrate the aidilfitri with my sides as the celebration of aidilfitri is more happening here than there...and celebrate aidiladha there cause its more happening there during aidiladha?or maybe we celebrate the raya separately...me in my hometown,,,him on his hometown because i will NOT let my parents celebrate without me on first raya...yes,,,you can call me selfish...i forgive you for that

similes two one seven

an old as creation
as old as the hills

Thursday, September 23, 2010

sep sep sep mi mi mi

air pasang dalam
surut pukul lima
nyonya bangun pagi
siram pokok bunga
pokok bunga melur
tanam tepi sawah
itik bertelur ayam menetas
cik baba jatuh dalam parit
cik aminah ketawa jerit jerit
naik keretapi pergi kuala lumpur
dapat isteri comel
sembunyi bawah dapur

either i was dreaming singing this song or i am singing in my head in my pre conscious time before i sleep last night...suddenly it played over and over again in my mind...used to play sep sep sep mi mi mi during childhood eventhough the lyrics are irrelevant and has no meanings...i seldom heard my younger cousins play this nowadays...missing the good old days...

| completed operation management assignment 2...will call hamidtukangkayu later to make an appoinment |

similes two one six

as obstinate as a mule
as obstinate as a pig

Monday, September 20, 2010

everything related to upm ;(

i should be starting working on my final project for my master...it's been ignored since forever and the clock is ticking real fast...i planned to go to the futniture factory by this weekend,,,specifically today but making an excuse of to kemas-kemas a bit because tonight will be a marhaban at my house...

and my group assignment of operation management subject which is due this friday,,,is delayed until after raya...but,,,up to this day and after 10 days of raya,,,the mood of doing anything related to school is just haihhhh...

renewed my car road tax last week...the road tax is invalid on 12september but who on earth will be dealing with that stuffs on 3rd raya?definitiley not me because i am a raya person...hahaha...have to find courage to drive alone btpahat-serdang-btpahat beginning THIS friday....arhhhh why time flies so fast?

on last friday,,,my bff a was off to kuala terengganu to start her work as a dietitian in kt hospital...well,,,congratulations on your career...this is what u dreamed of kan...do it well and be as responsible as you can and i surely know u can and u will...will be missing u here but redha je lah kan...lepas ni lepak berdua saja la nampaknya ;(

an to en.s,,,my weekend will never be the same as u are not in selangor area...i thought u will only be awhile at penang for the job,,,and coincidently,,,when u were posted there,,,it was on my school holiday so i will not be going to upm but after this,,,i can't see u every week like we used to...i hope and pray u do well in perak and will be transferred back to selangor as soon as possible...u know how i am bila kamu jauh...

similes two one five

as obedient as a puppet
as obedient as the scabbard

Saturday, September 18, 2010

post moterm aidilfitri 2010

assalamualaikum...
selamat menyambut raya ke sembilan...semakin ramai yang da mula update blog tentang kehidupan beraya seminggu yang lalu...semuanya meriah-meriah belaka nampaknya...alhamdulillah... *padahal baca blog cousins saja*

raya tahun ni meriah tetapi ada sedikit kekurangan...kempunan ketupat palas tidak lagi menjadi isu pada tahun ini sementelah mak cik di kampung ayahanda sudah awal lagi memberitahu bahawa tahun ni ira tak akan kempunan ketupat palas menerusi facebook...ya terima kasih mak cik kerana hasrat menjadi kenyataan...begitu banyak sekali ketupat palas yang tersedia di dapur...

seperti biasa,,,giliran beraya setiap tahun adalah sama iaitu ke rumah mak *nenek sebelah ibunda* kemudian ke kampung yang sejengkal je jaraknya...pagi raya tahun ni agak berbeza sebab ada dua keluarga yang tidur di rumah ni...jadi pagi raya agak ramai la kan...kalau tak bertiga je...tahun ni ibunda tak tempah lauk pauk ketupat semua dekat caterer biasa sebab mereka akak tu kurang sihat...bila sampai rumah mak,,,agenda pertama ialah makan...tapi cari punya cari benda ni tak jumpa...mak,,,kenapa tak buat sambal kacang mak tersedap dalam dunia tahun ni?tak keruan hari raya anak tak dapat makan sambal kacang mak...rasa makanan yang lain seperti air masak yang keluar peti ais terbiar saja tak de orang nak minum sampai air tu jadi suam... ;(

lepas tu upacara tradisi salam salam maaf maaf nangis nangis...saya tidak lagi kental menahan air mata seperti dahulu...salam dengan atuk orang pertama saja sudah menangis beria-ia...apa tah lagi dengan dengan mak,,,papa,,,mama,,,ami,,,ayahanda...tapi da kurang beria lepas salam ibunda kecuali ada mak cik atau pak cik yang beri ucapan syahdu syahdan contohnya jaga ayah sementara dia masih ada,,,kawen cepat,,,mahupun ucapan cepat jodoh tetapi terlupa nama pasangan saya...kemudian salam pula dengan sepupu sepupu...tahun ni salam dengan puan b dan kak n pun nangis beria juga terutama sekali ucapan puan b tu oh terharu...duit raya masih boleh diperolehi walaupun bilangan semakin berkurangan...harapan:walaupun kuantiti berkurang,,,diharap kualiti semakin bertambah...haha...lagi pun,,,tak kerja dan tak kahwin lagi...hahaha selalu jadikan point tu sebagai alasan dapat duit raya... ;p


terimalah gamba syahdu ni sebab ami terlupa nama en.s ;)

pagi raya tu hujan lebatnya la hai tapi disebabkan 1 syawal ialah hari jumaat,,,maka kaum lelaki ke masjid sembahyang jumaat,,,kaum perempuan terutama gadis-gadis dan uhuk-uhuk seorang isteri orang berposing gaya antm kat si kuning beca atuk dan gaya wondergirls wannabe menggunakan buluh pelita sebagai props...dan ada satu gambar tu cantik sangat!gambar boleh tengok kat facebook saya...yang ada adegan kejar budak-budak naik basikal ;)

lepas tu ke kampung di parit sulong pula...selalunya akan terus ke rumah saudara mara atau ke kubur arwah atuk ayah,,,atuk mak,,,mak cik dan baby cousin...tapi sebab tahun ni hujan lebat dan hari jumaat,,,maka sempat berjumpa keluarga yang lain di rumah dahulu dan bermaafan di sana...tradisi bermaaf kat kampung tak jelas sangat sebab selalu kami bertiga bermaaf masa beraya kat rumah orang...jadi tak berair mata sangat la kan...lepas ke kubur dapat ke sebuah rumah saja sebab da lewat petang...malam pula tengok adik sepupu main bunga api dan mercun...

terpegun dengan kebolehan kamera yang baru tau boleh wat camni

esoknya,,,rutin tahunan ialah beraya ke rumah jiran terdekat tetapi tahun ni mak cik-mak cik masak dahulu jadi lepas zohor baru bergerak beraya...tu pun sebuah rumah juga sebab cuaca terlalu panas masing-masing malas nak bersiap cantik-cantik pergi beraya banyak-banyak...aktiviti wajib raya kedua kat kampung juga ialah bergambar kat anjung...selalunya raya kedua akan ada tema warna keluarga...tahun ni tak tetap sebab sepatutnya raya ketiga semua pakai pink sebab ada rombongan meminang akan datang untuk kakak sepupu tapi ditunda last minute...tapi yang lain pakai juga pink ari kedua tu...nasib baik bajuku dan ibunda ada la juga pink-pink sikit...uish macam da panjang je ni...

kalau sanggup nak baca lagi,,,sila teruskan...

raya ketiga kebanyakan keluarga sebelah ibunda mengikuti rombongan meminang...kami bertolak ke bandar putra mahkota dalam pukul 10 ke 11 macam tu dengan 11 buah kereta...meriah ke tak la kan...tema : pink...harapan : janganla ada lagi keluarga yang nak kahwin tahun ni guna tema pink lagi...mereka yang bertunang dijangka berkahwin bulan disember nanti...upacara meminang agak meriah dan tak formal sangat sebab gelak-gelak dan bersorak...sebabnya ada berbalas pantun...pantun tu pula da disediakan skripnya...lagipun yang belah perempuan tu ialah sepupu sebelah mak sepupuku yang lelaki...hoh...jadi macam gelak-gelak je la...tradisionally informal tapi modernly ada pelamin *sebarang je ayat*...makan sedap...


kemudian ke rumah adik mak dekat paroi...masa dalam perjalanan tu hujan lebat tapi bila sampai je rumah atuk,,,hujan da mula reda...tapi baju saya basah lencun sebab cepat sangat keluar kereta dan guna payung bawa mak masuk rumah...kalau tunggu lagi sekejap,,,tak la sebasah tu...tapi nasib baik sebab cepat kering...

esoknya berehat seharian kat rumah...ari selasa pergi ke rumah terbuka kawan dan beraya la juga...tiga buah rumah je dapat pergi...hari rabu ialah hari sepatutnya bff beraya ke rumah masing-masing tapi yang ada empat orang je...saya,,,bff a,,,bff n,,,bff w...bff na n bff e tak dapat ikut sebab nak berkemas balik ke kuching dan beraya ke ipoh rumah nenek...tak pe la...yang penting meriah bergambar...haha...

hari rabu malam en. s sampai rumah...2 minggu tak jumpa wohh...tadi dia baru balik ke kajang sebab malam ni akan bertolak ke alor star sebab ahad ada meeting ape tah...bila tah nak jumpa lagi...punyalah sedap dia bedal chocolate crunchy buatanku...macam sedap je dia bedal tapi tak nak ngaku...cet...jumaat bayar hutang kat dia masakkan nasi goreng...




cerita da tamat da...haha...selamat hari raya ;)

similes two one four

as numerous as the sands upon the ocean shore

Thursday, September 9, 2010

versi aidilfitri

assalamualaikum...
arini baru dapat kesempatan dan idea nak tulis apa...semalam dan kelmarin ada je jenguk blog ni tapi macam tak sedia lagi nak taip pape...semalam baru habis buat kuih...tahun ni tahun pertama buat kuih setelah sekian lama meninggalkan bidang pembuatan kuih raya ni...dulu masa zaman sekolah rendah selalu tolong mak buat bahulu dengan sepupu...masa tu mak kuat lagi nak pukul telur dan kuih bahulu mak memang paling sedap dalam dunia...saya jarang makan bahulu buatan orang lain sebab sangat yakin yang lain tak dapat menandingi bahulu buatan mak...mak kalau buat bahulu guna cara tradisional yang guna arang tu...saya dan sepupu la yang akan jaga api berpanas tengah puasa tu...tapi mak best,,,dia bagi chance tak puasa kalau dia minta tolong buat bahulu tu...dapat minum air botol bodoh tu...sejuk2 dari refrigerator minum dekat-dekat bara api...pehhh memang sedap...tambah lagi boleh terus makan bahulu fresh from the tempat bara tu...terbaik lah...bau pun sedap...sampaikan pakcik pun ambil cuti dan puasa separuh hari sebab tak tahan temptations kuih bahulu mak tu...

dulu pun masa mak sibuk buat kuih bahulu,,,atuk pun masih kuat dan bertenaga lagi nak kacau dodol...hebat betul atuk...dan macam bahulu mak,,,saya tak suka makan dodol lain kecuali yang atuk buat...atuk buat cukup rasa,,,cukup kenyal,,,tak de bau hapak,,,sedap je bila kena lidah...saya tak selalu sangat tolong atuk kacau dodol tapi kalau tolong pun,,,masa adunan tu belum berat tuk kacau...masa adunan tu basah lagi...rindunya dodol atuk buat...pekat berkilat sedap...

masa-masa tu juga ibunda rajin sangat nak buat kuih raya...kuih wajib ialah tart nenas yang jem mak buat sendiri yang pehhhhhhh...haih apa mak masak or buat semua memang kegemaran lah...kuih lain wajib ada kuih kacang,,,kuih dahlia dan short bread...kadang-kadang kalau rajin buat cornflakes madu tapi cornflakes ni bila kitorang da rasa moden sikit la...hehe...jadi tahun ni baru beria semula mencari resipi kuih sebab ibunda da lama tak buat sebab da malas dan buku resipi tu siapa tah pinjam tak pulang...lagipun anak dara sorang ni da mula ada rasa nak masuk dapur sikit-sikit lepas tengok makcik buat chocolate crunchy yang senang gila...

mula-mula buat chocolate crunchy...batch pertama da selamat sampai kat kelantan lepas dapat approval dari en.s...dia kata sedap so bersemangat la sikit nak bekalkan ke kelantan tu...tapi tahun ni sejenis je la yang saya buatkan...tahun lepas lagi bagus,,,belikan je...kira tahun ni improve la sikit kan...bahaha...lepas tu bff a ajak buat tart nenas...buat kat rumah dia...mama j pun tolong juga tapi jem tart tu nampak sangat jem amatur la...haha...bila cerita kat mak dan ibunda,,,mereka kata jem tak cukup lama masak dan gula tak sebati betul dengan nenas hence jem tu jadi macam tu...nak tau macam mana,,,kena datang rumah rasa tapi tart gulung nenas buatan sendiri adalah terhad ;p

ni versi yang buat kat rumah makcik aritu

cilok dari blog bff a...sampai ati dia tak credit saya ;p

lepas tu buat kuih dahlia dengan sepupu...dia memang dah pro la buat kuih dahlia sebab tiap tahun pun memang akan buatkan untuk mak...tahun ni,,,nak buat warna kuning merah,,,terjadi warna hijau epal merah...da macam tema krismas da...ni semua gara-gara abang sepupu yang salah beli pewarna...ada ke dia tengok serbuk perwarna tu warna oren-oren kuning jadi dia assume tu warna kuning padahal kat label sah-sah tulis hijau epal...lain kali baca label la...tapi bagus juga sebagai penyamaran sebab bila da bakar,,,warna ijau merah tu kalau 'terlebih' masak pun tak nampak beza sangat...hehe...



kemudian buat cornflakes madu pula...ibunda cuma tengok sikit-sikit je cakap apa kurang tambah gula semua...sebab saya tak puasa jadi boleh la rasa tapi tak manis sangat pun...macam sedang elok je la rasa dia...kalau manis sangat nanti muak pula lagipun tak baik untuk kesihatan kan...buat sorang-sorang kat dapur...bila da bakar tu aroma sampai kat atas,,,ayahanda pun turun sebab tak tahan bau sedap...cewahhh...jadi dia pun ada la tolong letak benda manik kecik warna warni tu atas cornflakes...yang terakhir sekali ialah kuih yang dinanti-nanti,,,short bread...ni memang kuih kegemaran masa kecil sebab kalau pergi rumah lain mesti tak da yang buat kuih tu...jadi macam bangga masa kecil dulu...yang ni ibunda tolong potong-potong je...adunan saya buat sendiri,,,cucuk-cucuk dengan garfu buat sendiri,,,dan tabur gula aising pun sendiri buat tapi puas...
yang kiri atas tu cubaan dengan microwave oven panaskan lauk

jadi,,,pesanan kepada sesiapa yang membaca blog ni dan rakan-rakan dan yang nak rasa kuih buatan arina yang jarang dijumpa,,,silalah datang beraya di rumah...tapi raya ketiga tiada di batu pahat sebab akan mengikut rombongan meminang untuk sepupu...tahun ni berderet sepupu-sepupu yang kahwin...akhir bulan sebelas sampai akhir bulan dua belas...27/28 nov,,,11/12dec,,,18dec,,,25dec...hebat la bilangan baju baru akhir tahun ni banyak... ;)


akhir sekali,,,salam aidilfitri kepada semua yang mengenali dan tak mengenali tapi yang saya ada buat salah secara sengaja ataupun tidak...terutama sekali kepada keluarga dan sahabat semua dan tidak lupa kepada pelakon-pelakon yang kadang-kadang saya menyampah dan maki hamun terhadap lakonan kamu semua...saya harap syawal akan datang,,,kita dapat berjumpa lagi dan saya juga harap syawal akan datang tiada lagi lagu raya baru yang tidak berkualiti dan tiada nilai evergreen...dan kepada bff e,,,jika anda baca blog ni,,,saya minta maaf tulus ikhlas atas segalanya yang kamu terasa sejak bertahun lamanya...semoga syawal kali ni kita masih lagi beraya bersama-sama...rindu sangat...

| en.s,,,sila bangga dengan pencapaian saya di dapur dan jangan harap lebih2 sangat...sikit2 ye |

Monday, September 6, 2010

saja

arini 49bulan dah kenal en.s...masa dulu pernah rancang nak kawen bulan lepas,,,genap 4 tahun kenal...tarikh bulan lepas pun cantik saja 6.8.10...tapi belum ada rezeki lagi...

semalam macam geram sebab pasal pengiktirafan tu...penindasan betul...diskriminasi sungguh!!jahat betul la universiti tersebut buat kami macam ni

similes two one three

as noisy as a menagerie

Sunday, September 5, 2010

first for everything

last night was my first time trying out sushi...my cousin wanted to try sushi so we bought it from carrefour...the taste was undescribable...i can eat but not in a large amount...i ate for two pieces and after awhile i felt dizzy ;p
i chose the one with corn n sooh hoon

then when i reached home tanak nasi and only to find out we didn't woke up for sahur because ibunda forgot to set the alarm clock...hehe...that's a first too

similes two one two

as noiceless as a shadow

Saturday, September 4, 2010

hari kereta tak bertuah

semalam saya bertolak dari rumah lebih kurang 12.30 tengah hari...da baca amalan memandu banyak kali sebelum dan semasa memandu...bergerak awal sebab nak kena singgah putrajaya rumah sepupu hantar barang...jadi takut jem masa nak ke serdang petang tu jadi buat keputusan gerak awal...dan memang sesat pun kat putrajaya tu padahal da tiga kali ke rumah yang sama tapi tiap kali pun lalu jalan yang lain...pening den...

jadi semasa dekat area senawang yang jalan bosan kalau malam-malam area situ gelap gelita panjang dan bosan...jadi dalam 800meter ke hentian senawang arah utara ada la serpihan-serpihan tayar melethop bersepah-sepah kat jalan nuh...pastu dalam 100meter kemudian nampak la pula bus tu kat tepi tu...macam insiden tu baru juga la berlaku sebab penumpang pun ada lagi dalam bus tu dan kereta pun da mula perlahan sebok kepoh nak tengok apa yang berlaku...tak payah la nak slow len kali...tengok dari ekor mata je lain kali...kalau tak pun tengok sekali imbas je...

nak dijadikan cerita,,,kereta besar yang dihadapan brek jadi secara spontannya saya pun brek la jugak kan...tapi jarak kenderaan antara kereta saya dan dia memang selamat...tapi yang tak selamatnya jarak kereta belakang dengan keretaku...alamatnya bammmm!!terkejut sey pastu terus dalam kepala ni automatik ingat kereta akan berpusing sebab kat highway kan selalu kalau accident camtu dan yang cam teruk tu...sekali eh alhamdulillah tak de pape...kereta yang langgar tu pun terus masuk lane tengah lepas berlaku pelanggaran kenyal dan dia lintas kereta dan wave saja...wave yang cam eh,,sorry sorry...macam tu je???oi mane budi bahasa ah??

jadi cik arina pun pecut ke belakang kereta dia dan beri la high beam yang macam tak hengat kau jangan ingat kau boleh lari aku da nak ambil gambar plet kereta kau jangan ingat boleh lepas...nasib baik dia menurut kata dan kami berhenti kat hentian senawang...nak masuk je kat hentian tu tangan lutut semua dah mula ketar-ketar...masa kena bammm tu tak pulak rasa berdebar ke hape ke...call ibunda dulu sebelum keluar tengok kereta dan berdiskusi ke hape dengan mereka...

rupanya diorang tu ialah student nak balik raya alololo teringat zaman dulu balik raya dari tengah hari sampai ke sahur baru sampai rumah...berlima semua lelaki...masa tu tak ingat ape dah sebab kan kawasan ramai orang...walaupun semua lelaki dan saya je perempuan...tapi bila cerita ngan en.i,,,dia cakap beraninya awak nak keluar macam tu...abes tu nak buat macam mana ek...saya tak de adik beradik yang boleh nak calling-calling datang segera...tak kan nak call ibunda dari batu pahat tu...jam berapa pula nak sampai jadi kena la kuatkan semangat dan berharap syaitan memang kena ikat bulan ramadhan ni...kesimpulannya,,,semua ok saja sebab mungkin inersia kami sama *ewah ni ayat masa penceritaan ngan en.i...gaya engineer*


ada kesan penyek sikit

| teringat time accident kat kg wai,,,perlis dulu...dua kali...sekali langgar motor sekali lagi dilanggar sebenarnya tapi orang tu tuding jari kat saya sebab tak tengok belakang masa nak reverse...kenapa dia tak tengok depan dan hon?bangang |

similes two one one

as nimble as a squirrel
as nimble as a lizard
as nimble as a bee
as nimble as quicksilver

Thursday, September 2, 2010

similes two one zero

as nice as ninepence

Wednesday, September 1, 2010

tensionnya engkau ni....boleh tak datang ikut masa?main redah je...baru 7 ari da datang lagi ape cite ni?eee geramnye!!!

similes two zero nine

as new as a day